Halaman

Translate

Sabtu, 29 Ogos 2015

Asal-Usul Nama Negeri Perlis Indera Kayangan

Asal-Usul Nama Negeri Perlis


Perlis,indera kayangan,kayangan



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca budiman semua.
Kalau tengok tajuk mesti dah tahu nak cerita apa kan?
Info ini cuma untuk pengetahuan am sahaja sebab benda ini kalau pergi interview pun  memang takder sapa pun nak tanya..he he
Jum kita mula…

Cerita satu
Dahulunya Perlis dikenali sebagai “kayang” atau “kayangan” dan dinamakan Perlis sempena nama seorang tua yang dianggap keramat iaitu Tuk Perlis.

Cerita dua
Berasal dari perkataan siam iaitu “Phrau Loi” yang bermaksud kelapa hanyut. Gelaran ini diberi oleh orang siam yang menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk pergi ke Kedah. Kelapa hanyut banyak dijumpai di kuala sungai Perlis. Sebutan ini lama-kelamaan bertukar menjadi “Perleh” mengikut loghat tempatan.

Cerita Tiga
Selanjutnya nama negerui Perlis dikatakan berasal dari perkataan “peroleh” yang membawa maksud kurnia daripada kerajaaan Kedah. Dari perkataan peroleh ini disingkatkan akibat dari dialek tempatan menjadi Perlis.

Cerita Empat
Dikatakan kebanyakan tanah di Perlis suatu ketika dulu banyak yang “perlus”. Perlus merujuk kepada kepada keadaan tanah yang lembut dan mudah tenggelam. Dari sebutan perlus inilah akhirnya ditukar menjadi Perlis.

Yang mana satu yang betul??


_Tammat_

3 ulasan:

  1. DULU PERLIS NI IALAH NEGERI KEDAH BILA SIAM MEMERINTAH KEDAH.. KEDAH TERPAKSA MENGHANTAR BUNGA EMAS KEPADA SIAM.. HINGGA LAH TIBA SATU HARI DTG NYE SEORG PEDAGANG ARAB KE KEDAH TOK PERLIS.. PEDAGANG ARAB NI LEBEH KURANG MCM WALI LAH MCM TU.. BILA SEBUT JER NAMA TOK ARAB NI HABIS SEMUA PENDEKAR2 SIAM MATI MUNTAH DARAH.. SO SEMENJAK ITU LAH ORG2 SIAM TAK BERANI LAGI DTG MENAKLUKKI PERLIS.. SO ATAS JASA DAN BUDI BAIK TOK ARAB YG HEBAT NI SULTAN KEDAH MEMBERI SEDIKIT NEGERI KEDAH TU KEPADA TOK ARAB TU SUPAYA SIAM TAK DAPAT MENYERANG KEDAH LAGI... WALLAHHUAKLAM

    BalasPadam