Halaman

Translate

Sabtu, 3 Oktober 2015

Wahai anak muda, jangan memandu secara menggila!!

Jangan memandu macam orang gila


memandu macam orang gila,bawak laju,kemalangan,ngeri


“Pandu cermat jiwa selamat” slogan yang sangat bertepatan kepada pemandu-pemandu kenderaan di Malaysia. Umum mengetahui rakyat Malaysia terkenal dengan kelembutan budi-bahasanya tetapi bila memandu rasanya kalau Michael Schumichael duduk sebelah boleh jadi hijau jugak muka beliau.
Beberapa bulan yang lalu rakan sekerja meninggal akibat kemalangan motorsikal. Kemalangan berlaku apabila sebuah motorsikal bertentangan arah terbabas akibat dipandu laju lalu bertembung dengan arwah. Arwah meninggalkan seorang isteri dan tiga anak yang masih kecil. Kesian tak? Orang lain yang silap, orang lain yang menjadi mangsa. Peristiwa ini mendorong aku menulis artikel ini sebagai peringatan bersama. Memang ajal-maut itu ketentuan Allah jua.

Mengapa kemalangan berlaku?
·         Penyelenggaran tidak dibuat terhadap kenderaan pada masa yang ditetapkan
·         Pemanduan yang laju serta merbahayakan orang lain
·         Melanggar arahan lalulintas serta lampu isyarat
·         Tergesa-gesa hendak sampai ke destinasi
·         Tidur yang tidak cukup apabila melakukan perjalanan jauh
·         Menukar haluan sesuka hati atau mencelah tanpa menggunakan lampu signal
·         Leka dengan gadget ketika memandu
·         Makan ketika memandu
·         Memandu terlalu dekat dengan kenderaan lain
·         Keadaan jalan yang teruk (berlubang-lubang dan sebagainya)
Demikian sedikit sebanyak punca mengapa kemalangan boleh berlaku mengikut pemerhatian aku. Harap Jabatan Kerja Raya sentiasa memantau keadaan jalan dikawasan masing-masing. Mana yang tak elok hendaklah disegerakan pembaikkannya (cukaikan dah bayar setiap tahun).

Anak muda yang gila-gila


kemalangan,ngeri,motosikal,di,malaysia

Ya anak muda sekarang memang gila-gila seolah-olah kematian itu tidak wujud dalam kamus mereka. Bawak motor dengan aksi-aksi merbahaya memang sinonim. Kalau bawak laju baru la sempoi ala-ala- Valentino Rossi. Duhai adik-adik..pandulah elok-elok, masa depan masih jauh lagi. Kalau mati memang mak-bapak sedih kalau cacat sampai mak bapak kena suap makan minum kan dah haru jadinya. Hormatilah undang-undang jalanraya.

Lebih laju lebih garang (too fast too furious)
Yang ni melibatkan mereka yang memandu kereta pulak. Isu ini memang gempar suatu



too fast,too furious,furios8,fast and furios,laju
sedutan dari fast and furios


ketika dulu. Sebuah pajero terpelanting akibat dilanggar oleh mereka yang berlumba. Sepasang suami-isteri dan seorang bayi maut dalam kejadian ini. Ramai yang kata ini gara-gara filem Too Fast Too Furios 7 mendorong mereka-mereka ini memandu laju. Kalau kata bodoh kang marah pulak tetapi hakikatnya memang bodoh kesemua mereka yang berlumba tanpa sebab ini. Tak pasal-pasal ada anak-anak yang jadi yatim piatu gara-gara kebodohan sikap mereka ini. Berlumbalah dalam trek bukan dijalanraya. Mungkin ada yang kata lumba kat trek mahal, kalau dah tahu mahal tak payah nak berlumba. Bawak kereta elok-elok.

Slow macam kura-kura
Ye yang ini pun kadang-kadang ada jugak kita jumpa. Kadang-kadang yang bawak tu warga emas. Nak kata lebih –lebih pun tak boleh jugakkan. Mungkin masalah penglihatan atau terlampau berhati-hati. Kalau jalan dalam kawasan perumahan kita memang boleh terima malah sangat digalakkan tetapi kalau dalam kawasan bandar besar memang akan menimbulkan kemarahan. Buat tok-tok yang memandu kalau jalan jauh dari rumah biarlah anak cucu yang hantarkan, kalau diaorang laju sangat tok sound jer diaorang ni ye. Bagi yang muda kalau atas highway korang bawak slow macam kura-kura memang tak salah la kalau korang dipanggil atok ye. Bawakla ikut kelajuan yang bersesuaian. Kalau duduk lane satu tetapi slow sangat dalam 20km sejam eloklah jangan memandu sebab confirm akan jadi panjang berjela kereta ikut belakang.
Pandulah secara berhemah, kurangkan kemalangan jalanraya.
Okla sampai sini sahaja penulisan aku kali ini. Mohon terasa
Babai..

p/s- sedap pulak tajuk entri aku kali ni ye


Tiada ulasan:

Catat Ulasan