Halaman

Translate

Ahad, 28 Disember 2014

Penutup 2014 – Kontroversi, Kegemparaan serta Pencapaian.

ehem..

penutup2014,tahun 2014,


Sedar-sedar dah penghujung tahun dah. Bagi ibu-bapa pasti sibuk saat ini menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak. Aku pun sibuk juga dok fikir mana nak cuti, idea untuk blog dan macam-macam lagi la.Okla jum mula..

Tahun 2014 memang banyak benda yang berlaku didalam negara kita ini. Pasti yang tak dapat dilupakan ialah peristiwa kehilangan pesawat MH370 dan juga MH17 yang ditembak jatuh. Sememangnya kedua-dua peristiwa ini menjadi bualan berbulan-bulan lamanya. Sekali lagi takziah buat kesemua waris mangsa ini.



#mh370,malaysian flight poster mh370


Tahun ini juga banyak kisah atau peristiwa yang menjadi viral, antaranya ialah kisah anak OKU yang ditinggalkan kekeringan oleh ibunya. Memang sedih bila diingatkan balik. Ramai yang membuat komen mengecam tindakan ibu muda yang meninggalkan anaknya dikurung didalam sebuah bilik. Aku pasti ramai yang ingatkan kisah ini?

Kisah perempuan muda mengetuk kereta seorang warga emas dengan stereng lock pun aku ingat juga. Sememangnya  tak wajar apa yang perempuan muda ini buat. Tak pasal-pasal jadi kes polis dah tu malu kat satu Malaysia..tak pasal-pasal kena troll. Kalau nak cerita penuh korang google la sendiri kalau tak tahu. Pengajaran kes ini ialah penting mengawal kemarahan jangan sampai dirasuk setan.

Tahun 2014 ini juga ada kenangan manis buat aku sendiri, dapat naik pangkat,naik gaji,beli rumah dan macam-macam lagi. Syukur kehadrat Ilahi keatas segala pemberian ini. Syukran.
terima kasih daun keladi,terima kasih poster

Buat pengunjung setia, terima kasih diucapkan.Terima kasih +Puteri Kasih, Ayuni Rafilah dan Denaihati. Mereka adalah pengunjung utama buat tahun ini. Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen kedalam blog yang tak seberapa ini. Traffic pun maintain je walaupun tidak update sekerap mungkin. Berapa jumlah traffic blog ini?? Iskh aku memang segan kalau tanya macamni..takdelah banyak pun ..ratus ratus je sehari.

Pencapaian lain dalam blog ini ialah bounce rate nya rendah sahaja. Ada sekali tu bawah dua peratus, terkini dua puluh peratus. Maknanya apa? Maknanya pengunjung yang singgah lepak lama diblog sambil-sambil baca entri yang lain.Terima kasih buat semua pengunjung. Makna yang lain ialah mereka suka dengan apa yang aku tulis la kot..(?). Kalau Google PR status, masih lagi ‘0’ ha ha. Kalau bab SEO pula jangan nak  tanya pulak tau J. Yang tu korang kena tanya pakar la macam Denaihati atau HassrulHassan. Diaorang memang hebat..Aku kira zero jer berbanding diaorang. Harap-harap dari zero boleh jadi hero pulak kih kih. Yelah sorry melalut terlebey pulak..

Sekali lagi terima kasih untuk kalian yang singgah dan sudi membaca apa yang aku tulis selama ini.

TERIMA KASIH


-babai 2014 dan Selamat Datang 2015-

Ahad, 14 Disember 2014

Kucing Berwajah Masam (Grumpy Cat)


kucing berwajah masam





Amacam comel ke garang kucing ni?

Sebenarnya aku tengok cam comel gak kucing ni tetapi tak tahu lak orang lain pandang camana pulak.
Kucing ini milik Tabatha Bundesen,29. Kucing ini mula popular setelah adik beliau memuat turun gambar kucing ini kedalam laman forum Reddit. Banyak pihak tak percaya dengan wajah kucing tersebut menyebabkan satu video telah dibuat dan diletakkan pula dalam Youtube. Kucing ini menghidap sindrom ‘dwarfism’ yang menyebabkan wajahnya kelihatan macam marah dan garang. Dunia menggelarkan kucing ini dengan nama ‘grumpy cat’.
Disebabkan keunikkan wajah kucing ini, sekejap sahaja masa yang diambil oleh kucing ini untuk popular. Tuan punya kucing tak semena-mena menjadi jutawan ha ha. Wajah grumpy cat ini digunakan sebagai ‘meme’ atau kata lain sebagai bentuk jenaka bergambar untuk menerangkan tentang sesuatu perkara.
Jum layan gambar







the owner of grumpy cat,grumpy cat,kucing grumpy
Tabatha bersama kucing kesayangannya 'Grumpy Cat'


Contoh gurauan menggunakan wajah kucing ini

grumpy cat in the movies,grumpy film,grumpy cat poster


grumpy cat jokes,joke made by a cat



video pulak :




Kepada yang minat kucing ini boleh layari :














jumpa lagi..

p/s : with good intention i write this article..tq

Jumaat, 21 November 2014

Duit Maintenance Rumah Pangsa - satu bebanan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca sekalian. Topik aku kali agak sensitif sikit kerana ianya melibatkan penghuni rumah pangsa. Aku dapat idea pun apabila berbual dengan rakan-rakan yang menduduki rumah pangsa ini. Ada pro dan kontra juga sebenarnya.Aku bukanlah menteri yang dapat menyelesaikan masalah sebegini tetapi jum kita kaji serba sedikit.

rumah flat untuk dijual,harga rumah flat2015,rumah flat,flat,pangsapuri untuk dijual
gambar hiasan

Sabtu, 15 November 2014

Siapa sebenarnya Dracula?

