Asal-Usul Bergedel

Asal-Usul Bergedel


sedap,best,bergedel malaysia,perkedel,cara buat bergedel
Inilah rupanya bergedel


Assalamu’alaikum ..
Bertemu kita diruangan masak-masak minggu ini…eh apa aku melalut ni..ha ha. Entri aku kali ini simple jer  kali ini. Yelah kita rilek-rilekkan minda kita jap.

Pernah tak makan bergedel? Sedap tak? Sedap tak sedap kena tengok jugak siapa yang buat, betul tak? Ok back to the topic; tau tak dari mana asal bergedel ni? Rata-rata aku rasa akan menjawab bergedel ni asalnya dari Indonesia, betul ker? Ok meh aku nak bagi info sket…

Di Indonesia ianya disebut perkedel manakala di Malaysia dipanggil bergedel dan adakala sebutannya berbunyi bergedil (bukan bergedik yer). Bahan utama bergedel ialah ubi dan daging. Bergedel memang bukan berasal dari Malaysia tetapi diperkenal dari masyarakat Indonesia barangkali berketurunan jawa ke Malaysia. Bagaimanapun tekaan anda adalah tidak betul kalau dikatakan ianya berasal dari Indonesia sebaliknya ianya berasal dari Belanda. Orang Belanda memanggilnya Frikadel . Jadi ianya merupakan salah satu pengaruh Belanda yang telah meresap menjadi salah satu menu  masyarakat Indonesia dahulu akibat pengaruh penjajahan Belanda.

Frikadel hanyalah daging cincang yang dilumat-lumat dan digoreng manakala dinegara ini mahu pun di Indonesia ianya dicampur dengan beberapa bahan seperti ubi kentang dan lain-lain lagi.

Ok..bye bye J


p/s : Maaf tiada resepi disertakan...

Ulasan

  1. ohh berasal dari belanda rupanya yer..sebelum ni tahu makan je..haha

    BalasPadam
  2. lansung tak terfikir dari belanda....heee. pekena dengan mihun sup memang best lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Er...yg letak dlm mihun sup tu lain sikit kot..

      Padam
  3. Sebenarnya Perkedil ni memang Dr Indonesia dan belanda di gabungkan...
    Ia Dr ubi dan telur sahaja tp skrg ramai yg olah masuk kan daging atau ayam.Maksud PERKEDIL ialah PERSATUAN KENTANG DAN TELUR diringkaskan jadi la PERKEDIL

    BalasPadam

Catat Ulasan