Halaman

Translate

Jumaat, 14 Jun 2013

Pulau Aman dan Mee Udang


Pulau Aman dan Mee Udang
Pulau Aman yang aman..


Pulau Aman, Pulau Pinang..pernah sampai tak? Kalau korang tanya aku balik memang aku dah banyak kali sampai. Pulau Aman ini terletak diantara Pulau Pinang dan Batu Kawan (Seberang Perai). Ianya hanya perkampungan melayu yang terdiri dari beberapa rumah; rasanya tak sampai 50 buah rumah (mungkin lebih sikit).


Pandangan jauh Restoran Terapung

Laluan kampung menuju ke Restoran Terapung

Wajah perkampungan Melayu


Apa yang menariknya kat sini? Erm,,..sebenarnya banyak jugak cuma best tak best terpulang kepada penilaian masing-masing. Ada Telaga Emas, gudang senjata(peluru) peninggalan tentera Jepun, Junggle Trekking, Gua Lanun dan macam2 lagi (sila tengok peta).

Maps of Peace Island

Telaga Emas- ini adalah kawasan yang wajib korang pergi kalau first-time sampai. Ikut jer jalan kampung boleh cuci-cuci mata tengok pemandangan. Telaga Emas ini dikorek diatas sebuah batu yang betul2 berdekatan dengan laut. Airnya tawar meskipun berdekatan dengan laut. Aku pernah test beberapa tahun dahulu sekarang rasanya tak sanggup kerana ada sampah kadang2 tu. Telaga ini mendapat nama pada tahun 1789 apabila seorang pemuda menjumpai mata air dan memutuskan untuk membina telaga.  Ketika mengorek inilah beliau menjumpai banyak ketulan2 batu berwarna emas. Berita ini menjadi buah mulut penduduk kampung yang menjangka ianya emas. PIhak Inggeris bergegas ke sana dan contoh batu telah diambil untuk dianalisis. Ternyata ianya bukan emas seperti yang dijangka.

Sukun- Buah sukun ker? Ye buah sukun. Dikatakan sukun disini adalah yang terbaik diMalaysia, bahkan didunia..statement ini aku dapat bila tengok dalam rancangan TV  beberapa tahun yang lalu. Betul atau tidak entahla..sama jer rasanya kot..

Pohon Sukun memang banyak terdapat di Pulau Aman


Belacan- Yang ini pun dikatakan terbaik jugak..dan harganya kalau diluar memang mahal sikit kalau nak murah kena beli kat sini. Aku pernah tanya jugak bila aku pergi pasar apa bezanya belacan Pulau Aman ini dan katanya lebih berat dan padat dari belacan biasa.

Belacan Pulau Aman


proses buat belacan

Belacan sedang diproses.


Mee Udang Pulau Aman
Kenapa ada topik besar pasal mee udang pulak ni? Ha..sebenarnya inilah tarikan utama kat sini sebenarnya..memang best giler makan mee udang kat sini. Kalau nak rasa udang lipan yang besar2 dan fresh kena datang awal di Restoran Terapung Pulau Aman ini.  Sebelum pukul 3 petang , kalau selepas itu ada jugak mee udang cuma udang lipan xderla. Harga seekor udang lipan ni ialah RM30. Ha ha terkejut kot..tapi memang besarla udang tu..lagi besar pun ada tetapi ianya adalah untuk eksport ; RM90 lebih kurang besar botol kicap ha ha…memang besar(murah lagi pun ada jugak). Harga mee udang ini kalau yang biasa RM6, special RM10 xla mahal. Oh yer lupa pulak, kalau nak makan udang lipan kena beli dulu bersebelahan restoran ini ada jeti kecil, lepas beli baru boleh masak disitu sebab itu kena awal sebab jualan udang lipan ditutup pada pukul tiga petang. Hasil laut yang lain pun boleh dibeli disitu. Memang ramai pengunjung disini.



Floating Restaurant
Restoran Terapung Mee Udang

Restoran Terapung
tengokla sendiri..meriahnya kat restoran ni..

Prawn Mee Restaurant


Mee Udang Pulau Aman

Mee Udang yang membuka selera..

Aiskrim Sorbet dari Afrika Selatan

Chalet Pulau Aman
Chalet terapung Pulau Aman



Sudut lain Pulau Aman – Sudut pandangan aku (he he)


1-Disini tiada jalanraya..so tiada kereta..hanya motor dan basikal sahaja..tu pun x banyak. Bestkan?Kalau korang nak kemana-mana jalan kaki jela..senaman ler sikit.
2-Kalau bermalam disini memang benar benar sunyi..aktiviti barbeque dan memancing memang rasa seronok.Bab pancing tu dapat ke tak dapat ikan tolak tepi jela..yang penting ada aktiviti.
3- Segala kemudahan asas ada disini..tandas awan, masjid , kedai runcit, chalet, homestay dan lain2 lagi.So x payah takut. Ramai yang beranggapan pulau ini tiada kemudahan asas, tiada line talipon tapi bila dah sampai barulah tahu semuanya tidak berasas,..(paham ke tidak?).
4- Kalau hari jumaat kaum lelaki  tidak digalakkan pergi kemana-mana takut sembahyang jumaat x cukup korum.
5. Pohon Sukun memang banyak disini.
6. Penduduk cuma mendiami dibahagian depan Pulau Aman
7. Kalau anda suka mengambil gambar, disini memang banyak panorama yang cantik untuk ditangkap pleh lensa kamera.
8. Sekolah Rendah Pulau Aman merupakan bangunan tertinggi disini, - tiada sekolah menengah.


beting pasir pulau aman

"Bila air surut, boleh ke pulau sebelah.. berdiri ditengah beting ibarat berdiri diantara dua pulau dan lautan.."


Junggle trekking di Pulau Aman
Sedang berjunggle-trekking kot?



Posing dalam hutan


Jalan2 Pulau Aman

Lepas makan mee udang, jalan-jalan dulu


Bagaimana hendak kesana?

Batu Musang Jetty

Dari highway PLUS keluar disusur Bukit Tambun, Pulau Pinang.Cari Stadium Batu Kawan (Seberang Perai), dari situ ikut papan tanda ke Jeti Batu Musang atau dikenali juga sebagai Jeti Pulau Aman.Bayar RM6 untuk menaiki bot pergi dan balik ke Pulau Aman.

Jeti Batu Musang

Komplek perniagaan berdekatan Jeti

Lagi 200  meter nak sampai jeti 


Penutup
Kalau dulu tanya orang Pulau Pinang sendiri pun ramai yang tak tahu, kalau tahu pun dari jumlah tersebut beberapa kerat je yang pernah sampai. Sekarang dah ramai yang tahu mungkin disebabkan kemasyuran mee udangnya. Pulau Aman memang sesuai dengan namanya, sememangnya aman disini..
Yeahh cuti-cuti Malaysia..




Sekian...

56 ulasan:

  1. tak pernah sampai tapi banyak sangat yang menarik ni. antaranya takde kereta kat sini, boleh sewa motor agaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Motor sewa xda rasanya..basikal sewa adalah kot

      Padam
  2. dulu2 pernah ke sini tapi xcantik macam sekarang ni....tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo mesti orang Pulau pinang ni

      Padam
  3. tak pernah sampai sana lagi. seronoknya tengok pemandangan tue.

    BalasPadam
  4. tak pernah sampai lagi tapi ade orang kata mee udang kat sini sedap

    BalasPadam
  5. Kalau mcam tu kena la cuba sendiri kan :)

    BalasPadam
  6. zess terliur nengok udang bergolek atas mee tu..pernah dengar tapi ingat macam perkampungan nelayan biasa jer.. Patut try nie..sesekali mendamaikan otak dan merehatkan badan ya..

    BalasPadam
  7. harga chalet di pulau aman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga chalet dlm rm70 keatas boleh juga pilih homestay dlm rm80 bagaimana pun harganya tidak menentu boleh runding..kalau yg atas air tu mungkin tinggi sedikit..

      Padam
  8. zaman2 sekolah dlu, tiap2 minggu dtg pulau aman... buat program motivasi atau saja2 dok lepak... x perlu sewa moto atau beskal, jalan kaki ja... pengalaman menerobos hutan utk jungle tracking tanpa guider sgt2 mencabar, & amat tdk digalakkan pd org yg lemah semangat...haha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih kerana berkongsi pengalaman :)

      Padam
  9. Okay, sudah bertahun-tahun duduk di Malaysia and even my kampung pon di Pulau Pinang, tak pernah tahu ada pulau namanya Pulau Aman. *terkezut hokeh*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha I x terkejut pun.nnt lambat laun ramai jugak yg akan tau sbb jambatan ke2 Pulau pinang melalui bersebelahan Pulau Aman ini..

      Padam
  10. Makan mmg sdp,tpi org kt situ x bpe mesra alam la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2 penduduk Pulau Aman baca komen saudara kita ni yer..apapun saya rasa x semua camtu kot..

      Padam
  11. Admin bila nk ajak aku pi sana belanja mee udang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he segan lak panggil admin..takpa boleh pm kalau betui nk pi

      Padam
    2. He he segan lak panggil admin..takpa boleh pm kalau betui nk pi

      Padam
    3. He he segan lak panggil admin..takpa boleh pm kalau betui nk pi

      Padam
  12. assalamualaikum..
    tgk gambar2 kt atas tu btl2 mengimbau kenangan sy yg lalu.. :)
    dulu family sy prnh menetap disana..sy smpt menimba ilmu di skolah yg kt atas bukit tu..skolah tu btl2 tepi umah sy..mmg sronok sgt pulau ni..jauh dr kesibukan yg biasa kita lalui di tanah besar..penduduknya ramah tamah..kejiranan kt pulau ni mmg terbaik!bak kata org xknl maka xcinta..:) bila mlm rs segar sgt bila dpt dgr deruan ombak menghempas pantai..hihi pengalaman kt pulau ni mmg xdpt dilupakn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih kerana berkongsi pengalaman

      Padam
  13. Assalammualaikum, boleh x saya dapatkan no telefon bagi tempahan chalet kat Pulau Aman....TQ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam..04-5306501puan Mahani.. beliau menguruskan homestay disana..

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  14. Boleh juga menghubungi 04-5307185 persatuan nelayan Pulau Aman untuk mendapatkan bantuan..

    BalasPadam
  15. KALAU NAK TAU.. NI LA KEDAI PALING SOMBONG DALAM PENANG!!!
    kami dtg dr jauh nk mkn sana. Abis ratus2.. Tanya x berjawab.. Layan mcm p***mak. Senyum jauh skali. Phuiiii!!!!. Makin mahal.. Udang lipan awai tahun sekilo 50. Skang 120!! Gile!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emm pengalaman pahit nmpak gayanye ni

      Padam
    2. Memang setuju sangat masih x berubah perangai tokey tu hu.hu harap di bulan yg baik ni berubahlah hendaknya amin..

      Padam
  16. chaley terapung tu ada contact number tak ?
    ke ada homestay yang murah utk yang ada 3 bilik ?

    BalasPadam
  17. Kebanyakkan homestay dlm 2 bilik dgn ruang yg cukup besar utk yg 3 bilik sy kurang pasti ada atau tidak harga dlm rm80 ke atas..chalet terapung cuba call persatuan nelayan disitu boleh tgk komen sebelum ini

    BalasPadam
  18. blh bg contact number untk chalet terapung x sy nk contact

    BalasPadam
  19. 045307185 persatuan nelayan Pulau Aman mungkin dpt membantu

    BalasPadam
  20. hahaa...best btol kat sini

    BalasPadam
  21. tumpang iklan... nk dptkan chalet blh trs hubungi pn mahani 0134590330/ amer 0194494252. sy jg bt kuih kapit d pulau aman. hehehe... TQ

    BalasPadam
  22. tumpang iklan... nk dptkan chalet blh trs hubungi pn mahani 0134590330/ amer 0194494252. sy jg bt kuih kapit d pulau aman. hehehe... TQ

    BalasPadam
  23. saya pernah beberapa kali ke pulau aman. memang aman pun. mungkin saya silap tetapi telaga emas bukan dilokasi 8 saperti dalam peta. ianya terletak berdekatan dengan lokasi 6. maaf ye kalau saya tersilap

    BalasPadam
  24. Dh lama sya dok cari chalet terapung ni, tapi x tau lokasi sebnar, tapi hari ni sya dah jumpa, inya allah kami akan menyusul skepas ni.

    BalasPadam
  25. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  26. Terima kasih atas info. Teringin nak p tapi bila dengar komen -ve pasal restoren tu risau plak.

    BalasPadam
  27. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  28. Kalo pegi trip klas dgn kwn2 uni..rse2 ok? Sombong sgt ke org kt sana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat ok sebenarnya.. Macam macam aktiviti boleh buat.. Xder la sombong mana pun.. Org sombong kat mana pun ada..

      Padam
  29. maaf, nak tanya sesiapa ada tak number telephone yang buka kedai belacan tu ?

    BalasPadam
  30. Aktiviti berkamping tido khemah,sesuai tak di pulau aman.. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuai juga ada kawasan untuk berkhemah berdekatan telaga emas

      Padam
  31. TUMPANG TANYA...ADA TAK CONTACT NO. UTK NAK NEK BOT TU?

    BalasPadam