Kisah Dracula@Count Dracula


dracula,siapa itu dracula,dimana dracula sekarang




Diterbitkan pada tahun 1897, novel Bram Stoker  yang Gothic ini "Dracula" meliputi keseluruhan kesusasteraan dan filem mengenai Vampire adalah genre utama beliau, menggunakan kuasa ghaib serta angka-angka jahat  mereka mula untuk memburu manusia dan minum darah mereka. Untuk membuat antihero abadi beliau, Count Dracula, Stoker mendapat idea menarik daripada cerita rakyat popular Pusat Eropah tentang Nosferatu ("Undead"), tetapi dia juga seolah-olah telah diilhamkan oleh cerita  sejarah abad ke-15 Romanian putera Vlad Tepes, atau Vlad the Impaler. Dilahirkan di Transylvania sebagai anak kedua bangsawan Vlad II Dracul, beliau mengambil nama Dracula yang bermaksud "anak Dracul," apabila dia telah memulakan misi mengikuti perintah rahsia kesatria Kristian yang dikenali sebagai Perintah Naga. (Di Romania, Dracul bermaksud "naga.")

Sebagai pemerintah Walachia (kini sebahagian daripada Romania), Vlad Tepes menjadi terkenal dengan taktik kejamnya terhadap musuh-musuh beliau, termasuk penyeksaan, pencacatan dan pembunuhan beramai-ramai. Walaupun dia tidak menjauhkan diri daripada disembowelment, pemenggalan leher atau mendidih atau menyelinap kulit mangsa hidup-hidup , kaedah pilihan beliau penyulaan, atau mencucuk kayu melalui badan-badan mereka dan meninggalkan mereka  mati akibat dibedah. Semasa kempen menentang penceroboh Uthmaniyyah pada tahun 1462, Vlad dilaporkan mempunyai seramai 20,000 mangsa dipaku di tebing Danube. Ditangkap olehpihak berkuasa Hungary dan dipenjarakan, beliau akhirnya berjaya mendapatkan semula kerusinya (kedudukan) dalam 1476, hanya untuk dibunuh dalam pertempuran yang berlaku pada tahun yang sama. Sesetengah penemuan amat mengerikan mendakwa bahawa Vlad suka makan di kalangan badan mangsa yang telah dipaku , dan juga akan mencelup roti ke dalam darah mereka. Butir-butir ngeri, serta nama anak angkat yang sah beliau (Dracula) dan tempat kelahiran beliau Transylvania, telah meyakinkan ramai ahli ilmuan yang Vlad the Impaler inspirasi Stoker  untuk cerita  vampire beliau yang terkenal itu.

Baru-baru ini filem Dracula untold telah ditayangkan. Ianya jelas cuba membayangkan kejahatan orang Islam. Memang mengecewakan..kalau ada sambungan janganlah pergi tengok ye.
Camner takut tak?

*vampire = Pontianak ,tetapi biasanya Pontianak ni untuk pompuan je kan (?)

Baru-baru ini filem Dracula untold telah ditayangkan. Ianya jelas cuba membayangkan kejahatan orang Islam. Memang mengecewakan..kalau ada sambungan janganlah pergi tengok ye.

-aku telah menyimpan artikel ini agak lama sebenarnya..bila ‘Dracula Untold’ ditayangkan aku agak serba salah pula nak publish.


Ahad, 9 November 2014

Perempuan cina bila memandu sangat merbahaya?

chinese girl and car,perempuan,cina,cina di malaysia,cinta perempuan

Gambar hiasan semata-mata (imej google)


“Perempuan cina kalau memandu atas jalan memang bahaya..”ujar rakan aku beberapa bulan yang lalu. Sebenarnya aku agak terkejut juga dengan statement beliau ini. Aku sendiri tertanya-tanya benar kah kenyataan beliau ini?

Sebelum itu biar aku jelaskan dulu, aku bukanlah seorang chauvinist apatah lagi mengamalkan rasis.

Benarkah dakwaan rakan aku ini??

Beberapa hari selepas itu berlaku satu peristiwa apabila sebuah kenderaan tanpa sebarang isyarat tetiba masuk dihadapan keretaku..goosh nasib baik aku cepat memberek.Bila aku berhenti sebelah lampu isyarat rupa-rupanya seorang wanita cina dalam lingkungan 30’an yang memandu. Dalam minggu yang sama beberapa kejadian yang sama juga berlaku dan setelah diaamati..wanita cina lagi. Tiba-tiba aku terbayang rupa kawan aku dengan kata-katanya..’Perempuan cina kalau memandu memang bahaya, ikut suka dia je nak masuk mencelah ke nak lintas jalan lah’.

Malah selepas itu setiap kali berlaku dan apabila aku tengok wajah yang memandu itu adalah perempuan cina aku mengganguk setuju dengan kenyataan rakan aku itu. Bagaimana pun aku nak tanya pembaca, benarkah atau aku hanya berillusi dengan kenyataan tersebut..?

Kenapa mereka memandu begini? Mungkin juga rakan atau saudara-mara lelaki yang menggalakkan cara pemanduan ini. Mungkin juga mereka memberitahu jangan takut bila bawa kereta,kalau nak masuk, masuk cepat-cepat. Mungkin ini nasihat yang diberi mengikut teori aku bila dok fikir sebab-musabab pemanduan yang merbahaya ini.Tetapi aku tak adalah nak tanya pun, bukan penting pun lainla kalau aku kena siapkan tesis kan?

Sebenarnya apa yang berlaku?

