Halaman

Translate

Jumaat, 28 September 2012

Resort World of Genting - FREEZE 2


Ais Show@Buka minda



Pengenalan
Rentetan kejayaan pertunjukkan ais  sebelum ini , Resorts World Genting telah memutuskan untuk membawa FREEZE 2 kembali. Menampilkan barisan artis akrobat ais bertaraf dunia  yang menakjubkan bersama penari ais melaksanakan geraktari ais yang indah dan graviti manuver yang sukar, FREEZE 2 adalah salah satu daripada acara Genting wajib tonton!

Masa dan tempat:
Setiap malam dari 19 September 2012 dan seterusnya.
Masa: 9.00 PM
Genting Tempat: bilik pameran Antarabangsa

(Sila rujuk kepada URL RWG dibawah untuk perubahan masa dan tarikh):


Harga tiket:
 Bermula pada RM55.00 untuk dewasa dan RM30.00 untuk kanak-kanak
GWC ahli juga akan menerima diskaun khas. Tiket bermula pada RM41.00
Tiket VIP juga disediakan.

Tempahan Hotline: 03-2718 1118



Price ScaleNormal PriceGWC Members'
Special Discount 
a
AdultChildAdultChild
VIPRM115RM60RM86RM45
PS1RM85RM45RM63.50RM33
PS2RM55RM30RM41RM30

(Sila rujuk kepada URL RWG bawah untuk kerusi dan keterangan lanjut tiket):



Pakej tawaran bilik
Bagi tempoh yang terhad bermula 19 September hingga 31 Disember 2012, Resorts World Genting menawarkan pakej bilik yang menakjubkan. Ini termasuk penginapan satu malam untuk dua orang dengan bufet sarapan pagi di teres kopi yang lazat. Pakej menakjubkan ini bermula pada RM290.00 ++.
(Sila rujuk kepada URL RWG di bawah untuk butiran pakej selanjutnya):

Genting Android









Rabu, 26 September 2012

Genting Theme Park - Halloween Horror


advertorial post

HALLOWEEN HORROR SPIRITS 2012

Date & Time
19, 20, 26 & 27 October 2012
8.00pm – 11.00pm

Venue
Genting Outdoor Theme Park 


peluangtercipta blogspot



ZONE 1: HORROR CIRCUS
LOCATION: SPINNER-DOUBLE DECK CAROUSEL

Sarkas yang pernah terkenal di bandar sedang menderita dari sumpahan gila. Naiki Spinner dan Double Deck Carousel yang dibelenggu oleh badut menakutkan dan menyertai karnival ngeri mereka untuk mengetahui rahsia kejatuhan empayar sarkas ini.


ZONE 2: THE BRIDGE OF HELPLESSNESS
LOCATION: MUSICAL FOUNTAIN


Perjalanan kembali ke pramasa China purba dan menyelidiki jauh ke dalam mitos Cina. Menyeberangi Jambatan tak bermaya dimana Meng Po akan menawarkan anda semangkuk Sup Pelupa. Semua kenangan kewujudan anda akan hilang dalam perjalanan yang tiada penghujung ...

ZONE 3: HOSPITAL HALLWAY SPIRITS
LOCATION: OPPOSITE PIRATE TRAIN

Berjalan menyusuri koridor hospital dan alam pertemuani makhluk yang paling menakutkan dalam gelap. Adakah anda merasai angin yang tidak diduga? Kabus sejuk? Atau adakah sesuatu yang hanya berjalan? Jangan pandang belakang mereka mungkin hanya di belakang anda! Berjalan sehingga akhir lorong untuk sampai ke sisi lain kerana tiada berpatah balik sebaik sahaja anda masuk.

ZONE 4: HORROR MOVIE NIGHT
  LOCATION: MERDEKA STAGE

Majlis perjumpaan  watak-watak yang paling terkenal filem seram, and pasti teruja. Berjalan di antara hidup dan mati serta cuba untuk  keluar hidup-hidup! Ia adalah masa untuk menghadapi mimpi ngeri terburuk anda !Wwatak-watak yang akan menghantui dan menjadi igauan anda dalam kehidupan sebenar.


SPIRITS FREE ZONE
        LOCATION: NEAR TEA CUP
Tiada roh dialu-alukan di sini! Ini adalah satu-satunya tempat anda boleh melarikan diri dari semua roh menakutkan.



Ahad, 23 September 2012

Kenderaan Amphibia / Amphibious vehicles


Rasa2nya ramai yang letih lesu baca pasal stress management baru2 ni..

Mai kita rilek2 dulu. Tengok ni geng2 omputih bawa kereta pengangkutan era perang dunia ke-2, mini trak dan kereta klasik. Terdapat 50 orang yang bawa kereta ni . Mereka berasal dari merata Negara. Gambar ni  gambar tahun lepas di Switzerland, tahun ni (2012) mereka buat di Norway pulak. 


















jumpa lagi...


Isnin, 17 September 2012

Kelab Ketawa (Stress Management) @ Buka Minda



TEKNIK ASERTIF DAN KELAB KETAWA

Okay, sebelum kita pergi ke Kelab Ketawa kita pergi ke teknik asertif dulu. Dalam bab sebelum ni aku letak teknik ni dalam tajuk mengurus stress anda. Mungkin ada antara para pembaca yang tahu mungkin juga ada yang tak tahu,
Sifat manusia atau tindakbalas dalam menghadapi seseuatu keadaan boleh dipecahkan kepada tiga kategori iaitu :
Pasif
Asertif
Aggresif

Ok jom lihat contoh :
Situasi :si Amin (bukan nama sebenar he he) datang lewat ke kelas.

Pasif : Amin masuk ke kelas secara curi-curi melalui pintu belakang kelas dan duduk(walhal gurunya telah mengetahui kelewatan beliau).

Aggresif : Amin terus menyerbu masuk dan duduk ketika gurunya mengajar tanpa memberitahu tentang kelewatannya.

Asertif: Amin mengetuk pintu dan apabila masuk memberitahu dan memohon maaf tentang kelewatannya.

Boleh nampakkan perbezaan antara ketiga-tiga sifat ni kan? So sifat asertif ni boleh disimpulkan lebih berhemah (bukan berkhemah) dan digalakkan untuk kita mempraktikkan sehari-hari. So please, be assertive!!


Stress picture
presentation time


Ketawa penghilang stres? (kelab ketawa)

“ Semasa seseorang ketawa, sekurang-kurangnya 3 unsur kimia yang berkaitan dengan stres akan berkurangan dan system pertahanan badan akan diperkuatkan” (Morreal 1991)

Disebabkan ketawa dapat menghilangkan stres, maka the laughing club (kelab ketawa) telah ditubuhkan merata dunia.Secara jujur aku tak tahu apa aktiviti yang mereka buat, mungkin tonton raja lawak ka,atau buat lawak sesama sendiri ka aku tak pasti.kebanyakkan kelab ketawa ini berada dibawah payung Yoga, dan ada juga yang tiada kena mengena dengan Yoga.Semua kelab ini bermotifkan satu matlamat : hilangkan stres untuk kesihatan yang lebih ideal!

Maksud sebenar, kita hendaklah buat sesuatu yang menggembirakan kerana ini dapat mengurangkan stress. Jikalau menonton cerita P.Ramlee Mr Bean atau Stephen Chow boleh buat kita ketawa dan gembira maka tontonlah (Stephen Chow memang lawak giler2 punya). Yang penting suasana stress dapat dikendurkan.
Nota: kalau nak ketawa sorang2 pastikan tiada orang disekeliling


coming soon :Terapi Warna

Ahad, 9 September 2012

Stress Management / Pengurusan Stres (bahagian 2)


Dalam bab intro lalu rasa2nya cukup sebagai pengenalan. Cuma ada yang aku tidak kembangkan menjadi sub-topik macam faktor luaran dan dalaman. Kalau aku kembangkan rasanya makan masa yang agak lama jugakla nak habiskan topik ni. Anggap aje itu satu tugasan korang, kalau malas boleh e-mail direct jer. Tapi aku rasa yang baca ni mesti pandai2kan dan tahu apa benda yang aku taipkan sebelum ni..betui tak? Ok meh sambung belajar..


FORMULA
S = P > R
Stress occurs when the pressure is greater than the resources


Simptom  Anda  Stres

FIZIKAL
♦ rasa letih ♦ tekanan darah tinggi ♦ ketegangan belakang dan leher ♦ kerap buang air kecil ♦ muscle cramp ♦ sukar tidur

EMOSI
♦ rasa takut ♦ marah ♦ geram ♦ sedih ♦ rasa sunyi ♦ gelabah ♦ kurang yakin ♦ gelisah ♦rasa bersalah

KOGNITIF
♦ fikir negative ♦ suka kritik orang ♦ kritik diri ♦ sukar beri tumpuan ♦ hilang daya ingatan

TINGKAH LAKU
♦ menyendiri ♦ ponteng ♦hiperaktif ♦ tidak sabar ♦ agresif ♦ kuat merokok ♦ dingin seks ♦ panas baran ♦ menggelak dari situasi membebankan ♦ prestasi merosot

  
Kesan Stres

MENGURUS STRES ANDA

♦ TEKNIK BERKOMPROMI  ♦ TEKNIK ASERTIF
♦TERAPI WARNA      
♦ TERAPI KETAWA
♦ MENGAMBIL WUDUK
♦SOLAT/SELAWAT/ZIKIR/DOA
♦QIQONG/TAI-CHI/YOGA (SENAMAN)
♦TEKNIK BERFIKIR POSITIF
♦TEKNIK RELAKSASI 
♦TEKNIK BERNAFAS (tidak dapat diterangkan memerlukan sedikit demonstrasi.

Teknik asertif dan terapi ketawa dari bab ini akan aku huraikan sedikit nanti..kalau tak hurai korang tak paham plak, buat penat taip je kan.


Para peserta kursus yang berdedikasi

bersambung lagi...

Selasa, 4 September 2012

Pengurusan Stres / Stress Management @ Buka Minda (Intro)


Sebelum ini aku ada post pasal skizofernia, tak tahu pulak berapa ramai yang baca. Stress Management ni macam Anger Management ke? Lebih kurang jugak la cam citer Skizofernia ngan Anger Management tu cuma subjek ni  merangkumi  semua sekali.Kalau rasa nak bagi duit kat aku sebab ajar subjek ni boleh la e-mail kat aku (gurau tau)

Sedikit peringatan: apa yang dipaparkan ini untuk pengetahuan anda sendiri. Anda dilarang  menggunakan material ini untuk dibuat subjek mengajar atau menawarkan kursus kaunseling.Pakar kauseling perlu berdaftar (kbpa,) nanti x pasal2 kena saman pulak yer..

Bila kita stres, perjalanan gerak tubuh kita boleh terganggu. Banyak punca kesihatan bukan akibat kuman tetapi disebabkan stres (semak dengan doktor2 di kawasan anda). Jum kita mula..

Stress Management/Pengurusan Stres
Definasi Stres:suatu perasaan kurang selesa yang dialami apabila emosi, tingkahlaku dan fikiran diganggu samada sengaja atau tidak sengaja”.
Reaksi mental dan fizikal terhadap segala permasalahan yang dihadapi dalam kehidupan seharian. (Fadzilah Kamsah,2004).
“..stress timbul apabila seseorang individu berpendapat bahawa mereka tidak dapat menghadapi permintaan yang dibuat ke atas mereka ataupun sesuatu yang mengugat “well being” mereka.” (Lazarus (1966).
So macam2 sebenarnya definasi stres ni, tetapi semuanya hampir sama saja, harap korang dapat tangkap maksud apa itu stres.

Element Stres
Eu-stres stres yang boleh memotivasikan diri (stress positif)
De-stres-stres yang oleh mengancam kesihatan (stress negatif)
Contoh: tension sebab kawan dapat masuk universiti, positif- belajar kursus kemahiran atau amik kelas tambahan supaya dapat kemajuan dan berjaya. Negatif- cuba bunuh diri, lari dari rumah atau mengelak pergaulan yang positif. Paham tak?

Punca Stres
Faktor Luaran   – Persekitaran dan Stres tempat kerja
                                Kawan2, Boss, Keluarga
  -       Kelangsungan hidup (survivor  stres)
        ►Affektif, Fizikal, Mental
Faktor Dalaman – Stres Janaan Dalaman
                                Cita-cita, Sasaran, Ego, Kesempurnaan, Rendah diri melampau



Ok cukup setakat ni dahulu..takut ada yang tertidur pulak!   


...bersambung....