Halaman

Translate

Selasa, 14 Oktober 2014

Beza handphone picit berbanding touchscreen

nokia3310,nokia3315,sonyz3,sony xperia baru
Dalam dok fikir dua tiga hari ini aku dapat idea nak tulis artikel ini : beza handphone picit berbanding touchscreen.
Siapa tau apa yang berbeza? Actually senang je tak perlu tanya sesiapa atau pakcik google sekali pun. Cukup dengan pengalaman sendiri pun boleh jawab. Ok la kalau malas nak fikir, jum baca pengalaman aku ini.

1.kalau jatuh yang picit tu kita masih boleh gelak lagi tapi yang touchscreen jangan harap la nak gelak, masam dan berkedutla dahi tu kalau jatuh.

2.handphone picit sebelah tangan pun laju bila berSMS sambil memandu. Yang touchscreen susah sikit (jangan tiru aksi ini tau).

3.dari segi ketahanan bateri, yang picit tu umum sedia maklum boleh tahan sampai dua tiga hari berbanding touchscreen.

4.Skrin memang menang kepada touchscreen berbanding yang picit tu.

5.yang picit tu kalau ikat dengan tali getah tiada yang pelik tetapi kalau handphone touchscreen memang orang akan memandang serong he he.

6.kalau tertinggal dirumah memang gelisah kalau yang guna touchscreen.. Ye lah nak wassup, fb semua tak boleh nnt. Kalau yang picit tu tahap risau tertinggal dirumah tu tak secemas bila berbanding touchscreen.

7.yang picit tu boleh modified macam - macam, lampu screen la, tambah kelip kelip la, modified bunyi la. Kalau nak dibanding touchscreen yang ditukar atau ditambah cuma sarung luarnya.

8.dari segi fungsinya memang menang kat touchscreen sebab nama pun smartphone so memang smartla..

9.kalau bergurau atau marah boleh ketuk ketuk meja lagi kalau guna yang picit tu berbanding touchscreen. Rasanya takde siapa yang berani try guna smartphone sendiri.. Setuju?

10.  Mudah kalau nak berselfie kalau guna smartphone berbanding yang picit tu sebab ada kamera depan. Yang picit tu pun ada tapi cuma boleh diguna semasa video call ja. Kalau nak selfie kena pusing handphone kebelakang untuk mengambil gambar.
Ok cukup la kot... Kalau ada lagi yang korang tahu boleh bagitau diruangan komen.

'selamat membaca'


P/s: terkenang semasa dulu..


14 ulasan:

  1. betul2,yg picit tu jugak selalu kena buli tapi bila yg touchscreen rosak antar kedai terpaksa cari yg picit jugak untuk pakai sementara..berjasa jgk... XD

    BalasPadam
  2. haha..suka yg no 1 tu..mmg btul!

    BalasPadam
  3. yang picit tu memang legend, heeee. tak tau akan datang hp mcm mana akan menggantikan yg touch skrin....

    BalasPadam
  4. X payah touch dah kot he he

    BalasPadam
  5. haha yang picit biasa pilihan nya nokia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu nokia kira legend la kan... :)

      Padam
  6. tu hp nokia butterfly kan? saya simpan lagi nokia 3310 hehe

    BalasPadam
  7. "I want to touch a touch screen.."

    hehe

    BalasPadam
  8. Betul la.. walaupun hp picit2 tu banyak kekurangan berbanding touch screen, tapi lebih seronok dengan hp picit2 tu...

    BalasPadam