Halaman

Translate

Khamis, 28 Julai 2016

Gangsterisme dan keganasan dalam masyarakat India Malaysia

Gangsterisme dalam masyarakat India


Aku pernah terbaca komen seorang wartawan suratkhabar berbahasa Tamil tentang masalah gangsterisme dalam masyarakat India diMalaysia. Ujar beliau gejala ini amatlah membimbangkan. Beliau juga memberikan sebab-sebab kenapa ia berlaku dan langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengatasi masalah ini. Aku sendiri tak ingat apa yang beliau cadangkan tetapi apa pun cadangan beliau adalah menjurus untuk mengatasi masalah tersebut.

Gambar hiasan -imej sources : ragedindian.com



Banyak kejadian yang menakutkan berlaku dan masyarakat secara tidak langsung mula melabel kaum India sebagai kaum yang ganas. Maaf statement ini agak tidak wajar dilaungkan namun itulah persepsi sebahagian kaum yang lain di Malaysia
.
Tahun lepas, seorang suami memukul isterinya dengan sebilah parang . Memang mengerunkan dan tindakan itu memang dikutuk ribuan penonton yang menontonnya. Bila berlaku kemalangan dikawasan yang didominasi kaum India, ramai yang cabut lari sebab bimbang dipukul dan silap haribulan nyawa menjadi taruhan. Mereka bimbang dengan tindakan yang diluar dugaan dan berat sebelah.

Kenapa ianya berlaku?

 Pendidikan – dipercayai tahap pendidikan mempengaruhi kelakuan ganas ini. Rendahnya pendidikan dipercayai menjadi punca rendahnya pertimbangan dalam membuat penilaian.

Kemiskinan – disebabkan kemiskinan dan ingin cepat kaya maka menjadi ahli kongsi gelap adalah cara yang cepat untuk mencapai kemewahan.

Keselamatan – mereka berpendapat orang India perlu melindungi orang India itu sendiri. Betul atau salah tolak tepi, asalkan orang itu adalah orang India maka wajar dibantu.

Filem – filem tamil dari India boleh dikatakan banyak yang menonjolkan aksi-aksi ganas dan mendebarkan. Banyak tindakan yang diambil membelakangkan undang-undang. Ianya menjadi ikutan bagi sebahagian individu, belasah je jangan peduli undang-undang.

Apa yang wajar dilakukan?

Ambil peduli – kerajaan perlu lebih peka dengan kehendak masyarakat India. Bantu dan dengar setiap pandangan yang diutarakan demi memastikan budaya gangter tidak berakar dalam jiwa mereka. Jadikan pendidikan moral dan kaunselling diisikan dengan nilai-nilai murni yang perlu dalam kehidupan bermasyarakat.  

Sekat filem berunsur keganasan – ye ,inilah salah satu punca utama kenapa gangsterime menyerap masuk. Galakkan penghasilan filem-filem tamil tempatan. Kebanyakkan filem-filem tamil tempatan yang aku tengok agak ok juga ceritanya. Sedikit insentif mungkin dapat membantu mereka menghasilkan filem yang berkualiti dengan aura Malaysia. Siapa tahu mungkin filem kita pula yang dieksport ke India suatu hari nanti.
Bagi pihak polis pula tingkatkan rondaaan, cegah sebelum parah!!

Bagi kaum India yang membaca artikel aku ini, jangan marah-marah..peace no war k. Ini adalah kupasan penyakit dalam masyarakat kita. Setiap kaum ada penyakit tersendiri.Semoga ianya dapat diubati.

Sekian terima kasih, rumble nandri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan