Halaman

Translate

Ahad, 28 Disember 2014

Penutup 2014 – Kontroversi, Kegemparaan serta Pencapaian.

ehem..

penutup2014,tahun 2014,


Sedar-sedar dah penghujung tahun dah. Bagi ibu-bapa pasti sibuk saat ini menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak. Aku pun sibuk juga dok fikir mana nak cuti, idea untuk blog dan macam-macam lagi la.Okla jum mula..

Tahun 2014 memang banyak benda yang berlaku didalam negara kita ini. Pasti yang tak dapat dilupakan ialah peristiwa kehilangan pesawat MH370 dan juga MH17 yang ditembak jatuh. Sememangnya kedua-dua peristiwa ini menjadi bualan berbulan-bulan lamanya. Sekali lagi takziah buat kesemua waris mangsa ini.



#mh370,malaysian flight poster mh370


Tahun ini juga banyak kisah atau peristiwa yang menjadi viral, antaranya ialah kisah anak OKU yang ditinggalkan kekeringan oleh ibunya. Memang sedih bila diingatkan balik. Ramai yang membuat komen mengecam tindakan ibu muda yang meninggalkan anaknya dikurung didalam sebuah bilik. Aku pasti ramai yang ingatkan kisah ini?

Kisah perempuan muda mengetuk kereta seorang warga emas dengan stereng lock pun aku ingat juga. Sememangnya  tak wajar apa yang perempuan muda ini buat. Tak pasal-pasal jadi kes polis dah tu malu kat satu Malaysia..tak pasal-pasal kena troll. Kalau nak cerita penuh korang google la sendiri kalau tak tahu. Pengajaran kes ini ialah penting mengawal kemarahan jangan sampai dirasuk setan.

Tahun 2014 ini juga ada kenangan manis buat aku sendiri, dapat naik pangkat,naik gaji,beli rumah dan macam-macam lagi. Syukur kehadrat Ilahi keatas segala pemberian ini. Syukran.
terima kasih daun keladi,terima kasih poster

Buat pengunjung setia, terima kasih diucapkan.Terima kasih +Puteri Kasih, Ayuni Rafilah dan Denaihati. Mereka adalah pengunjung utama buat tahun ini. Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen kedalam blog yang tak seberapa ini. Traffic pun maintain je walaupun tidak update sekerap mungkin. Berapa jumlah traffic blog ini?? Iskh aku memang segan kalau tanya macamni..takdelah banyak pun ..ratus ratus je sehari.

Pencapaian lain dalam blog ini ialah bounce rate nya rendah sahaja. Ada sekali tu bawah dua peratus, terkini dua puluh peratus. Maknanya apa? Maknanya pengunjung yang singgah lepak lama diblog sambil-sambil baca entri yang lain.Terima kasih buat semua pengunjung. Makna yang lain ialah mereka suka dengan apa yang aku tulis la kot..(?). Kalau Google PR status, masih lagi ‘0’ ha ha. Kalau bab SEO pula jangan nak  tanya pulak tau J. Yang tu korang kena tanya pakar la macam Denaihati atau HassrulHassan. Diaorang memang hebat..Aku kira zero jer berbanding diaorang. Harap-harap dari zero boleh jadi hero pulak kih kih. Yelah sorry melalut terlebey pulak..

Sekali lagi terima kasih untuk kalian yang singgah dan sudi membaca apa yang aku tulis selama ini.

TERIMA KASIH


-babai 2014 dan Selamat Datang 2015-

3 ulasan: