Halaman

Translate

Khamis, 14 Januari 2016

Ladang Anggur Perak ( Saloma Vineyard and Nursery)

Ladang Anggur Sitiawan

Setakat ini cuma dua tempat yang aku dengar mengusahakan ladang anggur, yang pertama di Perlis dan yang kedua di Sik, Kedah. Rupa-rupanya di Perak pun ada juga ladang anggur. Ladang anggur ini dimiliki oleh Puan Siti Saloma Saad. Saloma Vineyard and Nursery itulah nama ladang anggur ini di Lekir, Sitiawan Perak.

Terdapat lapan jenis anggur yang ditanam disini :

Loose Perlette
Isabella Madu
Black Queen
Black Opal
Long White Malaga
IAC
Alphonso Lavelle

Flame

Setakat ini satu keluarga cuma dibenarkan membeli 500 gram anggur.Lebih tak boleh. Kalau anak benih tak mengapa. Aku dah test makan dan beli..ternyata anggur dari ladang ini memang manis. Mungkin saiznya kecil sedikit dari yang selalu kita tengok. Oklah korang layanlah  dulu gambar.



anggur,anggur perak, saloma vineyard and nursery
Seronok tengok buah anggur bergantungan


anggur untuk dijual, benih,anggur,erak
Benih anggur untuk dijual boleh dibeli disini


kebun anggur,wine,grape,saloma,ladang saloma
Kawasan tanaman anggur


sweet grape,anggur manis,anggur perak,lokasi ladang anggur perak
Inilah jenis-jenis anggur yang dijual


baja untuk anggur,anggur sedap, anggur malaysia
Baja yang aku beli sekali dengan pokok anggurnya


cara petik anggur,petik buah anggur,anggur hijau,anggur merah,anggur hitam
Boleh petik sendiri


kurma hybrid,kurma,kurma malaysia,kurma,merah,kurma merah
Kurma hybrid juga ada disini


Terdapat juga benih-benih pokok yang lain selain anggur antaranya epal bidara,kurma hybrid, buah tin dan banyak lagi. Aku nak tulis yang lain-lain aku pun dah lupa he he ..jangan mare ye :)


Maklumat lanjut boleh hubungi alamat tertera di bawah:

Saloma Vineyard and Nursery
Lot 2658, Belakang Restoran Batu 6
Lekir 32020
Sitiawan, Perak
Tel : +605-6793042 (R)
017-5688642 (HP)

jemputler...

1 ulasan:

  1. kebun anggur kat batu 6 tu kecik, tapi nk puas melawat kena pegi kebun kat batu 7, Kg. Darat Jelutong.. masuk depan sekolah kebangsaan lekir.. macam macam ada! Tahniah Puan. Saloma!

    BalasPadam