Halaman

Translate

Selasa, 31 Julai 2012

Pantun Ramadhan sampai ke Syawal@buka minda


Kunci jam untuk bangun
Bangun sebab untuk bersahur
Jangan kita lambat bangun
Lambat bangun confirm x sahur

 Lapar dan dahaga sudah tentu
Tengok jam baru pukul Satu
Amboi mak lambatnya waktu
Takut-takut  perut kematu

Cuaca hari ini tidak menentu
Rasa nak lepak kat taman
Lapar dan dahaga sudah tentu
Semua itu dugaan iman

Perut kematu jumpa doktor
Mintak mc dan ubat sapu
Doktor cakap dengan selamber
Bulan puasa x baik menipu!

Pesanan boss jangan alpa
Kerja office dah siapka?
Wahai kawan janganlah lupa
Membeli juadah untuk berbuka

 Pi  bazaar Ramadhan membeli mercun
Bermacam jenis sampai tak tahu
Jangan leka bermain mercun
Putus tiga jari baru hang tau!!

Lagi 8 hari nak raya ni
Sibukla  cari baju raya
Banyak tempahan nak buat ni
Maklumla bisness orang kaya ..   (jual kuih le tuh)

Cik Ani memborong seri muka
Yelah dah lapar giler
Hai abang Din dah lupa ka
Zakat fitrah x bayar lagiler..

Seronok Sungguh balik raya
Jalam jem pun tak rasa
Kalau memandu ingat orang lain ya
Sama2lah kita bertimbang- rasa

Kita berpuasa satu purnama
Selalu berbuka kat kedai Nyonya
Satu Syawal  bakal menjelma
Marilah kita merayakannya


 Satu Syawal mejeLang tiBa
Takbir beRgema mEngegar jiWa
SekiraNya ada saLah dan Dosa
pantun ramadhan
ampuN DipinTa Di Hari MuliA….Salam Aidilfitrri…..

Rabu, 18 Julai 2012

Kurma



Masa aku kecik2 dulu aku memang tak berapa suka dengan kurma, sebab aku rasa kurma ni rasanya manis sangat dan agak pelik rasanya. Bila dah dewasa ni barulah dapat terima atau hadam orang kata. Kisah kurma ni memang aku rasa sesuai dengan suasana bulan ramadhan ni. Jum baca :

Phonex Dactylifera adalah nama saintifik bagi kurma. Kalau Arab kita panggil TAMAR. Pokok kurma ni duduk dalam kategori tumbuhan Palma. Ada yang kata ada berpuluh-puluh jenis kurma, sebenarnya silap; ada beratus-ratus jenis kurma sebenarnya. Kalau kat Arab kurma ni kira antara makanan utama mereka la.
Kurma memang banyak khasiat/faedah. Antaranya ialah:


 Mencegah penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung
-      kajian dari pakar perubatan,kurma mengandungi kalsium,potassium, dan zat besi dapat membantu menyihatkan sel darah merah.

 Merangsang kesihatan wanita dan memudahkan kehamilan

 Kecerdasan minda dan kecergasan
-      Membentuk minda kanak-kanak buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.
-      Memberi tenaga segera

 Keperibadian
-      Membentuk sifat bersopan satun, penyabar dan akal yang cerdas.

 Keberkatan
-      Rasulullah S.A.W pernah berkata “rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”

Cara lain kurma dimakan :
·      Buah kurma dimakan sebagai keseluruhan atau dicincang ke dalam pencuci mulut, salad, dan jeruk buah-buahan. Kurma yang dicincang boleh ditabur pada pinggan mangkuk seperti leanne, beras, atau kari sayur-sayuran. Ia adalah iringan yang sangat disukai keju.
kurma hijau
 •puri kurma digunakan dalam kek, puding,  oatmeal-kismis, biskut dan confectionaries lain.
• Benih digunakan sebagai stockfeed (makanan tambahan) berkhasiat
.• Minyak buah kurma digunakan dalam sabun dan kosmetik.
•  benih kurma dan kurma kering yang dikisar digunakan sebagai bahan tambah (additive) untuk kopi.
• Sap dari pokok kurma digunakan untuk membuat sirap palma yang diproses menjadi pelbagai produk makanan dan ada juga minuman
• daun muda dari pokok kurma dimasak sebagai sayur-sayuran.
 biji benih halus Buah Kurma yang dikisar dicampurkan dengan tepung untuk membuat roti.
• tunas Bunga digunakan dalam salad atau digaul dengan ikan kering untuk dimakan sebagai pencicah (betui ke ayat aku ni?)  popular untuk roti.
• Di rantau Timur Tengah, Buah Kurma digunakan untuk membuat Jallab, sejenis air  sirap popular. 

