Tanggal 31 Merdeka dan Sudirman Hj Arshad

legend singer,sudirman,mlaysia,basikal tua,merdeka,merdeka flag,
Sudirman Hj Arshad

Amaran : artikel ini ditulis tanpa merujuk mana-mana penulisan. Tribute untuk Sudirman Hj Arshad

‘Milik siapakah gadis ini..bagai berkurun lama kesepian..ingin aku mencurahkan kasih kepada yang sudi..adakah dia sudi..’ Ini lah bait lagu daripada nyanyian arwahyarham Sudirman. Sedap dan penuh feel. Kali aku nak tulis pasal Sudirman pulakla sempena masuk bulan Ogos ni. Kenapa yer dengan Ogos ? Yelah dibulan inilah akan kedengaran lagu dendangan beliau Tanggal 31.

‘Tanggal 31 bulan 8 lima puluh 7, hari yang mulia hari yang gembira ..sambut dengan jiwa yang merdeka..Mari kita seluruh warga negara..ramai-ramai menyambut hari merdeka.MERDEKA!’



Aku harap setiap kali aku tulis bait-bait lagu Sudirman korang pun nyanyilah dalam hati jugak yer. Sudirman punya lagu memang menusuk kalbu, banyak kisah-kisah kehidupan dalam lagu beliau.Lagu cintan-cintun ni satu dua jer. Contohnya pasal basikal tua la,punch kad,chow kit road, penyu menangis lah dan banyak lagi.

‘Oraanng biaasa baasikal tua x2’

Memang best la lagu-lagu beliau ini. Kalau lagu gembira kita pun akan gembira kalau sedih beliau akan nyanyi dengan lenggok yang sedih pula. Contohnya macam lagu balik kampong.

‘Balik kampung…hooohoho balik kampung,,hoho balik kampung ..hati girang…’ kalau lagu ni pasang dalam kereta on the way balik kampong mesti rasa seronok sangatkan? Cuba pulak radio pasang masa hari korang tengah kerja time raya lagu ni pulak ..’Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama..meraikan aidilfitri yang mulia..restu ayah ibu kuharap selalu kenang nasib diri dirantauan..tetapi aku harus mencari rezeki ..(korang sambung sendirila)’ Aku rasa kalau tak tahan boleh mengalir airmata punya..sebak beb.

Sebenarnya dah lama jugak nak tulis pasal sudirman ni tapi banyak dah biodata beliau di Internet. Apa yang aku tulis ni sekadar nostalgia la. Aku tak nak la tulis sebab sebenar beliau mati ke apa ka. Nak buat apa nak korek balik kisah – kisah macam ni? Beliau dah pun tiada baik layan lagu dia pun best kan. Nak tahu lagu beliau yang terakhir adalah lagu apa? Lagu tersebut berjudul ‘SALAM TERAKHIR’. Terima kasih kerana sudi menyanyi bersama-sama dengan aku kali ini.



‘Salam akhir…salam yang teristimewa..kepadaNya ku memohon keampunan..melaluiNya terpanggil kemaafan kepadaku,,,,,…Salam ku yang terakhir.’

chow kit road,famous malaysian singer,malaysia artist,popular malaysia artist,misteri sudirman


Salam sayang
Jumpa lagi noo..


Ulasan