Halaman

Translate

Sabtu, 26 Disember 2015

Penutup 2015 ..Jumpa lagi tahun depan

Penutup 2015 –Buka Minda

Dengan terbitnya entri ini maka tamatlah catatan aku sebagai blogger untuk tahun ini. Berbanding tahun-tahun sebelumnya, tahun ini mencatatkan entri yang paling sedikit.

Adakah ini bermakna karier aku sebagai penulis blogger akan berakhir? Sebenarnya tidak, aku tetap akan menulis seperti biasa, ini janji aku. Cuma kekerapan aku nak post setiap bulan tu mungkin aku sendiri tak dapat nak jangka. Kesibukkan dengan macam-macam benda buat aku adalah satu cabaran kepada aku pula nak cari idea untuk blog ini.

Sedikit imbasan, awal tahun aku mengidamkan sebuah rumah dan sedikit tanah untuk bercucuk tanam. Alhamdulillah semuanya jadi kenyataan, syukur ke hadrat Ilahi kerana memperkenan hajat dihati. Tahun depan aku sendiri belum tetapkan apa-apa sasaran lagi. Ada rasa nak tulis novel tetapi entahla aku sendiri kurang yakin aku boleh jadi tukang cerita yang baik.Biarlah dulu, tunggu dan lihat je lah.

Buat para blogger yang rajin jenguk aku, jutaan terima kasih diucapkan. Tanpa kata-kata semangat kat komen he he mungkin semangat aku berblogging akan hilang he he. Buat pengunjung yang rajin menjenguk atau secara tak sengaja masuk ke sini, terima kasih juga, anda adalah nyawa kepada blog ini.Rajin-rajinlah jengok tau.  


Tahun 2016 menyaksikan banyak benda yang naik, seperti tambang ERL, tol dan sebagainya. Adakah anda semua bersedia dengan kenaikkan sebegini ? Jawab dalam hati dah la..




gaban z,police,space cop

Jumpa lagi tahun depan dan selamat bercuti…adios…

Khamis, 10 Disember 2015

Pemandu Bas dan Ragamnya

Pemandu Bas

Bas ekpress,bus,express



Banyak kemalangan pada tahun ini melibatkan bas dan kenderaan lain seperti kereta, motorsikal dan sebagainya. Kebiasaanya kemalangan ini memang ngeri kalau melibatkan bas. Jadi artikel ini memang ditujukan kepada pemandu bas diluar sana supaya memberi tumpuan dan pandulah bas secara berhemah supaya tidak menjadi punca kemalangan.

Faktor-faktor kemalangan melibatkan bas

-          Mengantuk
-          Memandu secara merbahaya
-          Lalai/leka
-          Penyelengaraan tidak dilakukan secara betul
-          Mabuk, dadah
-          Tergesa-gesa ingin sampai ke destinasi
-          Letih
-          Melanggar arahan lalulintas
-          Dan lain-lain

Jenis-jenis bas diMalaysia

1.      Bas Express
2.      Bas Persiaran
3.      Bas kilang
4.      Bas sekolah/Sewa
5.      Bas persendirian (contoh Bas JDT,Bas Uitm, dan sebagainya)
Kesalahan pemandu bas melibatkan kategori

Bas Express
Memandu agak laju, apabila memotong terutama ketika mendaki bukit tidak memperduli jarak kenderaan lain dibelakang. Menghimpit dengan dekat kenderaan lain. Pening juga bila dihimpit dekat-dekat ni, yelah kang ada kucing tengah jalan terpaksa brek sedikit buta je kena sapu dengan bas ini. Boleh menimbulkan panik kepada pemandu kenderaan yang dihimpit bas express ini.

Bas Persiaran
Pemandu bas persiaran boleh dikatakan pemandu bas yang agak  baik dalam semua kategori pemandu bas. Kesalahan yang dikenal pasti hanyalah parking menunggu ditempat yang kurang sesuai dan adakalanya boeh jadi sebab gangguan lalulintas.

Bas Kilang
Hmm..bawa laju dan asap hitam tebal dari ekzos adalah pemandangan biasa bila berhadapan dengan bas kilang. Mungkin tokey bas kilang tiada masa atau malas mengeluarkan duit nak selenggara bas-bas mereka ini. Kalau naik motorsikal memang makan asapla kalau duduk dibelakang bas kilang ini. Kalau lambat atau jem mulalah nak himpit-himpit kenderaan lain.

