Halaman

Translate

Sabtu, 7 Disember 2013

Jom Pi Pesta Pulau Pinang

PESTA PULAU PINANG


penang fest


Bulan Disember memang bulan yang meriah di Pulau Pinang. Pesta Pulau Pinang adalah salah satu antaranya. Kalau anda yang tak pernah sampai maka elok jugalah kalau mengambil kesempatan bercuti di Pulau Pinang ini.

Awal 80’an dulu Pesta Pulau Pinang memang gah. Waktu ini diMalaysia tiada lagi expo-expo atau funfair seperti sekarang ini maka Pesta Pulau Pinang memang menjadi sebutan lantas berduyun-duyun bas-bas rombongan dari pelusuk negara membanjiri Pulau Pinang. Sekarang ini pun Pesta Pulau Pinang tetap wujud dan menjadi pilihan kaum keluarga untuk berhibur, membeli-belah tak pun jalan-jalan saja.

Apa yang ada disini? Taman hiburan, tapak konsert , gerai-gerai makanan, gerai pakaian. gelanggang badminton (tertutup), pertandingan kucing cantik, pertandingan tomoi , taman mini,station radio dan macam-macam ada!! He he..


Ok jum layan gambar yang tak seberapa ini pulak..



pesta playground,pesta best,penang festival


pesta,taman mini,mini penang,penang attraction


pesta pulau pinang, taman cahaya




butterfly lamp,penang butterflymini monkey,monkey light




light of mini garden penang

background pesta,asal-usul pesta

Ok kalau anda seorang yang berani boleh cuba permainan yang agak extreme disini seperti vortex, challenger, top-gun dan juga flying chairs. Tarikkan lain disini ialah jualan-jualan karpet dan tulisan khat yang memang menjadi bualan orang ramai.

Kena datang awal sebab kawasan parking cepat penuh dan sesak,


Kawasan Pesta Pulau Pinang ini memang luas, jadi sedikit nasihat ialah pakailah kasut jika ada, kalau ada kasut sukan lagi bagus. Penggunaan selipar boleh mengematukan kaki anda bila berjalan terlalu lama.

Lokasi Pesta Pulau Pinang : Tapak Pesta Sungai Nibong Besar, bersebelahan hentian bas Sungai Nibong

Tarikh : 25 November 2013 hingga 1 Januari 2014

8 ulasan:

  1. leyla baru je pergi minggu lepas . best3 . leyla maen mainan tu . rase macam nak nagis pon ade . takot .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha tapi awak berani juga naik..

      Padam
  2. best juga kalau dapat pergi ni..nak juga cuba permainan yang extreme tu.. :)

    BalasPadam
  3. Menarik pesta penang ni sbb byk juga pameran mcm pameran keris brg brg antik rumah tradisional thailand dan indonesia juga tak lupa konsert percuma dari artis tempatan yg tiap2 tahun ditunggu2 XPDC...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kipas susah mati xpdc rupenyer ni..

      Padam
  4. cam icity..tgk gmbar, igtkn icity.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai Jugak yg ingat macam tu. :)

      Padam