Halaman

Translate

Sabtu, 24 Disember 2016

Penutup cerita 2016

Penutup 2016 – Salam hujung tahun

olympic medal,medal,brazil,rio
Medal Olimpik Rio - Brazil

Sedar tak sedar dah penghujung tahun..wah cepatnya masa berjalan. Tahun ini aku sangat sibuk..jadi minta maaf banyak pada pengunjung yang mengharapkan input dari aku. Sibuk dengan kerja, sibuk berkebun (kebun asyik dilanda banjir), sibuk nak mengarang tiba-tiba dilantik pula dua tiga jawatan dalam kesatuan sekerja.. ini membataskan lagi waktu aku bersama blog ini.

Tahun ini aku rasa musim hujannya sangat panjang bagi penduduk belah utara semenanjung Malaysia la. Banyak kali juga tanaman sayur aku mati akibat air yang selalu naik dikebun. Akibatnya tunggu bulan January la jawabnya kalau nak tanam apa pun..sabarrr..
Isu/peristiwa semasa yang menjadi bualan tahun ini ..

1         1)      Isu geng baju merah
2         2)      Kekejaman terhadap Rohingya
3         3)      Kebakaran besar-besaran di Israel
4         4)      Pingat emas paralimpik

Kalau ikutkan banyak lagi yang menarik perhatian yang tersenarai diatas tu je yang meresap ke dalam otak aku. Semoga tahun depan kejayaan menanti aku..amiinnn.

Setakat ini sahajalah coretan penutup dari aku pada tahun ini.
Jumpa lagi tahun depan..Insyaallah!

Bye…  J



Sabtu, 3 Disember 2016

Air vs Darah

AIR VS DARAH


air,hidup,fungsi air,jenis-jenis air,#air


Dalam badan kita ada banyak AIR, tetapi bila terluka DARAH yang keluar..
Dalam hati kita ada DARAH, tetapi bila terluka AIRmata yang keluar..


Sekadar cerita… J



Sabtu, 8 Oktober 2016

Berterus teranglah sebelum kamu bernikah

Berterus teranglah sebelum nikah

kahwin,cerai,talak satu,talak tiga
credit image : google.com


Kisah ini berlaku sehari sebelum hari akad-nikah

Sayang..sebelum kita nikah biarlah abang berterus terang..
”Kenapa bang”

Lihat gambar ni..

“Siapa wanita ni bang?”

Wanita ni sebenarnya..isteri abang.Bila kita nikah esok, sayang akan jadi isteri kedua abang. Sayang marah tak?

“Abang demi cinta sayang turutkan. Andai itu lah jodoh sayang, sayang terima seaadanya.”

Sungguh murni kata-kata sayang, terharu abang mendengarnya.

“Tapi bang, sayang pun nak tunjuk gambar jugak”

Eh ..gambar siapa pulak ni? Siapa lelaki ni?

“Abang tekalah..sayang pun macam abang jugak”
Apa?? Ni bekas suami sayang ker?

“Taklah kan sayang tak kahwin lagi..”

Habis tu gambar boyfren lama awak ker?

“Hihihi takla..sayang cinta abang sorang je tau dalam dunia ni”
Habis tu gambar sapa pulak ni?
“Tula gambar sayang sebelum operate!”

:P

“Abang…..abanggg..alaaah pengsan pulak dia!!”

JJJJ

Khamis, 29 September 2016

40 cerita pasal makan!!


40 Cerita *MAKAN*
1. Paling sdap *makan* free
2. Paling mahal *makan* angin.
3. Paling pahit *makan* hati.
4. Paling lama nak pencen *makan* gaji
5. Paling susah *makan* pasir.
6. Paling celupar *makan* penampar
7. Paling terkesan *makan* dalam
8. Paling sikit *makan* tepi
9. Paling best *makan* tidur *makan* tidur
10. Paling bahaya brake tak *makan*
11. Paling berdosa *makan* rasuah
12. Paling teruk *makan* tuan
13. Paling seimbang pandai *mkn*...pandai simpan...
14. Paling malas dah *makan* tak pandai basuh
15. Paling cela *makan* yg haram
16. Paling lama *makan* garam
17. Paling takut *makan* diri
18. Paling bosan *makan* tahun
19. Paling tidak terasa *makan* usia
20. Paling degil tak *makan* saman
21. Paling boring *makan* masa
22. Paling hina *makan* kwn
23.Paling bahaya *makan* jalan
24. Paling baik kena bagi *makan*
25. Paling comel tak *makan* tua
26. Paling benggang dah pancing tak *makan²*
27. Paling kecewa harapkan pagar, pagar *makan* padi
28. Paling derita pantang *makan*
29. Paling risau budak² tak mau *makan*
30. Paling sibuk cari *makan*
31. Paling sopan *makan* beradab
32. Paling kerap salah *makan*
33. Paling tak jujur *makan* hak orang
34. Paling engkar curi² *makan*
35. Paling seronok *makan* kenduri
36. Paling diingat jaga *makan*.
37. Paling tak sihat *makan* tak pantang
38.Paling sihat *makan* bila lapar
39.Paling mulia *makan* nasihat
40. Paling akhir *makan*kena suap
Sekian terima kasih...



foodtruck,nasi_lemak,resepi_nasi_briyani,#makan,cendol popular,teh tarik paling sedap,masterchef


Share dari FB.. J

Khamis, 28 Julai 2016

Gangsterisme dan keganasan dalam masyarakat India Malaysia

Gangsterisme dalam masyarakat India


Aku pernah terbaca komen seorang wartawan suratkhabar berbahasa Tamil tentang masalah gangsterisme dalam masyarakat India diMalaysia. Ujar beliau gejala ini amatlah membimbangkan. Beliau juga memberikan sebab-sebab kenapa ia berlaku dan langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengatasi masalah ini. Aku sendiri tak ingat apa yang beliau cadangkan tetapi apa pun cadangan beliau adalah menjurus untuk mengatasi masalah tersebut.

Gambar hiasan -imej sources : ragedindian.com

Rabu, 13 Julai 2016

Jum belajar bahasa banjar

Mari Belajar Bahasa Banjar
Bagi masyarakat berketurunan banjar, bahasa melambangkan identiti mereka. Jadi kamus ini adalah bagi mereka yang ingat-ingat lupa sahajalah. Aku sendiri bukanlah berketurunan banjar tetapi bolehlah aku cuba tambahkan sedikit pengetahuan aku.

banjarmasin,orang,banjar,belajar,bahasa

Mungkinkah salah seorang dari mereka ini berketurunan banjar? (gambar hiasan)

Khamis, 30 Jun 2016

Suatu hari diHari Raya - Terkenang Semasa Dahulu

Suatu hari diHari Raya –terkenang semasa dahulu

Mekah,mecca,kaabah

Hari raya pun bakal menjelang tiba tak lama lagi. Persiapan raya macam mana? Bagi aku raya tahun ni aku sambut secara besederhana sahaja, yelah kenalah budget sikit lepas raya pun nak kena belanja juga. Aku cuma cuti tiga hari bermula sehari sebelum raya, raya ketiga aku dah kena bertugas semula. Bagi mereka yang pernah baca entri-entri aku sebelum ni mungkin tahu dah banyak kali raya aku kena kerja. Demi tugas buat juga la kan.

Rabu, 8 Jun 2016

Ramadhan 2016 - Jujurlah wahai para peniaga sekalian

Ramadhan 2016  - Jujurlah wahai para penjual semua..

masjid di madinah
Masjid Nabawi


Bulan Ramadhan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam amnya. Dibulan inilah kita berlumba-lumba membuat amal ibadat dan kebajikan sebanyak mungkin. Rugilah kalau tak ambil kesempatan dibulan yang mulia ini.

Kepada para pembaca yang selalu singgah atau yang kebetulan singgah, aku ucapkan selamat berpuasa dan menempuhi Ramadhan dengan sebaik mungkin. Biasalah bulan Ramadhan ini jugalah nafsu kita tiba-tiba kuat. Kuat makan, kuat tidor dan kuat shopping..ha betul tak? He he.. Janganlah boros bila berbelanja (pesanan untuk aku jugak).

Kepada mereka yang berniaga makanan di bazar Ramadhan tu, berniagalah dengan jujur. Jangan nampak untung sahaja. Harga biarlah berpatutan. Tahun lepas aku pernah membeli pati air kelapa dimana aku hampa sekali kerana rasanya seperti air paip, rasa kelapa sangat sedikit. Janganlah buat begini..mengundang kemarahan orang dan dah tentu keberkatan berniaga itu tiada sebaliknya dosa pula yang dapat. Kalau nak kaya dengan menjual mercun pun tak payahlah, saban tahun mesti ada kes yang putus jari, muka pecah dan sebagainya.


Oklah cukuplah ngomel serba sedikit.. dibawah aku letakkan link-link lama yang mungkin bersesuaian dengan bulan puasa ini. Mungkin ada yang anda suka baca sebab aku tak rasa nak menulis sangat dibulan puasa ni..so klik la mana yang berkenan  J

Sila klik skip add kalau x nak tengok iklan  (20saat je iklan tu)..














“Selamat Berpuasa” 


Jumaat, 29 April 2016

10 Makanan Yang Dapat Mencegah Arteri Dari Tersumbat

10 Makanan Yang Dapat Mencegah Arteri Dari Tersumbat

tomatoes,tomato,jus_tomato,jus,red tomato


Berikut disenaraikan 10 makanan yang elok dimakan dan dapat mencegah arteri dari tersumbat:

Minyak Zaitun (lemak mono tak tepu)
Tomato (lycopene)
Delima (anti oksida)
Kiwi dan Tembikai (anti oksida)
Jus Cranberry
Bawang Putih
Ikan Salmon (omega 3)
Oat (fibre serap)
Anggur (flavonoid,quercetin,resveratrol)
Bayam (kalium dan asid folik)

Bila kata elok bukan la bermaksud boleh makan banyak-banyak. Apa jenis makanan pun kalau makan terlampau banyak akan ada kesan pada tubuh badan kita. Jadi makanlah dalam kadar sederhana. Penulis memohon maaf kerana tidak menghuraikan satu persatu secara lengkap. Bagaimana pun kebanyakkan makanan diatas meski berlainan kandungan namun fungsinya sama iaitu dapat mencegah arteri dari tersumbat meskipun cara ia berfungsi terhadap tubuh badan adalah berbeza.
J


jumpa lagi..

Rabu, 20 April 2016

Kenapa Saya Tidak Suka Cinetron Indonesia

   

 Kenapa saya tidak suka cinetron dari Indonesia

cineron,indonesia,yasmin,cinetron terbaru,tv2,tv3,slot baru cinetron,tidak_suka
gambar hiasan


Buat peminat cinetron dari seberang jangan ambil hati dengan entri ini. Entri ini bukan nak cari gaduh sekadar luahan ikhlas pandangan saya je.

Kenapa saya tidak suka?

1.      Episod yang terlampau panjang. Sampai beratus-ratus episod sedangkan rahsia semua penonton dirumah dah tau.
2.      Emak dan anak perempuan nampak cam sebaya. Citer kat Malaysia pun ada juga yang tiru macam ni sikit-sikit.
3.      Menghendap sikit punya jauh tetapi boleh dengar apa yang orang lain bual (lainla kalau pakar baca gerak bibir).
4.      Bila nak luah perasaan atau rahsia ada ja yang menyampuk ganggu.
5.      Banyak bercakap dalam hati
6.      Cinta tiga segi,empat segi dan lima segi –elemen penting ni , boleh dikatakan semua cinetron mengandungi elemen ini.

Sebenarnya itu sahaja yang buat aku kurang gemar nak tengok. Episod setakat 20 episod cukupla. Tak payah nak follow sampai beratus-ratus. Bab pelakon tu takda la masalah sangat. Kecuali part mak yang nampak muda sangat.

Kalau takda citer aku tengok la juga nak wat camna…
Sekian terima kasih… J


p/s: banyak benar peristiwa kematian melibatkan rakan-rakan aku..tiada yang kekal melainkan Allah jua

Sabtu, 19 Mac 2016

Rachel Corrie - Dilupakan Jangan

Rachel Corrie – dilupakan jangan


dilupakan jangan,rachel,corrie,rachel corrie,buka minda,peluangtercipta
Rachel Corrie with love
Artwork by Palestinian Artist Imad Abu Shtayyah

Isnin, 14 Mac 2016

Berbuatlah kebaikkan meski tiada mata yang melihat..

Berbuat baik meski tiada mata memandang


mata,berbuat baik,#buka minda


Assalamualaikum dan salam satu dunia..
Lama juga aku tak post disini kan? Maaflah ada urusan yang agak penting yang kena dibuat dan aku mengambil kesempatan untuk berehat dari menulis baru-baru ini. Oklah back to topic kita pula kali ini.

“Berbuat baik meski tiada mata memandang”

Apa benda aku nak citer ni? Well citernya senang dan simple ja..kisahnya begini:

“Suatu hari aku pergi makan char-kuey-teow, meme sedap!. Lalu aku menceritakan kisah aku ini kepada kawan aku yang tinggal dikawasan tersebut lalu dengan muka yang serious kawan aku bagitau orang situ memang tak suka makan kat situ. Oh! Kenapa? Aku mula bertanya pada rakan aku apa sebabnya. Menurut kawan aku diwaktu petang balang jeruk ada yang terbuka dan banyak lalat menghurung dan ada juga yang nampak beberapa lalat pernah jatuh didalam baling. Kisah kedua, pernah sekali ternampak sudu jatuh diatas lantai dan tanpa membasuh diletak semula kedalam pinggan.”  - tamat kisah.

Secara rumusannya aku nak simpulkan begini  : disebabkan pekerja dikedai tersebut merasakan tiada yang nampak maka diambil semula sudu tersebut dan diletak kedalam pinggan. Perbuatan pekerja tersebut telah dilihat oleh orang lain maka kedai tersebut mendapat publisiti yang buruk (bad publicity). Yang rugi ialah majikannya, makanan sedap macam mana pun kalau pekerja pengotor memang takkan maju kedai beliau.
Disini pentingnya nilai-nilai murni dalam sesuatu organisasi. Pentingnya nilai ini diterapkan dalam diri setiap pekerja (walau kena paksa sekalipun) agar imej organisasi yang diwakilinya tidak tercemar.

Dalam hal lain pun boleh berlaku, contohnya dikawasan perumahan seperti flat dimana masalah pembuangan sampah berleluasa. Malas nak berjalan buang saja sampah sesuka hati sebab tiada mata yang melihat. DiMalaysia tahap kesedaran sivik kita tidaklah sehebat mana (maaf) berbanding negara maju yang lain.
Memang banyak manusia bersifat begini bila tiada mata melihat mulalah ambil kesempatan, ambil mudah, curi tulang dan sebagainya. Ini cuma sebahagian dari contoh diharapkan para pembaca blog ini juga mempunyai tahap kesedaran sivik yang tinggi. Diharapkan apa yang aku cuba sampaikan dapat difahami oleh kalian..

Oklah untuk kali ini, lain kali kita sembang lagi…
ByeJ

-p/s : tak larat nak hurai panjang2 he he

Selasa, 1 Mac 2016

Pusat Rawatan Islam Al-Mustaqim - biadap


Pusat Rawatan Islam Al-Mustaqim

Pusat Rawatan Islam Al-Mustaqim..pernah dengar? TAK PERNAH? OOO ok sama la juga dengan aku. Lokasi pusat rawatan ini letaknya di Lunas, Kedah. Femes tak femes aku tak tahu la pulak. Bagaimana pun ada sedikit perkara yang aku nak hebahkan.
Dalam minggu lepas aku telah diminta menelifon untuk bertanya samada pada hari tersebut pusat rawatan ini buka atau tidak. Maka aku pun start buat phone call.. Berikut ialah butir perbualan tersebut :

Aku - Assalamualaikum..
Pusat rawatan – hmm..
Aku – Boleh saya tahu tengah bercakap dengan siapa?
Pusat rawatan – Heii..hang talipon aku hang tanya aku pulak cakap dengan sapa? (loghat kedah). Awat hang gila ka apa ni??
Aku – ha..err.Ustaz hari ni bukak tak?
Pusat rawatan – bukak ..bukak ..bukak apa? Bukak seluaq ka? Aku tak dak masa nak layan orang gila macam hang..dah ..dah…(Off handphone)
-tamat-

Wah hebat betul! Memang buat aku naik hangin balik!!  Hebat sangat ka orangtua ni? Maka aku pun mula merayau dalam facebook dan google. Dengan murah hati aku meninggalkan komen pada setiap laman yang aku jumpa. Promosi percuma dari aku termasuk apa yang tengah aku buat sekarang.
Rupanya banyak blog juga orangtua ni buat. Menurut siasatan edisi siasat aku blog-blog ini dibina oleh anak beliau yang masih bersekolah ketika itu..ketika ini aku tak amik tau anaknya dah habis sekolah atau tidak. Kreatif anaknya membantu buat promosi pusat rawatan ayahnya.

