Lepat bunga chica

Lepat bunga chica…

kuih bunga chica
Inilah rupanya lepat bunga chica

Oh..pertama kali dengar nama lepat ni pun aku dah pelik dengar macam cicak pun adakan? He he..

Korang pernah makan?  Kuih ini aku makan waktu berbuka puasa ditempat kerja, kawan aku yang bernama Mokhtar yang bawa. Mula-mula tengok macam lepat liat tetapi apabila rakan aku menerangkan ini adalah lepat chica aku pun jadi pelik betui ka ni teruih aku google jap.Wah memang ada rupanya. Isi kandungannya yang utama ialah bunga chica kalau letak bunga lain akan jadi lain pulak namanya..

bunga chica resepi lepat bunga chica
Inilah bunga chica, kredit imej : http://jomintai-intai.blogspot.com


Bunga chica ni berbunga setahun sekali sahaja. Ingat tak fenomena ala-ala bunga sakura beberapa bulan yang lalu? Ha time ni jugalah pokok bunga chica ni akan berbunga lebat. Rasanya ramai yang pernah tengok  cuma tak tahu nama jer. Asal-usul resepi ini mengikut kajian aku, kuih ini adalah berasal dari Kedah. Memang rare lah orang putih kata..

Bagaimana pula dengan rasanya? Jangan takut takder la pelik mana pun. Ala-ala dodol sikit tetapi lebih lembut dan harum.


Mungkin ramai yang berminat nak tahu resepi lepat bunga chica ni. Ok boleh tengok blog ini. Elok juga aku bagi kredit kepada beliau walaupun aku boleh sahaja nak copy-paste letak dalam blog aku.




-end- jumpa lagi..

Ulasan

  1. nampak macam sedap aje lepat nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha Ha memang sedap x sabar tunggu tahun depan kot kot dapat rasa lagi

      Padam
  2. baru tahu ada Lepat bunga chica ni, unik pokok ni berbunga setahun sekali, kalau jual mesti mahal.

    BalasPadam
  3. first time dengar tentang lepat bunga chica ni...mesti sedap kan :)

    BalasPadam

Catat Ulasan