Halaman

Translate

Sabtu, 19 Mac 2016

Rachel Corrie - Dilupakan Jangan

Rachel Corrie – dilupakan jangan


dilupakan jangan,rachel,corrie,rachel corrie,buka minda,peluangtercipta
Rachel Corrie with love
Artwork by Palestinian Artist Imad Abu Shtayyah



Siapakah Rachel Corrie? Mungkin ada yang tahu mungkin ada juga yang tidak tahu. Bagi penduduk Palestine nama Rachel Corrie tidak pernah mereka lupakan. Beliau bukanlah penduduk Palestine tetapi beliau adalah orang yang peduli dengan kesakitan yang dirasakan oleh warga Palestine.

                        “Rachel Corrie”

Rachel Corrie berasal dari Olympia,Washington, Amerika Syarikat (US). Pencinta keamanan dengan bergiat aktif dalam International Solidarity Movement (ISM). Gerakan solidarity ini amat aktif dalam memperjuang keamanan sejagat terutama yang melibatkan Palestine.
Rachel telah datang ke Palestine menunaikan tugasan kuliah yang beliau ikuti untuk sebuah projek bandar kembar antara Rafah dan bandar tempat beliau tinggal. Apabila berada di Rafah beliau juga berhubung dengan rakan-rakan penggiat ISM yang menentang penggunaan kekerasan dan penghancuran rumah-rumah warga Palestine oleh tentera Israel.

Tidak sampai dua bulan kedatangan beliau ke sana akhirnya pada 16 March 2003, beliau akhirnya terbunuh dalam konfrontasi tentera Israel yang mengendalikan dua bulldozer bersama lapan activist ISM.

Rachel Corrie dengan gagah beraninya menghalang bulldozer yang ingin merempuh rumah warga Palestine dimana selama disana beliau bersahabat dengan warga Palestine tersebut. Tanpa belas tubuh beliau dilanyak oleh bulldozer ini. Tulang tengkoraknya retak, tulang rusuk hancursehingga ada yang menembusi paru-parunya.

Para saksi mengatakan bahawa bulldozer ini dengan sengaja merempuh beliau yang pada masa itu mengenakan jaket berwarna jingga terang. Pemerintah Israel dengan tegas membantah dengan mengatakan insiden itu adalah kecelakaan yang tidak diduga kerana pengendali bulldozer tidak nampak beliau yang berada didepan bulldozer.

Ibu-bapa Rachel  Corrie telah menfailkan kes melawan kerajaan Israel kerana tidak mengadakan penyiasatan penuh dan bertanggungjawab diatas kematian puteri mereka. Kes yang melibatkan jangkamasa yang panjang ini berakhir apabila mahkamah Israel menolak tuntutan keluarga Rachel Corrie dengan menyatakan mengikut siasatan tentera Israel, kerajaan Israel tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan untuk kes ini. Keputusan ini mendapat bantahan dari pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia seperti Amnesty International dan pemerhati yang lain.

Rayuan telah dibuat pada August, 2012 dan kes diperdengar pada May, 2014. Pada 14 February 2015 mahkamah tinggi Israel telah menolak rayuan tersebut.

Kehidupan dan perjuangan beliau telah diberikan penghormatan oleh masyarakat dunia yang prihatin. My Name Is Rachel Corrie antara drama yang menceritakan kisah perjuangan beliau. Tulisan beliau juga telah dibukukan pada tahun 2008 bertajuk ‘Let Me Stand Alone’. Kisah wanita muda yang ingin menjadikan dunia sebagai tempat tinggal terbaik. Sebuah yayasan telah ditubuhkan dan diberi nama Rachel Carrie Foundation for Peace and Justice. Yayasan ini meneruskan legasi Rachel Corrie menjadikan dunia bebas dari ancaman keganasan.

 Name : Rachel Aliene Corrie
D.O.B : 10 April 1979 , Olympia, Washington, United State
Died on 16 March, 2003 while defending the people of Palestine

video
Rachel Corrie -debate


My komen: setiap kali bila baca kisah beliau aku rasa terharu sebenarnya. Sebab itu jugalah aku abadikan kisah beliau dalam blog aku ini. Beliau tidak gentar untuk pertahankan kebenaran meski beliau berlainan bangsa mahupun agama. Semoga Allah merahmati roh beliau. ..

rachel,corrie,palestine,ISM,#truefighter


#palestine #rachelcorrie #freedom #peace 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan