Halaman

Translate

Jumaat, 21 November 2014

Duit Maintenance Rumah Pangsa - satu bebanan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca sekalian. Topik aku kali agak sensitif sikit kerana ianya melibatkan penghuni rumah pangsa. Aku dapat idea pun apabila berbual dengan rakan-rakan yang menduduki rumah pangsa ini. Ada pro dan kontra juga sebenarnya.Aku bukanlah menteri yang dapat menyelesaikan masalah sebegini tetapi jum kita kaji serba sedikit.

rumah flat untuk dijual,harga rumah flat2015,rumah flat,flat,pangsapuri untuk dijual
gambar hiasan


  Masalah ini sebenarnya memang dah lama wujud. Aku cuba menyelami permasalahan ini dan kalau boleh kita bersama-sama merungkaikan permasalahan ini.

Kenapa perlu membayar duit maintainence ini?
-Pengendalian sampah – samada pembuangan mahupun kebersihan (sapu sampah)
-     -Kos pengendalian lif (bila melibatkan servis memang mahal)
-          -  Kos utili seperti penggunaan elektrik koridor,CCTV,parking ,pam air untuk simpanan tangki dan air (untuk    cuci kereta contohnya).
-          - Kos penggurusan keselamatan  (sekuriti guard, touch n go card dan sebagainya)
-           -Dan lain-lain

Kenapa saya tak mau bayar?
-         -Duduk tingkat satu –buat apa nak bayarkan? Bukan naik lif sangat pun..lif tak jalan pun tak kisah.
-          -Bayarannya yang mahal (sesetengah kes)
-          -Aku dah beli rumah lagi nak kena bayar duit pengurusan pulak –mampuslah aku
-        -  Rumah sewa je
-          -Aku tak duduk pun sebab aku bagi sewa buat apa nak bayar..lantakla sampah nak penuh pun aku peduli apa
-           -Pemaju yang jaga tidak buat apa-apa pun
-          - Sengaja –memang aku tak mau bayar ,leceh


So,ini lah apa yang dapat serba sedikit aku rungkaikan.

Kisah pembeli A dan Pembeli B

Pembeli A dan B ini sebenarnya adalah rakan aku ditempat kerja. Aku cuma mendengar sahaja rungutan mereka berdua ini berkenaan rumah yang mereka duduki.

Pembeli A merungut bila lif adakalanya tidak berjalan.Beliau sedar pihak pengurusan mungkin sengaja ingin mengajar penduduk yang enggan membayar duit pengurusan. Akibatnya satu hari tu terpaksalah beliau mengusung tong gas bersama anak lelakinya yang masih bersekolah menaiki tangga sehingga tingkat enam. Pembeli A kesal dengan sikap sesetengah penduduk yang enggan membayar duit maintenance ini (RM35). Menurut beliau kebanyakkannya penghuni tingkat satu dan dua yang banyak buat hal. Sebab apa? Sebabnya korang boleh baca diatas. Akibat peristiwa ini Pembeli A mula berkira-kira hendak membeli rumah teres pula, biarlah jauh janji hati tak sakit.

Pembeli B pula enggan sama sekali membayar duit maintenance dengan alasan terlampau mahal (RM90) dan pihak tidak buat apa-apa sangat pun. Sampah kena bawa turun sendiri (beliau tinggal ditingkat empat,paling atas) dan tiada lif.Cuma ada servis guard je ujar beliau. Beliau lebih rela parking diluar kawasan perumahan dari membayar duit penyelengaraan. Lantaklah ujar pembeli B.

Sebenarnya aku memahami permasalahan Pembeli A dan B diatas ini. Buat penghuni yang menetap dalam kes pembeli A tu , rasanya kos penyelenggaraan sebanyak RM35 itu tidaklah mahal malah pada pendapat aku sebenarnya lebih rendah dari rumah pangsa yang lain. Penghuni tingkat satu dan dua itu tidak paham kemana duit itu digunakan barangkali.Mereka beranggapan kami tidak guna lif so buat apa nak bayar.Mereka tidak nampak kos pekerja sapu sampah, kos elektrik terutama yang melibatkan pam air tangki dan sebagainya.

Buat pembeli B aku bersetuju kos sebanyak RM90 itu memang mahal. Melihat suasana rumah beliau aku paham kenapa diletakkan RM90. Penduduk kawasan itu tidak banyak maka sebab itu ianya mahal almaklumlah pihak pengurusan pun nak ada untung juga. Langkah yang wajar diambil ialah pihak penghuni seharusnya berunding dengan pihak pengurusan untuk menurunkan harga penyelengaraan atau meminta secara bertulis berapa kos penyelengaraan yang terlibat untuk memahami perkara sebenar.

Apa akibat jika tidak bayar?

-kenderaan anda tidak boleh parking dalam kawasan rumah pangsa ini.
-anda tidak boleh menggunakan lif yang menggunakan scanner.
-lampu jalan,koridor akan tiada fungsi kerana bekalan letrik akan dipotong oleh pihak TNB (kalau tak bayar bil ler)
-persekitaran yang kotor sebab tiada siapa yang nak sapu sampah dan kutip
-surat kebenaran menjual rumah tidak dapat dikeluarkan

Dalam semua akibat diatas yang terakhir itulah paling menakutkan sebenarnya. Kalau tak bayar memang rumah yang kita beli tak dapat dijual. Ini adalah kisah benar.Buat pembeli rumah fikir masak-masak sebelum membeli apartment atau kondominium,masukkan sekali budget pengiraan penyelengaraan yang kita kena bayar.Buat pembeli yang menyewakan pula bayar jelah dan timbangrasalah pada orang lain sama. So aku berharap sangat penghuni tingkat satu TOLONGLAH BAYAR DUIT PENYELENGGARAAN…

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”
Jumpa lagi..wassallam

8 ulasan:

  1. kalau duit maintenance berpatutan tak apa la kan...tapi kalau terlalu tinggi, memang la penghuni akan merungut. Tapi kalau sekadar banyak sampah ke apa, penghuni boleh bergotong royong untuk membersihkan...betul tak? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang2 tu alasan sibuk nk bergotong royong...

      Padam
  2. manusia akan sentiasa beri alasan..lepas tu bila munculnya masalah, mulalah saling menyalahkan :)

    BalasPadam
  3. kadang2 bil air pon under maintenance.. memang mahal gila berbanding bil dari syabas.. =( luckily, sy hanya penyewa saje.. penyelenggaraan under owner rumah.. bil air pon under syabas,..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman

      Padam
  4. susah juga kan jika terlampau mahal. Sesetengah yang duduk di rumah pangsa kerana tidak mampu membeli rumah teres. tetapi jika kena bayar duit mentainance pula, kesian la dorang ni

    BalasPadam