Halaman

Translate

Sabtu, 14 Disember 2013

Garam diperbuat dari airmata

Garam dari airmata


garam dari airmata,salting tears
Inilah rupa garam airmata

Pernah tengok tak garam macam ni?

Kalau rasa masakan anda tak cukup sedih boleh cuba masukkan perasa sedih didalam masakkan anda.

Tak percaya? Sebuah syarikat Hoxton Street Monster Supplies di United Kingdom telah memasarkan produk garam berasaskan airmata ini.

Terdapat beberapa perisa atau jenis yang disediakan
-airmata dari kemarahan,gembira,semasa memotong bawang, semasa ketawa, semasa bersin dan airmata kedukaan.

Bunyi cam best jer kan…

Amacam percaya ke tidak?


Sebenarnya semua ini gimik jer ..cuba tengok takkanlah warna airmata lain-lain pulakkan? :)


-          Jumpa lagi

Sabtu, 7 Disember 2013

Jom Pi Pesta Pulau Pinang

PESTA PULAU PINANG


penang fest


Bulan Disember memang bulan yang meriah di Pulau Pinang. Pesta Pulau Pinang adalah salah satu antaranya. Kalau anda yang tak pernah sampai maka elok jugalah kalau mengambil kesempatan bercuti di Pulau Pinang ini.

Awal 80’an dulu Pesta Pulau Pinang memang gah. Waktu ini diMalaysia tiada lagi expo-expo atau funfair seperti sekarang ini maka Pesta Pulau Pinang memang menjadi sebutan lantas berduyun-duyun bas-bas rombongan dari pelusuk negara membanjiri Pulau Pinang. Sekarang ini pun Pesta Pulau Pinang tetap wujud dan menjadi pilihan kaum keluarga untuk berhibur, membeli-belah tak pun jalan-jalan saja.

Apa yang ada disini? Taman hiburan, tapak konsert , gerai-gerai makanan, gerai pakaian. gelanggang badminton (tertutup), pertandingan kucing cantik, pertandingan tomoi , taman mini,station radio dan macam-macam ada!! He he..


Ok jum layan gambar yang tak seberapa ini pulak..



pesta playground,pesta best,penang festival


pesta,taman mini,mini penang,penang attraction


pesta pulau pinang, taman cahaya




butterfly lamp,penang butterflymini monkey,monkey light




light of mini garden penang

background pesta,asal-usul pesta

Ok kalau anda seorang yang berani boleh cuba permainan yang agak extreme disini seperti vortex, challenger, top-gun dan juga flying chairs. Tarikkan lain disini ialah jualan-jualan karpet dan tulisan khat yang memang menjadi bualan orang ramai.

Kena datang awal sebab kawasan parking cepat penuh dan sesak,


Kawasan Pesta Pulau Pinang ini memang luas, jadi sedikit nasihat ialah pakailah kasut jika ada, kalau ada kasut sukan lagi bagus. Penggunaan selipar boleh mengematukan kaki anda bila berjalan terlalu lama.

Lokasi Pesta Pulau Pinang : Tapak Pesta Sungai Nibong Besar, bersebelahan hentian bas Sungai Nibong

Tarikh : 25 November 2013 hingga 1 Januari 2014

Isnin, 2 Disember 2013

Asal-Usul Bergedel

Asal-Usul Bergedel


sedap,best,bergedel malaysia,perkedel,cara buat bergedel
Inilah rupanya bergedel


Assalamu’alaikum ..
Bertemu kita diruangan masak-masak minggu ini…eh apa aku melalut ni..ha ha. Entri aku kali ini simple jer  kali ini. Yelah kita rilek-rilekkan minda kita jap.

Pernah tak makan bergedel? Sedap tak? Sedap tak sedap kena tengok jugak siapa yang buat, betul tak? Ok back to the topic; tau tak dari mana asal bergedel ni? Rata-rata aku rasa akan menjawab bergedel ni asalnya dari Indonesia, betul ker? Ok meh aku nak bagi info sket…

Di Indonesia ianya disebut perkedel manakala di Malaysia dipanggil bergedel dan adakala sebutannya berbunyi bergedil (bukan bergedik yer). Bahan utama bergedel ialah ubi dan daging. Bergedel memang bukan berasal dari Malaysia tetapi diperkenal dari masyarakat Indonesia barangkali berketurunan jawa ke Malaysia. Bagaimanapun tekaan anda adalah tidak betul kalau dikatakan ianya berasal dari Indonesia sebaliknya ianya berasal dari Belanda. Orang Belanda memanggilnya Frikadel . Jadi ianya merupakan salah satu pengaruh Belanda yang telah meresap menjadi salah satu menu  masyarakat Indonesia dahulu akibat pengaruh penjajahan Belanda.

Frikadel hanyalah daging cincang yang dilumat-lumat dan digoreng manakala dinegara ini mahu pun di Indonesia ianya dicampur dengan beberapa bahan seperti ubi kentang dan lain-lain lagi.

Ok..bye bye J


p/s : Maaf tiada resepi disertakan...