Secara logiknya pemanduan yang bahaya ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, ini realitinya.Apa yang berlaku keatas aku adalah akibat telah di ‘brain wash’ sedikit oleh statement kawan aku tadi ha ha.
Buat perempuan cina diluar sana, jangan tersinggung tau..kalau anda memang memandu secara merbahaya ubahla cara pemanduan anda. Nasihat ini untuk semua tau,korang jangan nak gelak kat diaorang pula sebab teguran aku tadi. Semua sama sahaja. Kalau kita pandu secara merbahaya,ubahlah sebelum terjadi kemalangan yang bisa meragut nyawa!!

Akhir kata: “Pandu cermat, Jiwa selamat”


p/s-karangan tak menepati piawaian SEO..ha ha..

Sabtu, 25 Oktober 2014

Tips Penjagaan Singki Dari Tersumbat

Tips penjagaan singki dari tersumbat.

paip,singki,singki sumbat,kalau paip sumbat nak buat apa?
Paip berbentuk T dibawah singki


Mungkin ramai yang pernah menghadapi masalah begini iatu singki tersumbat. Cara mudah ialah dengan mengupah plumber (tukang paip) untuk membaikinya. Disini aku ingin share serba sedikit supaya boleh jimat sedikit daripada upah plumber untuk menyelesaikan masalah anda.

Setengah-setengah rumah paip dibawahnya berbentuk T atau U sedikit. Dalam kantung berbentuk U ini biasanya kotoran berat akan sangkut disini. Bila penuh air susah nak melepasi dari singki. Cara senang buka kepala U ini dan buang jer kotoran dan cuci sikit. Kemudian pasang semula.air. Ulangi perbuatan ini selama dua hari. Insyaallah berkesan. Harap maklumat ini memberi manfaat kepada para pembaca blog ini.

Kalau semua cara diatas tak berjaya maka ambil telepon dan teleponlah tukang paip. Nak buat camner lagikan.. J
masalah singki tersumbat?’

Apabila semua telah dibuang dan bila dipasang air masih payah melepasi dari singki ini maknanya bukan paip berbentuk U yang bermasalah tetapi paip lurus yang bersambung itu yang bermasalah. So apa nak buat? Cari getah paip dan dawai. Gunakan dawai untuk mengorek benda-benda asing yang tersumbat didalam.Sumbat getah paip kedalam sikit dan disekelilingnya sumbat kain buruk biar padat dilubang tersebut. Buka air dengan laju. Ini dapat menembak kotoran kotoran ini untuk pergi jauh disebabkan tekanan air. Biar dalam 15 minit. Akibat dari tembakan air ini ada yang akan keluar di bilik air. So buang jelah. Selepas itu cuba kedalam kan lagi getah paip ini dan cuba tarik keluar dan masukkan berulang kali selama 10 minit. Insyaallah semua masalah settle. Jimat RM90 kalau panggil plumber. Macamana boleh buat sendiri jer kan?

Sebelum tidur tuangkan satu botol Clorox atau yang seangkatan dengannya dan apabila bangun pagi buka air singki. Tujuannya untuk membuang kotoran-kotoran degil seperti lemak-lemak yang melekat didalam paip tersebut.

Lagi satu tips untuk mencegah dari tersumbat ialah apabila anda melihat air payah melepasi singki maka cuba buka paip U tersebut dan cuci sebersihnya. Jika kelihatan agak lambat juga maka maknanya paip lurus itu yang bermasalah dan sebelum tidur tuang satu botol Clorox ini dan biar beberapa jam, kalau boleh keesokkan harinya baru buka paip air.. 



-iskh sepatutnya kena charge ni…ha ha

Selamat Mencuba”



Tags:tips penjagaan singki,singki bermasalah?,cara servis kotoran dari singki,buang kotoran dalam singki,kalau singki sumbat nak buat apa?


Selasa, 14 Oktober 2014

Beza handphone picit berbanding touchscreen

nokia3310,nokia3315,sonyz3,sony xperia baru
Dalam dok fikir dua tiga hari ini aku dapat idea nak tulis artikel ini : beza handphone picit berbanding touchscreen.
Siapa tau apa yang berbeza? Actually senang je tak perlu tanya sesiapa atau pakcik google sekali pun. Cukup dengan pengalaman sendiri pun boleh jawab. Ok la kalau malas nak fikir, jum baca pengalaman aku ini.

1.kalau jatuh yang picit tu kita masih boleh gelak lagi tapi yang touchscreen jangan harap la nak gelak, masam dan berkedutla dahi tu kalau jatuh.

2.handphone picit sebelah tangan pun laju bila berSMS sambil memandu. Yang touchscreen susah sikit (jangan tiru aksi ini tau).

3.dari segi ketahanan bateri, yang picit tu umum sedia maklum boleh tahan sampai dua tiga hari berbanding touchscreen.

4.Skrin memang menang kepada touchscreen berbanding yang picit tu.

5.yang picit tu kalau ikat dengan tali getah tiada yang pelik tetapi kalau handphone touchscreen memang orang akan memandang serong he he.

6.kalau tertinggal dirumah memang gelisah kalau yang guna touchscreen.. Ye lah nak wassup, fb semua tak boleh nnt. Kalau yang picit tu tahap risau tertinggal dirumah tu tak secemas bila berbanding touchscreen.

7.yang picit tu boleh modified macam - macam, lampu screen la, tambah kelip kelip la, modified bunyi la. Kalau nak dibanding touchscreen yang ditukar atau ditambah cuma sarung luarnya.

8.dari segi fungsinya memang menang kat touchscreen sebab nama pun smartphone so memang smartla..

9.kalau bergurau atau marah boleh ketuk ketuk meja lagi kalau guna yang picit tu berbanding touchscreen. Rasanya takde siapa yang berani try guna smartphone sendiri.. Setuju?

