Halaman

Translate

Selasa, 4 September 2012

Pengurusan Stres / Stress Management @ Buka Minda (Intro)


Sebelum ini aku ada post pasal skizofernia, tak tahu pulak berapa ramai yang baca. Stress Management ni macam Anger Management ke? Lebih kurang jugak la cam citer Skizofernia ngan Anger Management tu cuma subjek ni  merangkumi  semua sekali.Kalau rasa nak bagi duit kat aku sebab ajar subjek ni boleh la e-mail kat aku (gurau tau)

Sedikit peringatan: apa yang dipaparkan ini untuk pengetahuan anda sendiri. Anda dilarang  menggunakan material ini untuk dibuat subjek mengajar atau menawarkan kursus kaunseling.Pakar kauseling perlu berdaftar (kbpa,) nanti x pasal2 kena saman pulak yer..

Bila kita stres, perjalanan gerak tubuh kita boleh terganggu. Banyak punca kesihatan bukan akibat kuman tetapi disebabkan stres (semak dengan doktor2 di kawasan anda). Jum kita mula..

Stress Management/Pengurusan Stres
Definasi Stres:suatu perasaan kurang selesa yang dialami apabila emosi, tingkahlaku dan fikiran diganggu samada sengaja atau tidak sengaja”.
Reaksi mental dan fizikal terhadap segala permasalahan yang dihadapi dalam kehidupan seharian. (Fadzilah Kamsah,2004).
“..stress timbul apabila seseorang individu berpendapat bahawa mereka tidak dapat menghadapi permintaan yang dibuat ke atas mereka ataupun sesuatu yang mengugat “well being” mereka.” (Lazarus (1966).
So macam2 sebenarnya definasi stres ni, tetapi semuanya hampir sama saja, harap korang dapat tangkap maksud apa itu stres.

Element Stres
Eu-stres stres yang boleh memotivasikan diri (stress positif)
De-stres-stres yang oleh mengancam kesihatan (stress negatif)
Contoh: tension sebab kawan dapat masuk universiti, positif- belajar kursus kemahiran atau amik kelas tambahan supaya dapat kemajuan dan berjaya. Negatif- cuba bunuh diri, lari dari rumah atau mengelak pergaulan yang positif. Paham tak?

Punca Stres
Faktor Luaran   – Persekitaran dan Stres tempat kerja
                                Kawan2, Boss, Keluarga
  -       Kelangsungan hidup (survivor  stres)
        ►Affektif, Fizikal, Mental
Faktor Dalaman – Stres Janaan Dalaman
                                Cita-cita, Sasaran, Ego, Kesempurnaan, Rendah diri melampau



Ok cukup setakat ni dahulu..takut ada yang tertidur pulak!   


...bersambung....

2 ulasan:

  1. hmm tq for ur comment nick..kena baca topik ni sampai habis k..

    BalasPadam