Halaman

Translate

Rabu, 13 Ogos 2014

Asal-usul nama negeri Selangor

Asal usul negeri Selangor

the flag of selangor,bendera negeri selangor,selangor malaysia,kelab bola selangor
Bendera selangor


Ada sesiapa yang tahu tak? Sebenarnya banyak cerita juga yang dikaitkan dengan asal usul nama negeri Selangor. Seorang pahlawan yang dalam perjalanan ke utara telah tertewas digangggu seekor langau ketika berehat ditebing sungai. Pahlawan tersebut akhirnya telah meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan bernama se-langau yang mana lama kemudian menjadi Selangor.


Cerita yang lain pula, kononnya nama Selangor berasal dari pokok Mentangau yang banyak terdapat dikawasan pinggir sungai. Pohonnya yang besar dan merimbun di tepi laut boleh dilihat dari jauh. Ada diantara pedagang mengatakan ‘aku singgah di Kuala  Sungai Mentangau’ seterusnya berkembang kepada Kuala Selangau dan akhirnya menjadi Kuala Selangor.

Ada juga pendapat lain menyatakan nama Selangor adalah dari perkataan ‘salang dan jemur’. Dikatakan pada waktu dahulu Kuala Selangor menjadi tempat penyiksaan para penderhaka dengan cara disalang dan dijemur sehingga mati. Dua perkataan ini salang dan jemur dicantumkan hingga akhirnya menjadi Selangor…


Kini Selangor ialah negeri paling ramai bilangan penduduknya 5,179,600 orang.Keluasannya ialah 793,020km persegi. Terdapat 9 buah daerah iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Sepang.

Selamat membaca..

11 ulasan:

  1. ada macam-macam versi ye..agaknya yang mana satu yang betul? :)

    BalasPadam
  2. cerita se-langau tu betul ke... heeee.. tapi Selangor berasal dari pokok Mentangau tu lebih realistik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yg betul dalam salah satu citer ni cuma kena teka yg mana satu...apapun tima kasih sbb komen he he

      Padam
  3. Erm.. Saya tak berapa pasti pasal sejarah Selangor.. Kurang membaca pasal Selangor..

    BalasPadam
  4. Agak2 juga rupanya betul...haha!

    BalasPadam