Halaman

Translate

Sabtu, 25 Oktober 2014

Tips Penjagaan Singki Dari Tersumbat

Tips penjagaan singki dari tersumbat.

paip,singki,singki sumbat,kalau paip sumbat nak buat apa?
Paip berbentuk T dibawah singki


Mungkin ramai yang pernah menghadapi masalah begini iatu singki tersumbat. Cara mudah ialah dengan mengupah plumber (tukang paip) untuk membaikinya. Disini aku ingin share serba sedikit supaya boleh jimat sedikit daripada upah plumber untuk menyelesaikan masalah anda.

Setengah-setengah rumah paip dibawahnya berbentuk T atau U sedikit. Dalam kantung berbentuk U ini biasanya kotoran berat akan sangkut disini. Bila penuh air susah nak melepasi dari singki. Cara senang buka kepala U ini dan buang jer kotoran dan cuci sikit. Kemudian pasang semula.air. Ulangi perbuatan ini selama dua hari. Insyaallah berkesan. Harap maklumat ini memberi manfaat kepada para pembaca blog ini.

Kalau semua cara diatas tak berjaya maka ambil telepon dan teleponlah tukang paip. Nak buat camner lagikan.. J
masalah singki tersumbat?’

Apabila semua telah dibuang dan bila dipasang air masih payah melepasi dari singki ini maknanya bukan paip berbentuk U yang bermasalah tetapi paip lurus yang bersambung itu yang bermasalah. So apa nak buat? Cari getah paip dan dawai. Gunakan dawai untuk mengorek benda-benda asing yang tersumbat didalam.Sumbat getah paip kedalam sikit dan disekelilingnya sumbat kain buruk biar padat dilubang tersebut. Buka air dengan laju. Ini dapat menembak kotoran kotoran ini untuk pergi jauh disebabkan tekanan air. Biar dalam 15 minit. Akibat dari tembakan air ini ada yang akan keluar di bilik air. So buang jelah. Selepas itu cuba kedalam kan lagi getah paip ini dan cuba tarik keluar dan masukkan berulang kali selama 10 minit. Insyaallah semua masalah settle. Jimat RM90 kalau panggil plumber. Macamana boleh buat sendiri jer kan?

Sebelum tidur tuangkan satu botol Clorox atau yang seangkatan dengannya dan apabila bangun pagi buka air singki. Tujuannya untuk membuang kotoran-kotoran degil seperti lemak-lemak yang melekat didalam paip tersebut.

Lagi satu tips untuk mencegah dari tersumbat ialah apabila anda melihat air payah melepasi singki maka cuba buka paip U tersebut dan cuci sebersihnya. Jika kelihatan agak lambat juga maka maknanya paip lurus itu yang bermasalah dan sebelum tidur tuang satu botol Clorox ini dan biar beberapa jam, kalau boleh keesokkan harinya baru buka paip air.. 



-iskh sepatutnya kena charge ni…ha ha

Selamat Mencuba”



Tags:tips penjagaan singki,singki bermasalah?,cara servis kotoran dari singki,buang kotoran dalam singki,kalau singki sumbat nak buat apa?


Selasa, 14 Oktober 2014

Beza handphone picit berbanding touchscreen

nokia3310,nokia3315,sonyz3,sony xperia baru
Dalam dok fikir dua tiga hari ini aku dapat idea nak tulis artikel ini : beza handphone picit berbanding touchscreen.
Siapa tau apa yang berbeza? Actually senang je tak perlu tanya sesiapa atau pakcik google sekali pun. Cukup dengan pengalaman sendiri pun boleh jawab. Ok la kalau malas nak fikir, jum baca pengalaman aku ini.

1.kalau jatuh yang picit tu kita masih boleh gelak lagi tapi yang touchscreen jangan harap la nak gelak, masam dan berkedutla dahi tu kalau jatuh.

2.handphone picit sebelah tangan pun laju bila berSMS sambil memandu. Yang touchscreen susah sikit (jangan tiru aksi ini tau).

3.dari segi ketahanan bateri, yang picit tu umum sedia maklum boleh tahan sampai dua tiga hari berbanding touchscreen.

4.Skrin memang menang kepada touchscreen berbanding yang picit tu.

5.yang picit tu kalau ikat dengan tali getah tiada yang pelik tetapi kalau handphone touchscreen memang orang akan memandang serong he he.

6.kalau tertinggal dirumah memang gelisah kalau yang guna touchscreen.. Ye lah nak wassup, fb semua tak boleh nnt. Kalau yang picit tu tahap risau tertinggal dirumah tu tak secemas bila berbanding touchscreen.

7.yang picit tu boleh modified macam - macam, lampu screen la, tambah kelip kelip la, modified bunyi la. Kalau nak dibanding touchscreen yang ditukar atau ditambah cuma sarung luarnya.

8.dari segi fungsinya memang menang kat touchscreen sebab nama pun smartphone so memang smartla..

9.kalau bergurau atau marah boleh ketuk ketuk meja lagi kalau guna yang picit tu berbanding touchscreen. Rasanya takde siapa yang berani try guna smartphone sendiri.. Setuju?

10.  Mudah kalau nak berselfie kalau guna smartphone berbanding yang picit tu sebab ada kamera depan. Yang picit tu pun ada tapi cuma boleh diguna semasa video call ja. Kalau nak selfie kena pusing handphone kebelakang untuk mengambil gambar.
Ok cukup la kot... Kalau ada lagi yang korang tahu boleh bagitau diruangan komen.

'selamat membaca'


P/s: terkenang semasa dulu..


Sabtu, 11 Oktober 2014

Dua belas CPUV dari Nuffnang

Nuffnang logo
Dua belas CPUV dari Nuffnang? Dasyat tak bunyinya? Bukannya aku nak bangga ke apa sebab income aku ciput ja pun dan dua tiga minggu ni banyak blogger bercerita tentang CPUV yang tiba - tiba banyak diberi. Memang ada terbaca rumors kenapa tiba - tiba pihak Nuffnang bermurah hati ni.. biarlah aku malas nak terlibat dengan sebarang spekulasi.
Aku rasa tak payahla aku nak print screenkan akaun Nuffnang aku. Percaya je ok. Tujuan aku menulis pasal benda ni sebab aku ketandusan idea sebenarnya. Walaupun ada dua artikel yang aku dah siap karang tapi aku tak rasa nak post lagi. Tunggu masa yang sesuai sikit baru boleh post nanti.

Disebabkan CPUV ni aku terpaksa fikirkan artikel apa aku nak letak..maka inilah hasilnya..Kalau rajin tolong klik iklan yang ada dalam blog ini yer he he.
Cuaca pun jurubu eh jerebu sekarang ni so kurangkan aktiviti luar yang tidak perlu. Minum air kosong yang dimasak banyak sikit. Idea pun payah nak nampak time - time jerebu ni. Harap harap menjelma dua tiga hari nanti.

Terima kasih kerana membaca entri ini..

Jumpa lagi


P/s : partimer je



Posted via Blogaway