Halaman

Translate

Isnin, 17 September 2012

Kelab Ketawa (Stress Management) @ Buka Minda



TEKNIK ASERTIF DAN KELAB KETAWA

Okay, sebelum kita pergi ke Kelab Ketawa kita pergi ke teknik asertif dulu. Dalam bab sebelum ni aku letak teknik ni dalam tajuk mengurus stress anda. Mungkin ada antara para pembaca yang tahu mungkin juga ada yang tak tahu,
Sifat manusia atau tindakbalas dalam menghadapi seseuatu keadaan boleh dipecahkan kepada tiga kategori iaitu :
Pasif
Asertif
Aggresif

Ok jom lihat contoh :
Situasi :si Amin (bukan nama sebenar he he) datang lewat ke kelas.

Pasif : Amin masuk ke kelas secara curi-curi melalui pintu belakang kelas dan duduk(walhal gurunya telah mengetahui kelewatan beliau).

Aggresif : Amin terus menyerbu masuk dan duduk ketika gurunya mengajar tanpa memberitahu tentang kelewatannya.

Asertif: Amin mengetuk pintu dan apabila masuk memberitahu dan memohon maaf tentang kelewatannya.

Boleh nampakkan perbezaan antara ketiga-tiga sifat ni kan? So sifat asertif ni boleh disimpulkan lebih berhemah (bukan berkhemah) dan digalakkan untuk kita mempraktikkan sehari-hari. So please, be assertive!!


Stress picture
presentation time


Ketawa penghilang stres? (kelab ketawa)

“ Semasa seseorang ketawa, sekurang-kurangnya 3 unsur kimia yang berkaitan dengan stres akan berkurangan dan system pertahanan badan akan diperkuatkan” (Morreal 1991)

Disebabkan ketawa dapat menghilangkan stres, maka the laughing club (kelab ketawa) telah ditubuhkan merata dunia.Secara jujur aku tak tahu apa aktiviti yang mereka buat, mungkin tonton raja lawak ka,atau buat lawak sesama sendiri ka aku tak pasti.kebanyakkan kelab ketawa ini berada dibawah payung Yoga, dan ada juga yang tiada kena mengena dengan Yoga.Semua kelab ini bermotifkan satu matlamat : hilangkan stres untuk kesihatan yang lebih ideal!

Maksud sebenar, kita hendaklah buat sesuatu yang menggembirakan kerana ini dapat mengurangkan stress. Jikalau menonton cerita P.Ramlee Mr Bean atau Stephen Chow boleh buat kita ketawa dan gembira maka tontonlah (Stephen Chow memang lawak giler2 punya). Yang penting suasana stress dapat dikendurkan.
Nota: kalau nak ketawa sorang2 pastikan tiada orang disekeliling


coming soon :Terapi Warna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan