Halaman

Translate

Isnin, 8 Disember 2014

Perak Pun Ada Penyu Ler..

Pusat Penetasan Penyu, Segari , Perak Darul Ridzuan


Penyu Agar,Penyu Perak,Penyu disegari,segari perak





Kali jum kita rehatkan diri dulu. Lokasi kita kali ini ialah di pantai Pasir Panjang Segari, Perak. Ada apa dekat Segari ini? Jeng jeng..ada penyu la dekat sini, jum kita tengok penyu!
Memang ramai yang tak tahu dekat Perak pun ada jugak tau penyu. Sebelum layan gambar  korang kenala baca sedikit info pasal penyu dan pusat penetasan  ini.

Species penyu yang berjumlah tiga puluh cuma tinggal tujuh sahaja sekarang. Di Malaysia terdapat empat species iaitu penyu Agar,Lipas,Karah/Sisek dan Belimbing.  Sebab itulah pentingnya pusat perlindungan penyu ini. Makin lama makin sedikit jumlah penyu didunia ini dan diharapkan dengan penubuhan pusat perlindungan  penyu di Segari ini jumlah penyu akan bertambah semula.

Pusat pengurusan penyu  Segari, Perak Darul Ridzuan ditubuhkan dengan objektif utamanya :
*Melindungi penyu daripada diancam kepupusan
*Menjalankan program-program penetasan,pemuliharaan dan penyelidikan penyu di Perak.
*Menyediakan maklumat dan aktiviti-aktiviti pendidikan serta kesedaran awam bahawa species penyu perlu dilindungi.
*Sebagai kawasan tarikan pelancongan yang terkemuka dinegeri Perak

Aktiviti
#Program Penetasan Penyu
#Program Pelepasan Penyu
#Program Pemuliharaan Penyu
#Program kesedaran awam
#Program Penyelidikan

Ditapak seluas 2.3 hektar ini terdapat galeri pameran dan kolam penyu hidup untuk tatapan pengunjung. Hanya Penyu Agar (Chelonia mydas) dan Penyu Lipas (Lepidochelys alivacea) sahaja yang mendarat di negeri Perak.

Ok jum layan gambar pulak..
penyu agar,penyu lipas,penyu belimbing,penyu malaysia
Anak-anak penyu yang comel

telur penyu,penyu bertelur waktu bila,penyu bertelur
Disini telur penyu ditetaskan (Dilarang masuk)


kolam penyu,kolam ternakan penyu
Terdapat tiga kolam utama disitu

Turtle in Malaysia,Malaysian turtle




peluangrtercipta,peluangtercita dimana mana
Pusat Penerangan Penyu

turtle management centre,Malaysia turtle
Kawasan sekitar


mata kail terlekat penyu



tempat tengok anak bulan
tempat tengok anak bulan bersebelahan dengan Pusat Pengurusan Penyu


Komen Lain
Aku ada terbaca komen seorang blogger yang pernah sampai yang mengatakan kawasan ini nampak terbiar sikit. Aku berpendapat beliau beranggapan demikian mungkin suasana disini yang sunyi dan dipenuhi daun-daun berguguran menyebabkan beliau beranggapan demikian. Aku pulak rasa sebaliknya..sebab aku tengok penyu-penyu disini happy semacam je he he.

Perak beaches,pasir panjang
Pantai Pasir Panjang,Segari Perak


Pantai disini amat cantik. Telah menyebabkan aku berehat sebentar sambil minum kopi yang aku bawa sendiri. Terdapat pembinaan tandas awam berdekatan yang mana aku yakin lambat laun akan jadi kawasan tumpuan mandi-manda nanti. Walaupun sebenarnya aku kurang bersetuju sebab takut penyu tak mau singgah pula nanti kalau ramai sangat manusia.Entahla ini pendapat aku jela..

Salah satu objektif  yang dinyatakan ialah menjadikan tempat ini sebagai salah satu kawasa tarikan pelancong yang utama di Perak. Bagaimana pun objektif ini rasanya belum tercapai lagi sebab memang ramai yang belum tahu kewujudan pusat perlindungan penyu ini. Apa pun tak mengapalah mungkin paparan aku ini sedikit sebanyak dapat membantu mempromosi penyu di negeri Perak ini.

Jum tengok video






Bagaimana ke sini?
Kena ikut jalan lama Setiawan-Pantai Remis. Segari  terletak diantara dua tempat ini. Bila sampai kawasan Segari bawa kenderaan anda perlahan sedikit supaya tak terlepas simpang. Jika dari Pantai Remis tengok kanan, kalau dari Lumut atau Setiawan tengok kiri ada signboard Pusat Pengurusan Penyu terus masuk. Bawa kenderaan anda perlahan-lahan, tengok jalan masuk kekiri didalam ladang kelapa sawit. Jalan masuk utama pun dah sunyi apatah lagi jalan didalam ladang kelapa sawit ini. Pusat Pengurusan Penyu ini terdapat dipenghujung jalan.
Alamat: Pusat Pengurusan Penyu
            Pasir Panjang, Segari
            Perak Darul Ridzuan


Pintu,masuk,penyu,ajaib,penyu ajaib
Pintu Masuk



Buka Minda,Penyu Perak,lokasi penyu disemenanjung

P/s: maaf lama tak update..


Jumpa lagi J

8 ulasan: