Halaman

Translate

Isnin, 6 Oktober 2014

Tips menjaga buah pinggang

Tips menjaga buah pinggang


buah pinggang,kidney,pinggang,kedudukan_buah_pinggang


Mencegah adalah lebih baik dari merawat.Benar ungkapan ini , kalau dah sakit panjang pulak ceritanya.Jum baca bagaimana hendak menjaga buah pinggang :
Elakkan dari memakan mee segera seperti mee magi dan makanan ringan yang merapu seperti twisties serta mee kuning dan roti canai. Sesekali dalam sebulan tak mengapalah.Gantikan mee dengan spaggeti,roti canai dengan capati dan tosei. –boleh buat tak? J
Minumlah air sebanyak 2 liter sehari. Air yang dimaksudkan ini bukanlah air milo, air oren tetapi air kosong. Sebelum ini pun aku ada buat artikel berkenaan kebaikan meminum air kosong ini. Bagi mereka yang kuat bekerja memang digalakkan minum banyak air kosong. Cuba elakkan dari memakan kacang yang bergaram serta buah-buahan jeruk kering seperti asam boi.

Minuman seperti sunquick, Nescafe dan segala minuman berperisa eloklah dielakkan kerana salah satu kandungannya adalah pewarna dan perisa. Minuman bergas memang langsung tak digalakkan sama sekali.Kalau minum teh dikedai pun tidak berapa elok juga kerana tehnya biasanya adalah pewarna dan perisa semata-mata dan ianya selalu dikitar semula beberapa kali.
Pengambilan coklat juga disarankan agar tidak selalu diambil. Horlick adalah lebih elok diminum berbanding milo. Memang milo ni minuman fevered rakyat Malaysia sesekali tidak mengapa kalau nak minum. Tetapi kalau nak bersukan atau berjungle trekking aku sarankan pengambilan atau makan coklat ini kerana ianya bagus untuk tenaga segera.
Memakan ayam daging juga elok dikurangkan kerana ianya mengandungi beta agonist dan pelbagai hormone penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang ternakan selama 31 hari sahaja dengan dibantu ubat-ubatan. Ayam kampung lebih elok atau ayam yang dijual bewarna kuning dipasar. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan yang dilarang.

Kalau ikutkan apa yang aku paparkan ini sebenarnya agak susah nak buat.Cuma kalau makan tu beringat-ingatlah sikit.
Jumpa lagi..

Sumber ini adalah dari pembacaan aku sendiri..aku sendiri kurang ingat dari mana aku dapat ini tetapi memori aku kira bagus  jugakla boleh ingat isi-isi kandungan yang aku baca…syukur alhamdullilah dapatlah juga berkongsi serba-sedikit..


Sehingga berjumpa lagi..




Tags: tips penjagaan buat pinggang,bagaimana menjaga buah pinggang,buah pinggang,cara pemakanan sihat untuk penjagaan buah pinggang,buah pinggang yang rosak

20 ulasan:

  1. sedang menjaga diet makanan....dah tak boleh nak main makan je skrg ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. elokla tu..jangan tak makan langsung udahler..

      Padam
  2. tq atas info yang manfaat. memang susah nak buat, tapi kena jugak untuk kesihatan. mencegah itu lebih baik kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kena ada kesedaran menjaga kesihatan

      Padam
  3. terima kasih atas perkongsian info ni...kena lebihkan minum air suam la lepas ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Air suam memang minuman terbaik sebenarnya

      Padam
  4. Erm...berspaggeti la plak lepas ni.hehe

    BalasPadam
  5. Terima kasih di atas info yang bermanfaat ini. Kesihatan kita sangat tinggi nilainya. :)

    BalasPadam
  6. pinggang nak pakai lama :) jadi jaga ye hihi

    BalasPadam
  7. Thanks sebab kongsikan info berguna camni ^_^

    BalasPadam

  8. info yang bermanfaat dari blog ni. memang best

    BalasPadam
  9. Adkah minum air masak yg jumlah bnyk dpat mncegah pnyakit buah pinggan ni?

    BalasPadam
  10. Adkah minum air masak yg jumlah bnyk dpat mncegah pnyakit buah pinggan ni?

    BalasPadam