10.  Mudah kalau nak berselfie kalau guna smartphone berbanding yang picit tu sebab ada kamera depan. Yang picit tu pun ada tapi cuma boleh diguna semasa video call ja. Kalau nak selfie kena pusing handphone kebelakang untuk mengambil gambar.
Ok cukup la kot... Kalau ada lagi yang korang tahu boleh bagitau diruangan komen.

'selamat membaca'


P/s: terkenang semasa dulu..


Sabtu, 11 Oktober 2014

Dua belas CPUV dari Nuffnang

Nuffnang logo
Dua belas CPUV dari Nuffnang? Dasyat tak bunyinya? Bukannya aku nak bangga ke apa sebab income aku ciput ja pun dan dua tiga minggu ni banyak blogger bercerita tentang CPUV yang tiba - tiba banyak diberi. Memang ada terbaca rumors kenapa tiba - tiba pihak Nuffnang bermurah hati ni.. biarlah aku malas nak terlibat dengan sebarang spekulasi.
Aku rasa tak payahla aku nak print screenkan akaun Nuffnang aku. Percaya je ok. Tujuan aku menulis pasal benda ni sebab aku ketandusan idea sebenarnya. Walaupun ada dua artikel yang aku dah siap karang tapi aku tak rasa nak post lagi. Tunggu masa yang sesuai sikit baru boleh post nanti.

Disebabkan CPUV ni aku terpaksa fikirkan artikel apa aku nak letak..maka inilah hasilnya..Kalau rajin tolong klik iklan yang ada dalam blog ini yer he he.
Cuaca pun jurubu eh jerebu sekarang ni so kurangkan aktiviti luar yang tidak perlu. Minum air kosong yang dimasak banyak sikit. Idea pun payah nak nampak time - time jerebu ni. Harap harap menjelma dua tiga hari nanti.

Terima kasih kerana membaca entri ini..

Jumpa lagi


P/s : partimer je



Posted via Blogaway

Isnin, 29 September 2014

Pantun Evergreen (terkenang semasa dulu)

Evergreen 
Nak tahu pantun apa yang Evergreen? Mesti anda semua pernah dengar kalau tak pernah mungkin anda dari generasi masa sekarang ni. Ok jum baca...
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas...
Ha evergreen tak? Zaman dulu-dulu bila hantar kad raya mesti ada pantun ni punya. Selalunya budak sekolah la yang guna. Ok jum tengok lagi satu pantun :
Pen merah pen biru
You marah i love you
Apa macam? Pernah dengar tak? Pantun ni best  sebab ianya akan disebut secara berirama syahdu sedikit. Ini pun femes dikalangan budak sekolah juga. Tak pasti siapa yang menghasilkan pantun ini.. Yang pasti bukan blogger Pen Merah yang terkenal tu.
Entri kali ni sengaja aku nak imbaskan zaman dulu-dulu dimana pantun menjadi sebahagian mungkin sedikit dalam kehidupan.
Bagi anda yang tahu pantun yang dirasakan 'evergreen' boleh share kan diruangan komen...
Jumpa lagi
*evergreen = malar segar

Posted via Blogaway

Isnin, 22 September 2014

Toy Museum Pulau Pinang

Muzium mainan Pulau Pinang

Muzium anak patung ini atau lebih dikenali sebagai Toy Musuem letaknya di Teluk Bahang Pulau Pinang. Ini adalah lokasi baru dimana sebelum ini adalah di Tanjung Bungah. Terdapat lebih kurang 120,000 patung permainan disini. Aku sempat berkunjung di Toy Museum ini.Bagi anda yang ingin mengimbau zaman kanak-kanak dulu ataupun yang masih berjiwa kanak-kanak bolehla berkunjung disini. Ok jumm tengok gambar dulu..

toy museum,gorilla in the mist

Isnin, 15 September 2014

Bunga perempuan bogel tergantung

bunga perempuan bogel tergantung

Ini adalah bunga narilatha  atau Liyathambara yang dipercayai tumbuh di pinggiran banjaran Himalaya di India. Dikatakan hanya berbunya sekali dalam masa 20 tahun. Nampak cam perempuan bogel kena gantung. Bunga ini dianggap paling ganjil sekali didunia.

narilatha the rarest flower



narilatha flower




video

Persoalannya adakah wujud bunga ini??


Bunga ini agak unik kerana tak nampak cam bunga pun betul tak?

Maaf tajuk entri ini agak sensasi sikit...

-end-

Ahad, 7 September 2014

Lepat bunga chica

Lepat bunga chica…

kuih bunga chica
Inilah rupanya lepat bunga chica

Oh..pertama kali dengar nama lepat ni pun aku dah pelik dengar macam cicak pun adakan? He he..

Korang pernah makan?  Kuih ini aku makan waktu berbuka puasa ditempat kerja, kawan aku yang bernama Mokhtar yang bawa. Mula-mula tengok macam lepat liat tetapi apabila rakan aku menerangkan ini adalah lepat chica aku pun jadi pelik betui ka ni teruih aku google jap.Wah memang ada rupanya. Isi kandungannya yang utama ialah bunga chica kalau letak bunga lain akan jadi lain pulak namanya..

bunga chica resepi lepat bunga chica
Inilah bunga chica, kredit imej : http://jomintai-intai.blogspot.com


Bunga chica ni berbunga setahun sekali sahaja. Ingat tak fenomena ala-ala bunga sakura beberapa bulan yang lalu? Ha time ni jugalah pokok bunga chica ni akan berbunga lebat. Rasanya ramai yang pernah tengok  cuma tak tahu nama jer. Asal-usul resepi ini mengikut kajian aku, kuih ini adalah berasal dari Kedah. Memang rare lah orang putih kata..

Bagaimana pula dengan rasanya? Jangan takut takder la pelik mana pun. Ala-ala dodol sikit tetapi lebih lembut dan harum.


Mungkin ramai yang berminat nak tahu resepi lepat bunga chica ni. Ok boleh tengok blog ini. Elok juga aku bagi kredit kepada beliau walaupun aku boleh sahaja nak copy-paste letak dalam blog aku.




-end- jumpa lagi..

Selasa, 2 September 2014

Rahsia Kejayaan Perniagaan Nasi Kandar

  
Kalau dulu kita belajar cara orang cina berniaga kali ini aku nak bercerita sedikit elemen-elemen perniagaan Mamak pula. Kenapa sedikit sahaja? Dah memang sedikit je pun yang aku tahu..jadilakan. Anggaplah sebagai pengetahuan ‘bonus’yang mana rasa elok tu bolehla cuba applykan dalam perniagaan anda.


Pengaruh Mamak / India muslim

Cuba bagitau perniagaan apa yang anda tau melibatkan golongan mamak ini? Batu permata, pengurup wang, kedai runcit, nasi kandar dan lain-lain lagi. Dalam semua perniagaan ini aku pilih nasi kandar sebagai topik utama untuk dihuraikan.Memang dominasi mereka cukup hebat dan dikagumi.
Pernah makan nasi kandar? Bagi mereka yang tegar, seminggu tak pekena nasi kandar badan boleh sejuk-seram ooo.


fish curry,fish_curry,nasi putih dan kari kepala ikan,nasi kandar line clear,nasi kandar kapitan,kapitan curry,nasi_kandar_beratur,resepi-kari_kepala_ikan
nasi makan tengahari masak sendiri..

Rabu, 20 Ogos 2014

Ayat keliru dalam English


Dalam sehari-hari kadangkala kena juga tulis dalam english ni. Ada sesetengah perkataan tu sama ejaan tetapi berbeza penggunaan.Kadang-kadang kita sendiri keliru dengan ayat yang kita gunakan. Jum belajar serba sedikit..

kamus english amerika,kamus,kamus english terbaik


Rabu, 13 Ogos 2014

Asal-usul nama negeri Selangor

Asal usul negeri Selangor

the flag of selangor,bendera negeri selangor,selangor malaysia,kelab bola selangor
Bendera selangor


Ada sesiapa yang tahu tak? Sebenarnya banyak cerita juga yang dikaitkan dengan asal usul nama negeri Selangor. Seorang pahlawan yang dalam perjalanan ke utara telah tertewas digangggu seekor langau ketika berehat ditebing sungai. Pahlawan tersebut akhirnya telah meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan bernama se-langau yang mana lama kemudian menjadi Selangor.

Rabu, 6 Ogos 2014

Britain dan UK adalah berlainan

bendera great britain,bendera united kingdom
negara mana?


Britain dan United Kingdom adalah berlainan. Jangan terkeliru pulak. Britain terdiri daripada England, Scotland dan Wales. Didalam United Kingdom pula terdapat Britain dan Ireland Utara.

Manakala Ireland bukan sebahagian UK

Britain and the UK are not synonyms. So use the terms correctly: Britain consists of England, Scotland and Wales. The UK comprises Britain and Northern Ireland.

Ireland is independent of the UK.

Sekadar berkongsi maklumat..jumpa lagi




Sabtu, 2 Ogos 2014

Mentaliti sampah (2)

Salam aidilfitri sekali lagi..

Amacam raya? Best tak? Banyak ke duit habis..ha ha.Mesti mood raya tu tengah menebalkan? 


Baiklah jum tengok entri aku kali ini. Layan gambar dulu ok.



buka_minda,peluangtercipta,sampah_masyarakat
nampak tak??


kayu pengukur,alexa_the_best_yardstick,alexa_rank,alexa rank,how alexa indexing your blog
nampak tak?? Mana hilangnya??


ubat sakit mata,peluangtercip@blogspot.com,alexa_ranking,alexa_is_the_best_method,alexa_method,apa itu alexa,siapa alexa
Apa benda ni??


pondok merah,gadis_bogel_dalam_van,alexa_itu_apa,whois alexa,burit_merah,gadis_penang_bogel,melayu boleh
nampak tak??


Inilah mentaliti sampah. Aku pernah buat artikel berkenaan ini dulu, sebab tu tajuk entri ini pun ada huruf 2. Maknanya entri aku yang ke-dua la berkenaan isu ini. Entah kenapa mereka ini buat begini, tiada malukah? Nampak tak gambar diatas bagaimana halangan diletakkan dikawasan parking. Aku rasa kalau tiada halangan mesti semua dapat parking dengan mudah, bukannya tiap masa korang parking pun betul tak? Ada juga yang membina pondok parking sendiri tanpa rasa malu iskh..memang meluat dan menyakitkan mata jer tengok.

sakit hati nak buat apa?,apa itu alexa?,dimana nasha aziz tinggal,alexa_ranking,alexa,awek uitm main dengan pensyarah
Sampah sebenar





Rabu, 23 Julai 2014

Aidilfitri 2014

raya2014,selamat_hari_raya,kad_ucapan_raya,aidilfitri,duit_raya

Tiada kata seindah bicara
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Buat pengunjung yang rajin menjengah, maaf dipinta andai ada kata-kata atau penulisan yang mengguris hati kalian.

Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah bersarang dirumpun buluh,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah menyusun jari sepuluh..