 Dari sudut kualiti : kita selalu beranggapan yang kurma yang bersaiz besar adalah tinggi kualitinya. Pendapat ini silap mengikut pendapat peladang kurma dari negara pengeluar, kualiti buah adalah mengikut cuaca dan tempat ditanam. Kurma digred dengan A, AA dan AAA. Ada kurma bila ditarik, liat dan berselirat dan ada yang tidak. So sebagai pengguna kita mudah ditipu kerana kita tiada pengetahuan khusus pasal kurma ni (termasukla aku). So kepada para peniaga kurma, jujurlah dalam berurusniaga.
kurma merah


Buah kurma memang manis, namun ia tidak menyebabkan paras gula dalam darah naik, tetapi perlu berhati-hati dengan dengan kurma yang diubahsuai secara genetik dari Amerika Syarikat dan Afrika Selatan kerana ia boleh menyebab paras gula dalam darah menngkat. Dilarang membeli kurma Israel.



Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.” Riwayat Bukhari.

jenis2 kurma


   Dibawah ni link tentang kebaikan kurma dan khasiat, resepi berasaskan kurma dan macam2 pasal kurma kalau nak tau lebih lanjut.







  
Selamat berpuasa dibulan Ramadhan..wassallam
















Rabu, 11 Julai 2012

Daun Pisang Asli versus Daun Pisang Tiruan


Kali ini aku agak lewat sedikit untuk post entry terbaru.; disebabkan masalah kesihatan. Aku jugak sibuk menyediakan untuk korang kursus pasal pengurusan stres. Nanti dah siap aku post la..(lambat lagi rasanya). Ok kat bawah ni kisah daun pisang bukan kampung pisang tau. Sumber aku amik dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang, link ader letak kat bawah sekali.Selamat membaca..



Gambar : ihsan CAP




Menggunakan kertas daun pisang menimbulkan beberapa bahaya kesihatan kepada pengguna, contohnya apabila makanan panas diletakkan pada plastik  lapisan plastik boleh melarut dan meresap ke dalam makanan. Kertas hijau tidak mempunyai licin dan konsisten, ia boleh dibuat daripada  pulpa kitar semula dari surat khabar lama. Selain menjadi hijau dicelup, kertas mungkin mengandungi dakwat dari akhbar yang dikitar semula.

Makanan dikatakan lebih sedap apabila disampaikan kepada daun pisang kerana tidak ada tindak balas kimia, makanan menyimpan nilai utuh di samping mengekalkan rasa daun. Apabila makanan panas dihidangkan di atas daun pisang sebenar, aroma yang bagus yang dilepaskan. Ini adalah kerana daun pisang mengandungi sejumlah besar polifenol yang serupa dengan teh hijau

Daun pisang adalah herba. Ia dapat melegakan sistem penghadaman seperti lendir di dalam daun menyejukkan membran mukus terbakar dan menyembuhkan ulser. Herba ini mempunyai ciri-ciri diuretik dan apabila diasimilasi dengan barangan makanan ia berfungsi positif pada buah pinggang. Permukaan atas daun pisang mempunyai beberapa ciri-ciri antibakteria yang boleh membunuh bakteria dalam makanan dan boleh mencegah penyakit.

Makan daun pisang dianggap bertuah selain mendapat manfaat daripada ciri-ciri perubatan daun pisang yang bersifat semula jadi dan bebas daripada bahan kimia, ia boleh guna dan diurai secara semulajadi dan tidakmenyebabkan pencemaran seperti plastik yang tidak diuraikan secara semula jadi.

Memandangkan manfaat kesihatan dan alam sekitar makan daun pisang, pengguna yang makan di restoran yang menghidangkan "makan daun pisang" tidak perlu ragu-ragu. Mereka mesti menegaskan  keistimewaan makanan yang dihidang mengguna daun pisang sebenar.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna DalamNegeri dan Koperasi perlu mengambil tindakan terhadap restoran yang menyedia khidmat makan daun pisang  kertas di bawah Akta Perihal Dagangan. (Ini adalah saranan dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang, aku tak kata apa pun). - CAP