Halaman

Translate

Sabtu, 25 Oktober 2014

Tips Penjagaan Singki Dari Tersumbat

Tips penjagaan singki dari tersumbat.

paip,singki,singki sumbat,kalau paip sumbat nak buat apa?
Paip berbentuk T dibawah singki


Mungkin ramai yang pernah menghadapi masalah begini iatu singki tersumbat. Cara mudah ialah dengan mengupah plumber (tukang paip) untuk membaikinya. Disini aku ingin share serba sedikit supaya boleh jimat sedikit daripada upah plumber untuk menyelesaikan masalah anda.

Setengah-setengah rumah paip dibawahnya berbentuk T atau U sedikit. Dalam kantung berbentuk U ini biasanya kotoran berat akan sangkut disini. Bila penuh air susah nak melepasi dari singki. Cara senang buka kepala U ini dan buang jer kotoran dan cuci sikit. Kemudian pasang semula.air. Ulangi perbuatan ini selama dua hari. Insyaallah berkesan. Harap maklumat ini memberi manfaat kepada para pembaca blog ini.

Kalau semua cara diatas tak berjaya maka ambil telepon dan teleponlah tukang paip. Nak buat camner lagikan.. J
masalah singki tersumbat?’

Apabila semua telah dibuang dan bila dipasang air masih payah melepasi dari singki ini maknanya bukan paip berbentuk U yang bermasalah tetapi paip lurus yang bersambung itu yang bermasalah. So apa nak buat? Cari getah paip dan dawai. Gunakan dawai untuk mengorek benda-benda asing yang tersumbat didalam.Sumbat getah paip kedalam sikit dan disekelilingnya sumbat kain buruk biar padat dilubang tersebut. Buka air dengan laju. Ini dapat menembak kotoran kotoran ini untuk pergi jauh disebabkan tekanan air. Biar dalam 15 minit. Akibat dari tembakan air ini ada yang akan keluar di bilik air. So buang jelah. Selepas itu cuba kedalam kan lagi getah paip ini dan cuba tarik keluar dan masukkan berulang kali selama 10 minit. Insyaallah semua masalah settle. Jimat RM90 kalau panggil plumber. Macamana boleh buat sendiri jer kan?

Sebelum tidur tuangkan satu botol Clorox atau yang seangkatan dengannya dan apabila bangun pagi buka air singki. Tujuannya untuk membuang kotoran-kotoran degil seperti lemak-lemak yang melekat didalam paip tersebut.

Lagi satu tips untuk mencegah dari tersumbat ialah apabila anda melihat air payah melepasi singki maka cuba buka paip U tersebut dan cuci sebersihnya. Jika kelihatan agak lambat juga maka maknanya paip lurus itu yang bermasalah dan sebelum tidur tuang satu botol Clorox ini dan biar beberapa jam, kalau boleh keesokkan harinya baru buka paip air.. 



-iskh sepatutnya kena charge ni…ha ha

Selamat Mencuba”



Tags:tips penjagaan singki,singki bermasalah?,cara servis kotoran dari singki,buang kotoran dalam singki,kalau singki sumbat nak buat apa?


10 ulasan:

  1. bila singki tersumbat selalunya puteri guna petua campuran cuka dengan serbuk penaik, setakat ni memang berhasil :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi berkongsi

      Padam
  2. singki rumah saya tersumbat juga. panggil "S"plumber kat kota damansara. dia caj rm250. mahal kan? huhu.. padahal xde ganti barang2 baru pun cuma potong saluran paip dan buat tekanan air..

    lain kali nak jaga singki betul2. tak leh buang minyak dan macam2 lagi secara direct ke lubang singki tuh

    BalasPadam
  3. Boleh torai tips ni..thanks...

    BalasPadam
  4. tak suag sangat, cuma kena rajin sikin je kot...heee. kekadang masalh kecik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye boleh buat sendiri.. Kita je x confident sebenarnya

      Padam
  5. pernah juga kerja sebagai maintenance sinki ni,

    BalasPadam