Bas Sekolah
Adakalanya padat dengan budak sekolah didalamnya. Berhenti tanpa memberi isyarat dan adakalanya cepat-cepat nak jalan. Banyak terjadi murid sekolah terjatuh akibat sikap pemandu bas sekolah yang tergesa-gesa ini. Hati- hati dan lihatlah dulu sebelum bergerak, ingatlah anda memegang amanah ibu-bapa untuk menghantar dan mengambil anak mereka.
bas,sekolah,bas sekolah menengah,bas malaysia

Bas Sekolah

Bas Persendirian
Jarang-jarang dilihat dan jarang-jarang terlibat dengan masalah kecuali dibaling batu oleh fanatik sukan bolasepak he he (Bas pasukan bola sebagai contoh).

Ada yang berpendapat cuma segelintir je yang buat hal rosak nila setitik. Ada juga yang kata hampir semua, yang ok beberapa kerat je. Kalau ikut kajian aku sebenarnya sama banyak je.Kita tak nak bila dah jadi kemalangan barulah nak rasa menyesal dengan perbuatan sendiri. Nasi dah jadi bubur. Hargailah setiap nyawa, pandulah dengan cermat.
Apa yang dipaparkan ini hanyalah sekadar peringatan, semoga semua pemandu bas yang membaca artikel ini dapat menerima teguran yang diberi.

Jumpa lagi..

-Contest Review Lynk.my 2015 akan berakhir tidak berapa lama lagi sudi-sudikan lah undi
 Klik : Undi – undian anda amat dialukan

Rabu, 2 Disember 2015

Batman Vs Superman (Dawn of Justice) - Siapa pemenang?


BATMAN VS SUPERMAN : Dawn of Justice


Batman,vs,superman,superhero,filem dc terbaru,dc



Pertempuran yang ditunggu-tunggu peminat adiwira diseluruh dunia. Lelaki Kelawar melawan Lelaki Hebat he he siapa pemenangnya?
Ini semua akan terjawab nanti apabila pertempuran bermula pada bulan March,2016 (US).

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa pertempuran kedua-dua adiwira ini terjadi? Semuanya bermula akibat salah faham akibat diapi-apikan oleh sang batu api. Bagi anda yang memang meminati kedua-dua watak ini pasti akan tertanya-tanya bolehkah Batman melawan kekuatan fizikal Superman?
Jawapannya memang boleh sebenarnya. Batman jika diberi masa merancang strategi, beliau memang boleh menentang sesiapa sahaja. Kebijaksanaan Batman adalah kelebihan beliau yang sangat menakjubkan. Pada pandangan Superman, Batman hanyalah pembunuh(vigilante) yang menegakkan keadilannya sendiri dan wajar dihalang. Disisi lain, Batman berpendapat kedatangan lelaki hebat ini hanya akan menyebabkan ancaman kepada bumi. Mustahil sang alien ini baik; mungkin juga beliau ingin menguasai bumi dengan kekuatannya. Dari sinilah beliau merasakan adalah wajar Superman dihapuskan dari muka bumi supaya tiada lagi ancaman yang super bahaya. Pertempuran antara Superman dan General Zod dari Krypton (rujuk filem Man of Steel) sebelum ini telah mengakibatkan kerosakkan yang ketara. Peristiwa ini telah membangkitkan kemarahan Batman yang amat sangat..maka pertempuran pun bermula…


batman,superman,dc,komik,comic,superheroes
Mata bertentang mata


Apa yang dapat anda saksikan nanti dalam filem ini ialah kemunculan beberapa watak yang tidak asing dalam dunia komik iaitu Wonder Woman, Aquaman, Cyborg, Lex Luthor,The Flash dan mungkin ada lagi yang tidak didedahkan kepada umum. Diharapkan cerita ini tidak menjadi terlalu padat dengan kemunculan watak-watak ini sebagaimana garapan Marvel: Avengers Age of Ultron. Banyak sangat watak yang diperkenalkan hingga mengganggu tumpuan dan perjalanan cerita itu sendiri. (Tujuannya untuk memperkenalkan barisan Team Iron Man dan Team Captain America nanti dalam filem Avengers seterusnya dimana pertempuran kedua-dua team dijangka berlaku)

Mungkin ini adalah strategi DC untuk memperkenalkan watak-watak ini untuk keluaran filem mereka seterusnya. Justice League 1, Justice League 2, Wonder Woman, Aquaman adalah antara filem yang akan menemui penonton nanti.
Apapun kita tunggu pertemuan sulung antara Batman dan Superman ini yang mana akan menjadi asas tertubuhnya Justice League nanti..

Let’s the fight begin!!

Batman vs Superman : Dawn of Justice
Pengarah : Zack Snyder
Penerbit : Charles Roven, Deborah Snyder
Penulis skrip : Chris Terrio, David S. Goyer
Adaptasi  : DC Comics
Pelakon : Ben Affleck,Amy Adams,Henry Cavill,Jesse Eisenberg,Diane Lane,Laurence Fishburne,Jeremy Irons,Holly Hunter,Gal Gadot.
Edaran : Warner Bros. Picures



justice,league,justice_league,aquaman,wonderwoman,flash,green lantern,cyborg,batman,superman
Justice League

-          Mungkin ada fakta yang tidak tepat..harap dimaafkan kerana data yang dikumpul adalah samar-samar sahaja.



-          First time buat entri fasal filem –saja suka suka..


Sabtu, 14 November 2015

Ibu-bapa penentu sikap anak-anak

Kelakuan ibu-bapa menentukan tingkahlaku anak.

ibu,bapa,anak,didikan terhadap anak,anak nakal,anak degil,melatih anak-anak
Image credit : hubpages.com


Assalamualaikum…

Salah satu faktor yang menentukan sikap anak anda adalah anda sendiri sebagai ibu-bapa. Sudah tentu rakan sebaya,guru,persekitaran juga boleh menjadi sebab perubahan tingkahlaku anak anak. Tetapi untuk kali ini kita bentangkan satu faktor sahaja.

-Anak suka menipu – ibu-bapanya suka memberikan hukuman yang keras jika membuat kesalahan.

-Anak yang pendiam – ibu-bapa selalu sibuk. Jarang berlaku komunikasi dirumah.

-Anak jadi penakut – ibu-bapa yang terlampau melarang berbuat sesuatu.

-Anak yang aggresif – ibu-bapa yang sering membela anaknya dalam apa jua keadaan.

-Anak jadi stress/murung – ibu-bapa yang sering bertengkar.Sering memukul anak.

-Anak jadi liar – ibu-bapa sering tiada dirumah

-Anak pandai berdikari – ibu-bapa yang rajin memberi tugasan

-Anak yang ceria – ibu-bapa sering membawa berjalan-jalan

-Anak kurang keyakinan diri – ibu-bapanya sering memerli anak,membandingkan dengan orang lain.

Mungkin ada yang bersetuju mungkin ada yang tidak bersetuju dengan apa yang dipaparkan diatas ini. Ianya bukanlah kajian mana-mana professor tetapi kajian peribadi aku sendiri.

Contest lynk.my  2015sedang berlangsung buat para blogger boleh baca dan undi (jika sudila) disini

Undi terus - http://lynk.my/AZv


Entri lain:

Kisah perempuan cina

Hotspring Sungkai di Perak

Pasar karat di ipoh

Ada iklan sikit so click skip ad kalau x nak tengok k


JUMPA LAGI !

Jumaat, 30 Oktober 2015

CONTEST REVIEW LYNK.MY 2015

lynk.my


Buzzy bee
Pernah dengar pasal Lynk.my ? Sebenarnya aku pun baru jer dengar, ini pun berkat  kerajinanan aku berblogwalking ni. Lynk.my menawarkan servis percuma memendekkan URL. Bukan sahaja percuma anda juga akan dibayar (mengikut terma dan syarat) jika menggunakan servis memendekkan URL ini. Menarik bukan ? Kalau yang kurang faham boleh tengok contoh yang dibawah ini.  

Sabtu, 3 Oktober 2015

Wahai anak muda, jangan memandu secara menggila!!

Jangan memandu macam orang gila


memandu macam orang gila,bawak laju,kemalangan,ngeri


“Pandu cermat jiwa selamat” slogan yang sangat bertepatan kepada pemandu-pemandu kenderaan di Malaysia. Umum mengetahui rakyat Malaysia terkenal dengan kelembutan budi-bahasanya tetapi bila memandu rasanya kalau Michael Schumichael duduk sebelah boleh jadi hijau jugak muka beliau.
Beberapa bulan yang lalu rakan sekerja meninggal akibat kemalangan motorsikal. Kemalangan berlaku apabila sebuah motorsikal bertentangan arah terbabas akibat dipandu laju lalu bertembung dengan arwah. Arwah meninggalkan seorang isteri dan tiga anak yang masih kecil. Kesian tak? Orang lain yang silap, orang lain yang menjadi mangsa. Peristiwa ini mendorong aku menulis artikel ini sebagai peringatan bersama. Memang ajal-maut itu ketentuan Allah jua.

Isnin, 28 September 2015

Apakah perkataan yang anda nampak?

Siang, kata, gambar, bukit merah, Buka, dunia, indah

Cuba tengok betul betul.. Apakah perkataan yang anda nampak?...

Tiada motif tersembunyi disebalik gambar ini.. Hiburan semata-mata..

#santai
#bukaminda

Rabu, 16 September 2015

Mari berkebun - bahagian 2 (tips)

Mari Berkebun – bahagian dua (tips)

cara berkebun,bagaimana berkebun,kebun
masa mula-mula


upah buldozer,bulldozer,weschairs,cara tebang pokok,pokok,tebang
panggil bulldozer



kebun,indah,
permandangan masa kini




Dalam bahagian pertama hari tu ,  aku lebih banyak bercerita apa yang ada dikebun aku kan. Kepada yang miss cerita tu boleh godek cari dalam blog aku ini. Kali ini aku nak bagitau apa yang perlu ada dikebun?

Pondok berehat. Ada juga yang memanggilnya dangau. Wajib ke ada? Nampak cam tak penting jer? Iskh wajib sebenarnya. Inilah perkara yang membuat kita bersemangat nak ke kebun sebenarnya. Bila penat mencangkul boleh rehat dipondok yang kita bina tu. Takkan nak duduk mencangkung je bila penat. Boleh pekena kopi ke nasi lemak disitu..memang best. Kepada yang budget kurang bolehla buat tempat duduk khas keatau yang sewaktu dengannya, janji ada kawasan khas untuk melepaskan penat lelah. Kalau kebun sebelah rumah tak nak buat pun tak mengapa ..jimat ongkosnya.


gambar jagung,jagung,jagung sedap,jagung taiwan,cara tanam jagung
hasil untuk dibawa pulang

Pagar. Kena ada juga pagar ini. Pertama untuk mengelak gangguan binatang yang tak diingini masuk kekawasan kebun contoh babi hutan dan sebagainya. Satu sebab lagi supaya orang tahu tanah ini ada tuannya jangan suka-suka hati nak ceroboh atau teroka. Tanah aku sendiri pun belum berpagar lagi sebenarnya..tak de budget khas lagi.Cuma dikawasan tu masih kategori selamat mungkin sebab itu aku belum memasang sebarang pagar lagi.

Alatan Kebun. Kalau pergi berlenggang, yang tu bukan berkebun namanya tetapi berkelah. Antara peralatan kebun yang mesti ada ialah cangkul,parang,penyodok tanah yang kecil dan pencakar besi. Simpan di pondok yang kita bina tadi tu atau sorok dikawasan berdekatan. Nak bawak balik pun boleh tapi aku jamin lama-lama mesti malas nak usung kehulu-kehilir punya.

Sumber Air. Pastikan ada sumber air untuk menyiram pokok. Kalau takder pikirkan lah cara nak dapatkan air ini. Takkan nak harap air hujan sahaja.

bunga,kantan,cara tanam pokok kantan
bunga kantan yang cantik..

Topi. Eh eh topi pun wajib ke? Topi ni sebenarnya ikut korang la nak pakai ka tak. Tetapi bila korang pakai baru nampak cam berkebun sikit. Topi yang elok ialah topi yang lebar bentuknya. Topi ini macam uniform rasmi seorang tukang kebunla orang kata.
Lain-lain tips ialah pakai baju tangan panjang. Untuk mengelak nyamuk dan miang pokok dari kena ke tangan. Yang ini nak ikut ke tak nak ikut korang la ye.

Pengurusan Masa

Yang ini kena pandai-pandailah fikir bila dah ada kebun. Waktu awal nak set-up kebun memang kita perlu luang masa yang banyak. Tetapi bila semua dah sedia, time tu kita kena peruntukan sedikit sahaja masa. Jangan bila dah tanam tak tengok berbulan-bulan. Sekurang-kurangnya dua minggu sekali tetapi seeloknya satu minggu sekali kena pergi tengok.

Mungkin ada yang tanya macamana aku peruntukan masa pulak. Dalam sebulan aku cuma kerja lima belas hari sahaja, baki lima belas ialah cuti. Aku mengusahakan bersama rakan baik dimana ketika aku cuti aku akan menjengok kebun, diwaktu aku kerja kawan baik aku ini pulak akan menjenguknya pula.
So, pikirkan jugak ye tentang masa ini.

Nasihat aku kalau ada secebis tanah usahakanlah sedikit-sedikit. Tak rugi berbakti kepada tanah. Tepi rumah atau belakang rumah jika ada tanah tanamlah sesuatu yang beri manfaat..jangan biarkan kosong berkebunlah walaupun sedikit..

Sampai disini sahaja coretan aku kali ini..terima kasih sebab sudi membaca sehingga habis
.

SELAMAT BERKEBUN!

Tata..

Khamis, 10 September 2015

Mari berkebun (hobi dan pengenalan)

Mari Kita Berkebun (Pengenalan)

sayur,petola,kebun,kebun indah,mari berkebun
Petola

Assalamualaikum dan salam satu dunia..

Hobi terbaru aku ialah berkebun. Berkebun ini menyeronokkan dan menyihatkan badan. Disebabkan berkebun adakalanya aku rasa macam tak nak berblogging lagi tetapi aku teruskan juga demi peminat he he.
Entri ini sengaja aku tulis supaya mereka yang berminat berkebun atau ada cita-cita berkebun boleh ambil inspirasi dari kisah aku kali ini.

Apa yang patut ada dikebun?
Sebenarnya terpulang kepada anda sendirilah..janji puas. Kita try and error kata orang. Kalau tiada masa cari lah pokok yang tahan lama sikit kalau pokok yang memerlukan perhatian detail tu elakkanlah ye.

Apa yang aku tanam dikebun?

Berikut ialah senarai tanaman yang ada dikebun aku :

Ubi Kayu (untuk dijual)
Petola
Tomato
Kacang buncis
Durian Musang King (sepokok je pun)
Jagung Manis
Pokok Akar Dani
Ros Jepun
Bendi Hijau
Bendi Kelabu
Buga Kantan
Limau nipis
Limau purut
Limau kasturi
Nenas
Kunyit
Pokok Mulberry
Bunga Telang
Pokok Kantan (sedia ada)
Pokok Buah Setar
Pokok Cili
Pisang Hutan (sedia ada)       …amacam banyak tak?




rambutan,petola sedap,cara masak petola,tomato



Paling banyak ditanam ialah ubi kayu dengan harapan dapat menjualnya nanti. Kenapa ubi kayu? Ubi kayu mudah ditanam dan senang dijaga. Yang lain-lain tu aku tanam sikit-sikit sahaja. Pada masa ini tiada racun digunakan so aku istiharkan kebun aku ini kebun yang bebas racun.

bunga,pukul,sepuluh,ros,jepun,ros jepun,bunga pukul sepuluh
Bunga pun ada..

Kalau korang nak tanam cam aku ni pun ok jugak. Tanam campur-campur. Bukan apa, sekurang-kurangnya apabila selesai tugasan dikebun dapatla juga dibawa balik serba sedikit hasil. Contohnya baru –baru ini aku bawak balik jagung untuk dimakan. Sedap tau hingga kawan-kawan pun mintak sikit he he. Ada jugak yang order, so aku kata tanam jagung untuk makan sendiri tetapi disebabkan ramai rakan yang berminat maka aku akan tanam lebih untuk dijual kepada kawan-kawan.

Sampai disini dulu cerita aku kali ini.  Mungkin ada yang nak tahu tentang penjagaan dan sebagainya..so sambung bahagian kedua nanti..InsyaAllah dalam masa seminggu aku sambung bahagian dua.

Jumpa lagi.

Sabtu, 5 September 2015

Setiap permasalahan ada puncanya...



kelip-kelip,punca permasalahan,masalah diri
credit images : livescience.com

Setiap permasalahan ada puncanya
“Segala masalah datangnya dari hati..carilah ubat pengubat hati. Hilangkan sifat keras hati didalam diri. Barulah datang kesenangan didalam diri.”  


Sabtu, 22 Ogos 2015

Bagaimana hendak menghalau lalat

Bagaimana hendak menghalau lalat?

lalat,obama,cara bunuh lalat
image sources : telegraph.co.uk


1)    Ambil beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biar terdedah di ruang dapur
2)    Guna dua batang lilin dan nyalakan.Letak diatas meja makan. Lalat memang tidak menyukai haba dari lilin
3)    Ambil beberapa cili besar dan belah dua lalu diletakkan diatas meja.
4)    Kibaskan daun belimbing kepada lalat Insyaallah lalat akan pergi jauh.
5)    Letak daun kari (secekak) ke dalam bekas berisi air.dan biar disuatu sudut tempat makan.
6)    Ambil kulit kayu manis dan tumbuk hingga hancur. Taburkan ke meja makan jika tidak mahu lalat singgah

7)    Boleh juga digantungkan satu uncang mengandungi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih didalamnya. Gantung ditempat yang selalu dikunjungi lalat seperti ruang makan dan sebagainya.

Jumaat, 14 Ogos 2015

Tips jika tercekik tulang ikan

Petua Tercekik Tulang


tercekik,tulang,ikan,tercekik+tulang,tips tercekik tulang
Imej kredit : google.com


Bila makan ikan yang bertulang banyak dan halus kalau tak berhati-hati akan menyebabkan tulang ikan akan tersangkut. Bila tersangkut jangan gelabah. Petua dibawah boleh diamalkan untuk situasi begini.

1.      Nasi atau pisang
Kepalkan nasi atau pisang dan terus telan. Jangan lupa baca bismillah dulu dan ada juga saranan membaca tiga qul sebelum menelannya.

2.      Air basuhan tangan kita.
Cuci tangan hingga bersih dan ambil air masak. Basuh tangan anda menggunakan air masak tadi dan minum semula air yang dibasuh tadi.

3.      Minyak masak
Celupkan jari telunjuk dengan minyak masak. Sapukan pada dubur. Rasa tercekik tulang akan beransur reda.

4.      Madu
Celupkan jari kedalam madu. Berselawat 3 kali dan hisap jari tersebut. Dngan izin Allah tulang ikan tersebut akan terkeluar.

Jikalau tak berkesan cepat-cepat la ke hospital atau klinik yang berdekatan.
Selalunya petua nombor satu tu yang selalu aku amalkan. Yang lain tak pernah pun.

Info ini diambil dari Facebook Rahsia Hawa….

Semoga kita mendapat manfaat..





Rabu, 5 Ogos 2015

Pepatah Lama Negeri Sembilan, biar hilang dimata

Pepatah lama Negeri Sembilan
“Mungkin dapat nan dihati tak dapat nan dimata
Mungkin dapat nan dimata tak dapat nan dihati”

Ini adalah pepatah lama Negeri Sembilan. Kalau nak dengar sebutan yang betul korang bacalah dalam dialek nogori he he.
Pepatah ini terpahat didalam otak penulis sudah lama. Malah penulis tidak ingat isi kandungan buku yang penulis baca. Rasanya penulis membacanya didalam perpustakaan kira-kira belasan tahun yang lalu.
Huraian pepatah ini akan dihuraikan mengikut pemahaman penulis sendiri, kalau pakar sastera mungkin akan dihurai lebih mendalam.

Makna pepatah ini.
Baris pertama “mungkin dapat nan dihati tak dapat nan dimata

Maksudnya : kita mungkin dapat apa yang kita idamkan tetapi tetapi tetap ada kekurangan jika dilihat betul-betul.

Contoh: kita berkenan terhadap sesuatu benda, smartphone. Kita dapat apa yang diidamkan tetapi bila dah beli terdapat sesetengah fungsi yang tiada yang tak boleh langsung digunakan. Sudah tentu dikala beli kita amat gembira tetapi bila mengenangkan beberapa perkara yang tak boleh dilakukan smartphone tersebut kepuasaan hati kita tidak mencapai tahap seratus peratus.  Nampak tak?

Baris kedua “mungkin dapat nan dimata tak dapat nan dihati

Maksudnya : cantik dimata sahaja tetapi tidak pada hati kita, mudah sahajakan?
Contoh : kita dapat wanita yang selalu kita perhatikan. Cantik,putih dan lemah lembut. Namun apabila dah berkahwin barulah kita tahu tentang sifatnya yang sebenar.Suka mengumpat,tidak pandai menguruskan rumah,boros dan sebagainya. Segala sifat ini memang bertentangan dengan apa yang kita tengok secara hebat pada luaran tetapi dalamannya memang teruk.

Keseluruhan pepatah ini merungkapkan maksud bahawa tiada perkara yang benar-benar sempurna. Semuanya ada yang nampak sempurna dimata sahaja dan ada juga nampak dihati.

Sejarah,motif dan kesesuaian pepatah
Kalau ikut sejarah, ianya memang lama dan tidak diketahui siapa yang mengucapkan pepatah ini (Penulis memang tiada info tentang ini).
Motif pepatah ini sebenarnya adalah sejenis nasihat. Nasihat memujuk hati.boleh juga dikatakan ayat-ayat memujuk dan juga berjaga-jaga membuat pilihan. Asal pepatah ini memang penulis menjangka ianya digunakan ketika mencari jodoh dan ketika itulah pepatah ini digunakan sebagai kata-kata nasihat.

Kesesuaian ayat ini memang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Berjaga-jaga membuat pilihan mencari teman hidup. Kita manusia juga tidak semestinya membuat pilihan yang tepat kerana adakalanya tersasar jua kerana memilih mengikut hati dan pandangan sahaja. Segala perkara yang telah dihitung sempurna pun manusia tetap akan tersilap kerana kita tidak dapat menghitung semua perkara dengan tepat.
Sampai disini sahaja ulasan yang dapat diberi, disini penulis memohon maaf sekiranya ulasan ini bertentangan pendapat dengan pakar bahasa atau pakar sastera. Ilmu yang ada sedikit sahaja. Tujuan penulis cuma hendak memperkenalkan pepatah ini dimana rasanya amat sedikit yang tahu. Sebelum ianya benar-benar hilang dimata biarlah disematkan didalam blog ini. Wassallam..

angkasa,angkasawan,pepatah lama,lama
baru balik dari bulan...


p/s – sekali sekala guna ganti diri sebagai ‘penulis’ he he

#bukaminda #pepatahlama #n9 #negerisembilan

Khamis, 9 Julai 2015

Selamat hari raya 2015- maafkan daku

Skandal 1mdb,1mdb,raya 2015, raya, puasa
Assalamualaikum buat pengunjung semua.

Raya pun dah dekat ni.. Selalunya setiap tahun aku mesti ada entri pantun.. Cuma tahun ni jem pulak idea aku ha ha..

Apapun di kesempatan ini aku memohon maaf atas segala salah dan silap mungkin ada yang terasa hati dengan tulisan aku sebelum ini (jika ada).

Maaf juga sebab tiada kisah 1mdb, tiada kisah kerat 8, kisah Tun Mahathir dan sebagainya.. Aku pun baca link dalam facebook jer. Banyak yang copy n paste sahaja, ada juga bila bukak link sahaja asyik keluar iklan wassup dah expired la dan entah apa apa lagi.. Memang aku menyampah kalau jumpa blog macam ni. Nak buat duit tapi menyakitkan hati orang.