#raya2014#hatikuriang#maafzahirbatin#bukaminda#jumpalagi#tata

Khamis, 17 Julai 2014

Pantun SMS Raya

Pantun SMS Raya (untuk diSMSkan)


nokia3310,handset_antik,telepon_lama,Alexa_image



Ketupat pulut diatas para,
Hendak direbus ditepi perigi,
SMS awal pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri

Kura-kura berjalan lambat,
Anak kera melompat-lompat
Kad raya nak hantar tak tahu alamat,
Guna SMS dah tentu selamat

Masak lemang sambil berdiri,
Untuk juadah di Aidilfitri,
Nak bagi kad raya posmen dah cuti,
SMS sahaja sebagai pengganti

Setitik embun dipohon rimbun,
Diatap nipah air tergenang
Dosa tertimbun mohon diampun,
Silap dan salah jangan lah dikenang

Pasang pelita rapat-rapat,
Biar sampai hujung titi,
Moga silaturrahim bertambah erat,
Terimalah salad eh salam Aidilfitri ikhlas dari hati

Anak babun isap rokok salem,
Pandai pulak beli rokok di kedai Pak Ya,
Sebelum line telefon ini problem
Saya nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya ya..




Sekian terima kasih

Khamis, 10 Julai 2014

Mari belajar bahasa thai (2)

thailand logo,thai_airways
(Gambar hiasan yang tiada kena mengena)

Kali ini kita sambung balik kursus bahasa thai tempohari.

Sabtu, 5 Julai 2014

Remaja Hebat : THA’LABAH ABDUL RAHMAN

Remaja Hebat : THA’LABAH ABDUL RAHMAN

beautifull mosque in madinah
(gambar hiasan)

Pada zaman Rasulullah S.A.W, ada seorang remaja berusia 17tahun bernama Tha’labah. Tha’labah senantiasa mengikut Rasulullah mengajar. Jika Rasulullah berhajat sesuatu maka pada Tha’labah inilah dikabarkan.

Pada suatu hari Rasulullah meminta Tha’labah mencari sesuatu. Dalam perjalanan Tha’labah mencari barang, beliau melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup kuat telah menyebabkan pintu rumah itu juga terbuka. Maka ternampaklah Tha’labah seorang perempuan yang sedang mandi. “A’uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu pada Rasulullah S.A.W! Ya Allah aku takut turunnya ayat Quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang membuat dosa! Ya Allah…” rintih Tha’labah sehingga beliau lupa akan barang yang dipesan Rasulullah S.A.W.

Sewaktu melarikan diri beliau ternampak satu bukit dipinggir Madinah dimana dipuncaknya didapati sebuah gua. Tha’labah masuk kedalam gua dan berterusan menangis.Beliau kesal akan dosanya.
Pada waktu yang sama Rasulullah tertunggu-tunggu kepulangan Tha’labah selama beberapa hari. Namun Tha’labah tiada jua muncul. Rasulullah lantas mengarahkan Saidina Umar R.A untuk mencari Tha’labah dan beliau menjumpai Tha’labah di gua tersebut.

“Tha’labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu” ujar Umar

“Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku? Sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah?

Aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka” kata Tha’labah dengan ketakutan.

Saidina Umar R.A memimpin Tha’labah kerana keaadaannya yang sangat lemah untuk berjalan pulang kerumah. Apabila Rasulullah datang menziarah Tha’labah baginda meriba kepala Tha’labah yang sedang terlentang ketika itu. Tha’labah pantas mengenepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, “kenapa wahai Tha’labah?”

“Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada diribamu” ujar Tha’labah.

“Apa yang kamu mahu Tha’labah?”

“Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah”

“Apa cita-cita kamu wahai Tha’labah?”

“Cita-cita aku hanya syurga Allah.Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku”

Lantas Rasulullah S.A.W berkata “ Wahai Tha’labah, aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu”.

Seketika kemudian Tha’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir diriba Rasulullah S.A.W.
Apabila mayat Tha’labah siap dikafan dan sampai waktu pengebumiannya, Rasulullah S.A.W tiba agak lewat. Para sahabat membuka ruang kepada Rasulullah untuk menghampiri kubur Tha’labah. Keadaan Rasulullah yang berjalan perlahan dan seperti tersekat-sekat mengundang seribu pertanyaan.

“Wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa berjalan dengan tidak selesa?” tanya salah seorang sahabat.

Jawab Rasulullah “Kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha’labah ke kubur”.

Inilah kisah remaja hebat Tha’labah Abdul Rahman…diiringi malaikat hingga ke tanah perkuburan..

Allah maha besar! Subhanallah!


Isnin, 30 Jun 2014

Mari belajar bahasa Thai

Selamat berpuasa buat semua pembaca. Bulan-bulan puasa ini entri aku santai-santai sahaja.
kamus thai,thailand word,belajar_cakap_thai,bahasa_thai_dialog
(gambar hiasan)

Jum belajar serba sedikit bahasa thai. Untuk makluman pembaca aku pun tak pandai bahasa thai ni.Dalam dok godek-godek e-mail aku dapat sedikit idea nak publish. Mari belajar bersama-sama.

Rabu, 25 Jun 2014

Ramadhan ooh ramadhan..2014

Ramadan comes again

ramdhan,ramadhan,ramadhan_datang_lagi,indahnya_ramadhan
imej credit :iluvislam.com


Yeaaah!! Ramadhan datang lagi..memang aku seronok sangat bila tiba ramadhan.Tiap-tiap tahun aku menunggu. Walaupun tiap-tiap tahun aku bekerja tetapi aku akan mengambil cuti kali ini; doakanlah aku berjaya.

Aku bukanlah menjaga sempadan negara tetapi seorang kuli yang rajin dan setia kepada majikannya(?).Sad but true..

Marila sama-sama memperbaiki diri, rapatkan silaturrahim jika ada yang renggang disana-sini.Buat pembaca yang singgah terima kasih aku ucapkan kerana sudi meluangkan masa disini.Tak berapa hari jer lagi..

