Halaman

Translate

Khamis, 11 Jun 2015

Jackie Chan dalam kehidupan kita

The Great Jackie Chan
Entri suka suka

Jackie,malaysia,police story,rush hour,filem jackie chan
 credit image : google

JACKIE CHAN rasanya bukanlah nama asing dalam filem. Rasanya ramai yang tahu siapa beliau dan filem jenis apa yang beliau selalu berlakon. Kalau ada yang tak kenal tu aku rasa pelik jugak la tetapi aku tak nak bertanya kenapa; sebab tak penting pun kan.

Memang seronok cerita beliau ini. Kalau sebut cerita Jackie Chan ramai boleh menjangka apa yang ada dalam filem beliau ini.Diawal kemunculan beliau hanyalah seorang stuntman filem lawan-lawan. Kemudian muncul dalam banyak filem kungfu . Time ni pun best jugak..Kungfu ular la kungfu kucing la macam-macam ada ha ha.
Cerita-cerita beliau ini kiranya memang best kebanyakkannya. Bukan kata kita kat Malaysia sahaja satu dunia minat dengan beliau ini, malah pernah disebabkan terlampau suka beliau telah dihadiahkan pesawat terbang oleh presiden sebuah syarikat penerbangan (negara mana den dah lupo tau).

Isu dapat anugerah datuk tu aku malas nak gossip kat sini; layak ke tak layak ke benda dah berlaku dan berlalu. Sekarang ini beliau dah kurangkan aksi –aksi lasak mungkin faktor umur dan katanya setiap adegan aksi ini mengambil masa yang lama dan pihak produksi masa kini lebih berminat dengan CGI yang tidak memakan masa yang lama.
Antara filem beliau yang aku ingat ialah:

Drunken Master
Who am i
Rush Hour
Spy Next Door
Rumble in the Bronx
Police Story
Mr Nice Guy
The Tuxedo
Chinese Zodiac
Armour of God
Shanghai Noon
The Myths
Dan banyak lagi…

Paling best aku rasa ialah Rush Hour, gandingan beliau bersama Chris Tucker memang superb best dan kelakar.

Selepas Bruce Lee, dunia perfileman cina dikatakan tiada hero dalam aksi pertahanan diri hingga muncul beberapa artis yang kira hebat jugala, namun Jackie Chan dikatakan icon yang berkongsi tahap kemasyuran seperti lagenda Bruce Lee. Yang lain tu macam Jet Lee ke sapa ke kategori sipi-sipi sikit je lagi.

Jum baca info ringkas ini, nak lebih bukak Wikipedia English tu.
Biodata:
Nama Sebenar : Chan Kong Sang
Tarikh lahir :  7 April, 1954
Pendidikan : Chinese Opera Research Institute
Tempat Lahir : Hong Kong

Dalam Wikipedia Bahasa Melayu dikatakan nama beliau ialah Chan Shi Lung..sebenarnya tak betui tu. Shi Lung Atau Shen Long adalah gelaran kepada Jackie Chan. Apa maknanya? Korang cari sendiri la kot..he he.
Pencapaian beliau dalam filem memang banyak. Dalam guiness book of records ,nama beliau merupakan aktor yang paling banyak melakukan adegan stunt sendiri. Tiada syarikat insuran yang sudi cover beliau dan kru-krunya. Aksi akrobatik beliau rasanya memang payah nak buat, kelincahan beliau dalam filem memang mengalahkan monyet dan penonton memang terhibur bila menontonnya.

Ok la setakat ini sahaja aku bercerita. Sahaja buat imbasan pasal Datuk Jackie Chan ini…

See you again..bye

p/s : tajuk cam tak kena jer kan? ..


2 ulasan: