Halaman

Translate

Isnin, 14 Mac 2016

Berbuatlah kebaikkan meski tiada mata yang melihat..

Berbuat baik meski tiada mata memandang


mata,berbuat baik,#buka minda


Assalamualaikum dan salam satu dunia..
Lama juga aku tak post disini kan? Maaflah ada urusan yang agak penting yang kena dibuat dan aku mengambil kesempatan untuk berehat dari menulis baru-baru ini. Oklah back to topic kita pula kali ini.

“Berbuat baik meski tiada mata memandang”

Apa benda aku nak citer ni? Well citernya senang dan simple ja..kisahnya begini:

“Suatu hari aku pergi makan char-kuey-teow, meme sedap!. Lalu aku menceritakan kisah aku ini kepada kawan aku yang tinggal dikawasan tersebut lalu dengan muka yang serious kawan aku bagitau orang situ memang tak suka makan kat situ. Oh! Kenapa? Aku mula bertanya pada rakan aku apa sebabnya. Menurut kawan aku diwaktu petang balang jeruk ada yang terbuka dan banyak lalat menghurung dan ada juga yang nampak beberapa lalat pernah jatuh didalam baling. Kisah kedua, pernah sekali ternampak sudu jatuh diatas lantai dan tanpa membasuh diletak semula kedalam pinggan.”  - tamat kisah.

Secara rumusannya aku nak simpulkan begini  : disebabkan pekerja dikedai tersebut merasakan tiada yang nampak maka diambil semula sudu tersebut dan diletak kedalam pinggan. Perbuatan pekerja tersebut telah dilihat oleh orang lain maka kedai tersebut mendapat publisiti yang buruk (bad publicity). Yang rugi ialah majikannya, makanan sedap macam mana pun kalau pekerja pengotor memang takkan maju kedai beliau.
Disini pentingnya nilai-nilai murni dalam sesuatu organisasi. Pentingnya nilai ini diterapkan dalam diri setiap pekerja (walau kena paksa sekalipun) agar imej organisasi yang diwakilinya tidak tercemar.

Dalam hal lain pun boleh berlaku, contohnya dikawasan perumahan seperti flat dimana masalah pembuangan sampah berleluasa. Malas nak berjalan buang saja sampah sesuka hati sebab tiada mata yang melihat. DiMalaysia tahap kesedaran sivik kita tidaklah sehebat mana (maaf) berbanding negara maju yang lain.
Memang banyak manusia bersifat begini bila tiada mata melihat mulalah ambil kesempatan, ambil mudah, curi tulang dan sebagainya. Ini cuma sebahagian dari contoh diharapkan para pembaca blog ini juga mempunyai tahap kesedaran sivik yang tinggi. Diharapkan apa yang aku cuba sampaikan dapat difahami oleh kalian..

Oklah untuk kali ini, lain kali kita sembang lagi…
ByeJ

-p/s : tak larat nak hurai panjang2 he he

3 ulasan:

  1. insya Allah. saya akan amalkan nasihat ni. :D

    BalasPadam
  2. Nasihat diatas sangat-sangat bagus untuk di aktualisasikan dalam hidup sehari-hari kita... Sangat bermanfaat. Terimakasih banyak..

    BalasPadam