Halaman

Translate

Jumaat, 9 Oktober 2015

Aku Blogger Yang Tidak Femes

Aku dan Blog yang tidak femes

weschairs,gambar blogger weschairs, buka minda


“Tak femes pun” “tak pernah dengar pun nama blog ni?” Satu ungkapan biasa yang aku dengar pasal aku dan blog aku. Well aku tak salahkan rakan aku jika tak pernah dengar, tak pernah jenguk pun aku tak kisah. Sebagai blogger part-time femes ke tak femes ka bukan masalah. Janji aku puas dan sekurang-kurangnya ada juga yang sudi singgah.

Ada yang mencadangkan agar aku tulis pasall peristiwa Lahad Datu suatu ketika dulu agar trafik banyak. Sebenarnya tak ada salah pun cadangan tu.. Dari mana aku nak dapatkan maklumat tersebut? Dah tentu aku akan ambil dari laporan akhbar tempatan dengan gambar-gambar menarik dari google. Dah tentu juga blogger-blogger lain yang tulis pasal kes ini pun akan berbuat benda yang sama. Memang ramai yang ingin tahu perkembangan cerita tersebut. Masalah buat aku pula ialah aku pun sebenarnya sibuk juga dengan benda-benda lain, takkan aku nak hadap laptop sepanjang masa. Dah tentu berita yang aku tulis tu semuanya copy paste semata-mata. Yelah aku bukannya wartawan nak pergi kesana untuk dapatkan berita. Copy paste bukanlah sesuatu yang aku suka buat (kecuali info yang bermanfaat seperti tip kesihatan dsdnya..). Jadi eloklah aku baca je berita yang dipaparkan oleh wartawan-wartawan suratkhabar tu.
Kalau ikutkan ada sahaja cara nak cepat femes dan dapat trafik tinggi. Bukannya susah sangat tulis je cerita-cerita merapu cepatla femes tuh. Contoh : Najib umum letak jawatan malam ini, post je ke FB dan tengok ribu-ribu trafik masuk. Esoknya post pulak gambar artis wanita kantoi dilokasi penggambaran..dah tentu ramai yang singgah. Tetapi bila buka penuh dengan iklan dan cerita confirm tak de kena mengena dengan tajuk pun. Lain cara tulis pasal politik atau gossip artis, yang ni pun lambat-laun akan femes jugak. Tetapi aku bukan nak cari dosa kering jadi aku tak suka tulis benda yang bercampur baur dengan gossip dan fitnah ini. Kalau sekadar nak ucap tahniah sebab artis kesayangan baru kahwin dan memuatkannya dalam blog tiada masalah pun pada pandangan aku. Sebab berita macam tu memang sah betul.

belalang,tempur,#blogger,#weschairs,#blog,belalang hijau


Lain padang lain belalang, lain blogger lain la caranya. Ada juga yang menulis tanpa kisah apa-apa pun. Ada orang baca ke tak ada ke dia tak peduli. Aku sanjung juga blogger macam ni tak terikat pada apa-apa pun. Tak macam aku ..sekurang-kurangnya kena ada post jugak setiap bulan, nak maintain trafik konon he he. Yelah pada aku kalau takder sesiapa baca langsung pun tak best jugak ..penat tau menaip ni. Kebiasaanya yang jenis tak kisah ini ialah blogger yang menjadikan blog sebagai diari dan tempat meluah perasaan.

Kalau ikutkan hati banyak aku nak tulis sebenarnya..tetapi cukuplah setakat ini sahaja. Sekurang-kurangnya kawan-kawan aku faham kenapa aku tidak femes ha ha (tu pun kalau diaorang baca la..)

Sampai berjumpa lagi..terima kasih daun keladi..

Tata



12 ulasan:

  1. saya pun macam tu. dalam nak kejar trafik punkadang terpikir macam mana orang boleh buat entry gosip liar tu. dosa je nanti. baik jadi blogger picisan je.

    BalasPadam
  2. femes ka x kemes ka.. xpa.. yg penting hati kita ikhlas blogging.. dan yang paling penting.. x tulis benda tak betul or mengaibkan orang lain.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he nice comment.. Betui betui

      Padam
  3. saya pun tak femes.tak perlu femes, tulis dari hati, pengalaman lebih bernilai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengalaman memang mahal.. :)

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  4. Blog hana xfames.blog sebagai tempat luah perasaan n berkongsi info.yg penting kita berpuasati dengan pnulisan kita.kadang2 bleh wat ilang boring :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye setuju juga.. Blog juga suatu hobi yang melibatkan kepuasan diri..

      Padam
  5. Blogger perlu ada matlamat dan tidak perlu ikut cara orang lain. Kita kejar matlamat yg kita sendiri tetapkan...kejayaan itu lebih bermakna walaupun hanya kita sendiri yg mengetahuinya.
    Semoga terus bersemangat berblogging :)

    BalasPadam