Okla selamat berpuasa diucapkan dan selamat menyambut hari raya yang bakal tiba..
#selamathariraya #aidilfitri #1mdb

Jumaat, 3 Julai 2015

Makanan favorite bulan puasa

Ramadhan, ikan, bakar, Buka minda
Pari bakar
Ketam, perak, sedap
Ketam masak pedas
Teh hijau, teh, hijau, Ramadhan
Teh hijau
Salam buat pembaca.. Camner puasa?  Ok tak?  Bila tiba puasa dah tentu banyak makanan yang tetiba korang terliur nak makan, betul tak?

Samolah dengan aku pun.. Dari perhatian aku ada beberapa makanan yang sangat popular bulan puasa ni.

Kalau ikut pemerhatian aku., dibawah aku senaraikan makanan favorite bulan puasa.

1 murtabak
2 ikan bakar
3 Nasi kerabu
4 ayam golek
5 bubur lambuk
6 gulai daging batang pisang
7 taufu fa
8 popia
9 ayam percik
10 kuih muih

Kalau air dah tentula air tebu jatuh ranking No1..


Ikutkan agak terlambat sikit kan maklumlah dah berapa hari dah kita berpuasa.. Tapi tak kisah lah janji ada juga entri untuk bulan ini..

Apa pulak makanan yang jadi favorite korang di bulan puasa ini?

Selamat berpuasa...

Sembang kosong

Khamis, 25 Jun 2015

Hati-hati bila berada di surau atau masjid di Kedah


"Tok Imam Bangla"


masjid kazakhstan,mosque,masjid,kedah,surau,masjid kedah


Jika anda singgah di surau atau masjid di kedah hendaklah berhati-hati. Kesahihan cerita ini tidak dapat ditentukan.

Seorang lelaki dari Kuala Lumpur(KL) telah singgah disebuah surau di Kedah. Memandangkan telah masuk waktu dan ketika itu yang ada Cuma dia dan tok imam, maka berkatalah tok imam “Hang bang sat”. Apa lagi lelaki dari KL it uterus melompat dan mengamuk sambil memaki Tok Imam semula gara-gara perkataan bangsat tersebut.

Maka terjadilah kekecohan dikala itu terdapat beberapa orang yang baru sampai.Mereka cuba menenangkan keadaan. Lalu seorang pemuda yang lain telah menerangkan maksud tok imam yang sebenarnya. Maka pahamlah sudah lelaki KL tersebut akan maksud tok imam itu tadi. Ooo dia suruh aku azan rupanya..

Sambil tersenyum simpul dan tersengih-sengih lelaki dari Kuala Lumpur itu pun berkata kepada tok imam “Tok Imam bang la”..mata tok imam pula tampak merah..kali ini giliran tok imam pula yang mengamuk kerana dipanggil ‘bangla’!!

“tammat”
:)

*cerita ini hanyalah hiburan, harap maklum..

Khamis, 18 Jun 2015

Selamat Datang Ramadhan2015


ramadhan2915,2015,doa dibulan ramadhan
image by Ansel Adam



Selamat Berpuasa diucapkan…
Kehadirannya sentiasa ditunggu…
Semoga beroleh keberkatan dalam bulan yang mulia ini.


#ramadhan2015

Sabtu, 30 Mei 2015

Sabtu, 16 Mei 2015

Aiskrim Kelapa Mamma-Miya

Mama-Miya Cocunut Ice-cream


Selepas selesai menghadiri kenduri maka aku bergerak mencari aiskrim kelapa yang famous di Pulau Pinang ini. Sebelum ini pernah juga cari tetapitak jumpa, sebab apa? Sebab maklumat yang aku dapat dari beberapa blog tu silap..hampeh betui. Bukan Chulia street tetapi lebuh Pantai ler…Akhirnya jumpa jugak.


mamma miya ice-cream,aiskrim sedap


makan aiskrim,mamma-miya
ramai jugak customer petang tu



ice-cream penang,penang famous ice-cream
nampak sweet je kan



the best ice-cream in town



lokasi ice-cream mamma-miya


Lepas makan bolehla ronda-ronda dekat-dekat situ sebab boleh tengok street art , lukisan yang dilukis pada bangunan-bangunan lama disitu.

Alamat:
Ada dua kedai tau

143 lebuh pantai (sebaris dengan balai Bomba Lebuh Pantai)
10300 Pulau Pinang

No 6 Lebuh Cannon
10200 Pulau Pinang


p/s : kaki sakit kena charlie

#ice-cream