Dibawah ialah komen salah seorang yang pernah terkena layanan istimewa dari beliau :

pusat,rawatan,islam,al-mustaqim,lunas,kulim,kedah,pusat perubatan islam,ustaz fadzly


Korang nilailah sendiri dari perbualan aku dan juga screenshot diatas. Dimana adab beliau sebagai seorang ustaz? (Ustaz fake rasanya nih). Tak boleh ka cakap elok-elok? Sombong entah apa-apa. Dari apa yang aku siasat aku yakin beliau bertuhankan duit. Ikhlas atau tidak beliau mengubati pesakit, itu aku tak tau..biarlah tuhan yang tentukan. Tetapi perbuatan beliau yang biadap itu wajar buat aku memberi sedikit publisiti dan meletakkan artikel aku dalam google supaya mereka yang memcari perkhidmatan beliau berfikir masak-masak. Nak juga berjumpa ..terpulang..anda telah dinasihatkan.

Sekian terima kasih
J

#pusatrawatanislamalmustaqim
#xsupportpusatrawatanmcmni

#biadap

Ahad, 7 Februari 2016

Terima Kasih Lynk.my

Lynk.my – Terima Kasih

Pada penghujung 2015 yang lalu telah berlangsung satu pertandingan yang sengit dikalangan blogger semua iatu   : Contest Review Lynk.my 2015. Banyak blogger telah menyertai contest ini termasuk la aku.

Kedudukan keseluruhan tidaklah diketahui hanya diumumkan tempat pertama hingga ketiga sahaja bagi tiap-tiap kategori. Menang atau kalah adalah adat dalam pertandingan. Bagaimana pun aku telah dapat hadiah saguhati penyertaan awal dari ikedaikami.com.  Hadiah yang kecil lagi comel – Terima Kasih

lynk.my,lynk,contest lynk,shortener lynk,terima kasih


ikedaikami
Cable USB merangkap pembuka botol ..unik 


Jadinya enti ni aku cuma nak ucapkan terima kasih buat Lynk.my dan ikedaikami.com. Bagi yang tertanya-tanya apa itu lynk.my boleh klik terus link tersebut. Lynk.my adalah laman untuk memendekkan URL anda dan di Lynk.my juga anda boleh mengiklankan perniagaan anda semurah RM10, manakala ikedaikami.com pula menawarkan barangan-barangan menarik yang boleh dibeli secara atas talian.

Akhirkata, terima kasih untuk hadiah yang diberi..


Jumpa lagi..

Jumaat, 22 Januari 2016

7 Tanda Awal Isteri Derhaka

good mom,bad wife,isteri curang

isteri derhaka,isteri,derhaka



7 Tanda Awal Isteri Derhaka
1] Menghina atau mengumpat suami
2] Mengherdik serta menceritakan kelemahan serta kekurangan suami
3] Isteri yang keluar rumah tanpa kebenaran suami
4] Isteri yang mendoakan kecelakaan buat suami
5] Membenci kegemaran suami (bukan melibatkan maksiat)
6] Menjadi tekanan kepada suami

7] Mengungkit-ungkit janji suami 

Khamis, 14 Januari 2016

Ladang Anggur Perak ( Saloma Vineyard and Nursery)

Ladang Anggur Sitiawan

Setakat ini cuma dua tempat yang aku dengar mengusahakan ladang anggur, yang pertama di Perlis dan yang kedua di Sik, Kedah. Rupa-rupanya di Perak pun ada juga ladang anggur. Ladang anggur ini dimiliki oleh Puan Siti Saloma Saad. Saloma Vineyard and Nursery itulah nama ladang anggur ini di Lekir, Sitiawan Perak.

Terdapat lapan jenis anggur yang ditanam disini :

Loose Perlette
Isabella Madu
Black Queen
Black Opal
Long White Malaga
IAC
Alphonso Lavelle

Flame

Setakat ini satu keluarga cuma dibenarkan membeli 500 gram anggur.Lebih tak boleh. Kalau anak benih tak mengapa. Aku dah test makan dan beli..ternyata anggur dari ladang ini memang manis. Mungkin saiznya kecil sedikit dari yang selalu kita tengok. Oklah korang layanlah  dulu gambar.



anggur,anggur perak, saloma vineyard and nursery
Seronok tengok buah anggur bergantungan


anggur untuk dijual, benih,anggur,erak
Benih anggur untuk dijual boleh dibeli disini


kebun anggur,wine,grape,saloma,ladang saloma
Kawasan tanaman anggur


sweet grape,anggur manis,anggur perak,lokasi ladang anggur perak
Inilah jenis-jenis anggur yang dijual


baja untuk anggur,anggur sedap, anggur malaysia
Baja yang aku beli sekali dengan pokok anggurnya


cara petik anggur,petik buah anggur,anggur hijau,anggur merah,anggur hitam
Boleh petik sendiri


kurma hybrid,kurma,kurma malaysia,kurma,merah,kurma merah
Kurma hybrid juga ada disini


Terdapat juga benih-benih pokok yang lain selain anggur antaranya epal bidara,kurma hybrid, buah tin dan banyak lagi. Aku nak tulis yang lain-lain aku pun dah lupa he he ..jangan mare ye :)


Maklumat lanjut boleh hubungi alamat tertera di bawah:

Saloma Vineyard and Nursery
Lot 2658, Belakang Restoran Batu 6
Lekir 32020
Sitiawan, Perak
Tel : +605-6793042 (R)
017-5688642 (HP)

jemputler...

Sabtu, 2 Januari 2016

Cara menangani anak yang mengamuk


Tips berikut untuk mereka yang mempunyai anak yang masih kecil

Imej kredit : gifthub.com

Bila anak mengamuk

Bertenang -Jangan marah, sebaliknya cuba bertenang dan senyum. Kalau kita marah, lagi kuat dia menangis.

Peluk -peluk dan tenangkan anak sambil bacakah Surah Al-Fatihah.

Pujuk – memujuk dengan cara yang sebaiknya. Dukung atau pegang dan belai rambutnya. Cuba tanya kenapa dia marah. Anak suka bila ada orang yang beri perhatian.

Nasihat – Setelah anak penat mengamuk, cuba belai dia dengan lembut dan katakan kepadanya bahawa apa yang dia lakukan tadi adalah salah. Katakan juga dia akan lebih disayangi jika bersikap baik.

Pastikan anak anda selamat – Menenangkan anak dan memastikan keselamatan anak. Beri perlindungan kepada anak supaya dia tidak berasa takut dan lebih selamat.

Jangan menghukum – Elakkan memukul dan menengking anak, ini akan menyebabkan anak anda mengamuk dengan lebih teruk dan menggangu emosi anak.

Asingkan anak- Jika boleh, asingkan anak anda pada suatu sudut atau dalam sebuah bilik bersama anda.

Sistem ganjaran- Katakan kepada anak jika dia bersikap baik, anda akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen bersama atau membaca bersama-sama.

Bersikap tegas – Sesekali jika perlu, tegas adalah langkah yang baik juga ditunjukkan. Jika dia mengamuk katakan bahawa masa bermainnya akan dipotong.Terangkan dengan jelas mengapa tindakan itu anda buat.

Jangan beri hadiah – Elakkan memberi apa yang diinginkan anak apabila mengamuk kerana tidak mustahil dia akan melakukan perkara sama untuk mendapatkan sesuatu.

Alih perhatian anak – Ketika membeli belah bila anak tunjuk sesuatu, cepat-cepat alihkan perhatiannya. Bawa dia ke bahagian lain.

Tempat awam – Apabila anak mengamuk ditempat awam, bawa dia ketempat yang lebih senyap dan tenang. Contoh didalam kereta.



"Selamat Menyambut Kedatangan 2016"


jumpa lagi..


#2016
#tahunbaru