Dikesempatan ini aku ucapkan:

"Selamat Berpuasa"


Ahad, 15 Jun 2014

Heartbleed (bahaya heartbleed)

heartbleed,hati_berdarah,bahaya heartbleed,apakah itu heartbleed
Apakah itu heartbleed..heartbleed bukanlah hati berdarah. Ok baca penerangandibawah (english version)


What is Heartbleed?
Heartbleed is the name given to the vulnerability disclosed by the National Institute of Standards and Technology (NIST) under CVE-2014-0160 and was first revealed publicly on Monday April 7th. Basically it’s a flaw in an open-source software product called OpenSSL, which ironically is supposed to secure web traffic through encryption. The vulnerability can be used to expose passwords, emails, and also get private encryption keys from secure websites. With these private keys hackers can essentially direct traffic to fake web sites with the purpose of stealing information entered there.

How bad is it really?
Many security experts are labeling Heartbleed as the biggest threat to hit the Internet with half a million or more websites being affected. Imagine, you think you are going to your banking site when in reality you have unknowingly entered your username and password at a site owned by hackers. Or you’re shopping online and not only does your product never arrive, your credit card information is now in the hands of bad guys. The effects can be devastating.

Does this affect web sites I visit?
A large number of major Internet companies have been affected, but the full impact is yet to be established. A list of the major sites and their current status can be found at this CNET site. 

Should I change all my web passwords?
The short answer is yes. But you will want to verify that the website is not affected, or has fixed the vulnerability first. Otherwise you are potentially compromising your new password as well. For the major sites you can verify by checking CNET. The password security firm LastPass has set up a Heartbleed Checker, which lets you enter the URL of any website to check for the vulnerability. You can also contact the company of the website in question directly.


Thank you and jumpa lagi.. :)

Ahad, 8 Jun 2014

Fenomena SHC - tubuh badan terbakar sendiri

shc,spontaneous human combustion,tubuh_terbakar_sendiri
SHC

Fenomena SHC ini memang aneh.Terdapat beberapa kejadian yang berlaku diseluruh dunia yang benar-benar membingungkan. Dipercayai tubuh badan manusia terbakar dengan sendiri. Apakah makna SHC ini? SHC merupakan singkatan bagi  Spontaneous Human Combustion.

Kerana tubuh manusia terdiri daripada kebanyakannya air dan dan tisu lemak dan gas metana dimana sifatnya sahaja sangat mudah terbakar, kemungkinan SHC menjadi satu fenomena yang dikatakan misteri. Ramai saintis menolak teori, dengan alasan bahawa punca nyalaan yang tidak dapat dikesan seperti perlawanan atau rokok adalah punca yang sebenar dalam kes-kes yang disyaki. Biasanya, mangsa mati yang ditemui berhampiran dengan sumber api, dan bukti ini menunjukkan bahawa ramai di antara mereka sengaja menetapkan diri mereka berhampiran api sambil merokok atau cuba untuk menyalakan api.

Sebaliknya, kajian ilmuan menunjukkan kepada fakta bahawa tubuh manusia mempunyai ketahanan mencapai suhu kira-kira 3,000 darjah untuk dikurangkan kepada abu. Melainkan SHC merupakan faktor yang tulen, ia seolah-olah mustahil bahawa terdapat perabot yang tidak terbakar. Ada cadangan bahawa punca fenomena sepatutnya termasuk bakteria,elektrik statik, obesiti, tekanan dan penggunaan yang paling konsisten-alkohol yang berlebihan, tetapi tiada satu pun telah dibuktikan oleh sains setakat ini. Satu hipotesis baru-baru ini datang dari ahli biologi British Brian J. Ford, yang pada Ogos 2012 menceritakan eksperimen yang dilakukan dengan pembakaran dalam majalah New Scientist. Menurut Ford, pembentukan aseton dalam badan (yang boleh diakibatkan daripada alkohol, kencing manis atau jenis tertentu makanan) boleh membawa kepada pembakaran spontan. Apa pun punca sebenar tetap menjadi tanda tanya..


-          Untuk pengetahuan sahaja

Ahad, 1 Jun 2014

Bagaimana orang cina berniaga v/s kita

chinese dragon,buka_minda,cara cina berniaga
Credit image :www.naplesnews.com


Bangsa cina dikenali sebagai bangsa yang suka berniaga. Malah diMalaysia banyak perniagaan didominasi oleh bangsa cina ini. Tengok sahaja disekitar tempat anda dalam deretan kedai-kedai ditengah pekan. Siapa yang berniaga disitu? Memang terdapat faktor-faktor sejarah diMalaysia bagaimana mulanya perniagaan bangsa cina disini.Bagaimana pun aku abaikan cerita ini kerana tidak berminat untuk bagitau sejarah mulanya perniagaan bangsa cina kerana ada cerita disebalik cerita sebenarnya.

Khamis, 22 Mei 2014

PHD dan Melayu

PHD dan Melayu

doktor falsafah,phd melayu,melayu paling pandai dalam sejarah
(gambar hiasan)


Apakah tajuk ni merujuk kepada golongan professional melayu yang bergelar doktor falsafah? Tidak sebaliknya sifat negatif bangsa melayu itu sendiri. PHD yang dimaksudkan ialah ‘Penyakit Hasad Dengki’ dalam masyarakat melayu itu sendiri . Pernahkah anda dengar? Mesti pernah, betul tak?

Khamis, 15 Mei 2014

Hotspring Sungkai, Perak (air panas)

HOTSPRING SUNGKAI, PERAK

Baru-baru ini aku telah singgah di Sungkai, Perak. Lokasi yang dipilih ialah Hotspring Sungkai Felda Klah. Sebenarnya dah lama aku teringin nak pergi kesini. Dah banyak kali aku belek-belek website dan blog-blog yang ada. Rupa-rupanya ada beberapa blogger terkenal telah merakam kenangan mereka disini. Akhirnya aku sampai juga walaupun tidak bermalam disitu kerana nama pun singgah je kan.

Jumaat, 9 Mei 2014

Projek lebuhraya Glow in the Dark?

glow in the dark highway, lebuhraya_dalam_gelap,hantu_lebuhraya
Ilustrasi Roosegaarde Studio

Projek lebuhraya Glow in the Dark ini sedang diuji di Belanda (Netherland) pada akhir April 2014.Projek Lebuhraya Smart  ini merupakan kerjasama antara artis interaktif Daan Roosegaarde  dari Studio Roosegaarde dan Heijmans , sebuah firma kejuruteraan awam di Belanda dalam usaha untuk mewujudkan lebuh raya lebih mampan dan interaktif.

Ianya dikatakan dapat membantu mereka yang mempunyai tahap penglihatan yang rendah. Salah satu kemungkinan lagi ialah tiada tiang elektrik (mungkin) diperlukan dikiri kanan jalan dari segi kos elektrik ianya dapat dijimatkan.

Kajian sedang dijalankan dari segi ketahanan cat yang melibatkan cuaca, contohnya kalau salji turun jadi macamana pada cat itu? Kalau panas melampau boleh tahan tak? Ianya juga dikaji dari sudut kesesuaian dan keselamatan. Adakah cat itu mengeluarkan toksin yang berbahaya dalam keadaan cuaca tertentu menjadi asas kajian pihak terbabit. Kos kajian dan penyelenggaraan ini dikatakan sangat tinggi.

Kos kajian dan penyelenggaraan ini dikatakan sangat tinggi

Satu projek yang sama telah dilancarkan oleh UK landskap syarikat Pro- TEQ pada bulan October lalu. semburan  STARPATH (semburan glow in the dark) digunakan untuk kaki lima dan jalan raya , menerangi mereka pada waktu malam untuk menggantikan lampu jalan. Ia sudah dapat dilihat di Pieces Kristus, taman popular berhampiran Majlis Bandaraya Cambridge.

Kemungkinan kejayaan projek ini tidak dapat dipastikan buat masa ini bagaimana pun melihat kepesatan teknologi yang ada ianya adalah tidak mustahil pada masa akan datang.

Maklumat lanjut boleh baca disini :



Jumaat, 2 Mei 2014

100 peluangtercipta – inspirasi blog

100 peluangtercipta – inspirasi blog

Assalamualaikum salam satu dunia, bertemu lagi..
Dalam episod yang lalu..aku  telah ditemuramah oleh diri aku sendiri untuk pengenalan diri aku dan juga blog.
Kali ini tiada wartawan yang nak interview so aku kena taipla apa yang aku nak cerita kat korang.

Inspirasi Blog

Fatin Liyana – aku tak kenal kalau aku tak buat blog. Aku pernah dengar dalam TV blog yang paling popular masa itu hanya menceritakan kisah hidupnya (lifestyles). Bila aku buat blog seorang kawan aku bertanya kenal Fatin Liyana? Barulah aku search tengok.. wah celebrity blogger rupanya.

Hanis Zalikha – kawan aku menyebut lagi satu nama – Hanis Zalikha – ini belog saya – ehh sape plak ni. Aku search lagi…wah seorang lagi celebrity blogger..tetapi macam familiar..ooo ada berlakon dan rupa-rupanya aku dan dia adalah friend dalam facebook!

Ben Ashaari – hmm..mamat mana pulak ni? Ada sangkut paut dengan geng2 Al-Arqam ker ? (Jangan mare ha). Aku terlihat profile beliau (tak ingat fan page ke personal ) dalam FB yang mempunyai ribuan friend (kawan). Aku tertanya sendiri sapa mamat ni artis ke penulis novel yang sangat terkenal? Bila dah ada blog dah aku pun dah reti blogwalking sikit2  barulah aku tahu siapa mamat Ben ni. Otai Blogger rupanya.

Beautifulnara – ni apa benda plak ni. Disebabkan suatu kontroversi  nama ini wujud pada aku. Aku pun tengok gitu-gitu jela web beautifulnara.com ini. Ooo kisah2 celebrity rupanya dan nama pemilik laman ni sentiasa dipuji dan disebut oleh bro Denaihati dan laman beautifulnara ni dikunjungi  ribuan orang rupanya dalam sehari.

Denaihati.com – blog ini wajib dikunjung oleh aku. Tiada siapa yang kenalkan aku dengan blog ini. Aku sendiri yang jumpa ketika tangan aku gatal dengan mouse (tetikus). Sebelum aku buat blog aku pernah selisih dengan blog ini dan aku terbaca satu komen dari pembaca blog ini “ info yang diberi amat menyenangkan dan tuan DH adalah seorang  merendah diri dan mesra dengan para pembacanya..” lebih kurang gitu le ayatnya. Bila aku baca komen macam tu dalam hati aku berkata oo mesti sempoi ni kalau tak takkan ada puji sampai macam tu. Masa blog aku dah sempurna siap aku teringat balik DH ni tetapi aku dah lupa nama blognya. So aku cari semula..yes jumpa balik. Bila semak2 ..wah best blog of the blog award? OO  otai rupanya…

Man – siapa ni? Orang yang aku tak kenal. Orang pertama yang aku tak kenal yang meng-follow blog aku. Aku pun pi la tengok..eh eh template sama dengan aku(sekarang dah lain dah). Beliau bukanlah blogger terkenal tetapi aku sentiasa ingat nama beliau. Terima kasih Man sebab Man sebenarnya pencetus inspirasi aku jugak sebenarnya.


Dan buat follower-follower yang lain terima kasih, terima kasih dan terima kasih tak terhingga kerana sudi membaca hasil karya aku selama ini….