Halaman

Translate

Khamis, 9 Mac 2017

Carilah harta dari sumber yang halal

Carilah harta dari sumber yang halal

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata,

Rasulullah s.a.w bersabda “Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram” – hadis riwayat Muslim. 

-tazkirah-

beautiful rose,rose cantik,ros
imej credit : google

Ahad, 19 Februari 2017

Cinta Atok dan Nenek

KISAH BENAR

Kisah Benar

sembilu,sembilu2,cinta,kisah cinta,awie dan erra,awie,erra fazira
gambar hiasan tiada kena mengena dengan kisah dibawah


Seorang nenek mencuri dengar perbualan sepasang remaja yang tengah dating ditaman.
Gf: Awak sayang saya tak?
Bf : Sayang la…
Gf: Kita sudah bercinta 3 bulan, apa buktinya?
Bf: ABCDEFG
Gf: Apa benda tu?
Bf: A boy Can Do Everything For Girl
Gf: wah..so sweet…

Si nenek yang dengar tadi jeles dan frust sebab selama 40 tahun berkahwin suami dia tak pernah buat macam tu. Lalu nenek terus pulang dan bertanya pada si Atok.

Nenek: Bang, awak sayang tak dengan anje?
Atok: Eh..mestilah
Nenek: Buktinya apa?
Atok: Laa..kan kita dah bersama selama 40 tahun.
Nenek: Ahhh..tak best, anje nak bukti yang ada ABCDEFG!
Atok: Ooo..ok untuk anje, abang bagi ABCDEFGHIJK
Nenek happy sangat sebab yang bercinta 3 bulan cuma dapat A hingga G tapi dia dapat A sampai K.
Nenek: Apa tu ABCDEFGHIJK?
Atok: Anje ni seorang yang Amazing,Beautiful,Cute,Dynamic,Elegant,Fantastic,Good,Hightech…
Si nenek suka giler mendengarnya, sambil tersenyum si nenek bertanya lagi.
Nenek: Yang IJK tu pulak apa?
Atok : I’m Just Kidding!!


He he harap terhibur..

Khamis, 19 Januari 2017

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan

Kenapa Orang Melayu Makan dengan Tangan?

tangan,melayu,hand,unique hand
Tangan sape ni...baik ngaku..


Soalan ini dijawab dengan mudah pada hujung abad ke -19 oleh Tengku Kudin kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor.

Perkara ini diceritakan oleh isteri seorang pegawai tertinggi British yang berkhidmat di Selangor dalam bukunya “Chernose – The Guilding Off”  karya Emily Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh Residen Inggeris menghadiri suatu jamuan makan malam di rumah residen tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba menuju kearah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan tetamu lain yang menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan dengan tangannya ---!
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang berada disisi beliau. Merasa tertarik dengan apa yang berlaku wanita tersebut lantas bertanya “ Kenapa anda makan dengan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garfu lebih bersih dan sopan?”

Dengan bersahaja dijawab Tengku Kudin dengan lantang supaya dapat didengari oleh tetamu yang lain.

Katanya ; “Saya makan dengan tangan sekurang-kurannya ada tiga sebab : Pertama – saya tahu tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu bersih. Kedua – saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang sahaja yang menggunakannya; tidak pernah dipinjam oleh orang lain sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang menggunakannya. Ketiga – saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang…!!”

(Sumber : Berita Darulnaim)


Selasa, 3 Januari 2017

KIASAN SEORANG GURU

KIASAN SEORANG GURU

IKAN,FISH,NELAYAN,IKAN PALING MAHAL


Jika gurumu menyuruh memakan ikan tetapi diberi cacing, janganlah engkau berprasangka beliau itu bodoh,gila lantas kau layak mencacinya..

Maka yang harus kau lakukan mencari kail, bukan memakan cacing itu. Carilah ikan menggunakan kail dan cacing tersebut.

Jika engkau yang bodoh nescaya kaulah yang akan memakan cacing tersebut, kerana engkau tidak memahami pesan gurumu…

SELAMAT DATANG 2017

-p/s : boleh paham ke idak?? He he..