Halaman

Translate

Rabu, 18 Julai 2012

Kurma



Masa aku kecik2 dulu aku memang tak berapa suka dengan kurma, sebab aku rasa kurma ni rasanya manis sangat dan agak pelik rasanya. Bila dah dewasa ni barulah dapat terima atau hadam orang kata. Kisah kurma ni memang aku rasa sesuai dengan suasana bulan ramadhan ni. Jum baca :

Phonex Dactylifera adalah nama saintifik bagi kurma. Kalau Arab kita panggil TAMAR. Pokok kurma ni duduk dalam kategori tumbuhan Palma. Ada yang kata ada berpuluh-puluh jenis kurma, sebenarnya silap; ada beratus-ratus jenis kurma sebenarnya. Kalau kat Arab kurma ni kira antara makanan utama mereka la.
Kurma memang banyak khasiat/faedah. Antaranya ialah:


 Mencegah penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung
-      kajian dari pakar perubatan,kurma mengandungi kalsium,potassium, dan zat besi dapat membantu menyihatkan sel darah merah.

 Merangsang kesihatan wanita dan memudahkan kehamilan

 Kecerdasan minda dan kecergasan
-      Membentuk minda kanak-kanak buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.
-      Memberi tenaga segera

 Keperibadian
-      Membentuk sifat bersopan satun, penyabar dan akal yang cerdas.

 Keberkatan
-      Rasulullah S.A.W pernah berkata “rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”

Cara lain kurma dimakan :
·      Buah kurma dimakan sebagai keseluruhan atau dicincang ke dalam pencuci mulut, salad, dan jeruk buah-buahan. Kurma yang dicincang boleh ditabur pada pinggan mangkuk seperti leanne, beras, atau kari sayur-sayuran. Ia adalah iringan yang sangat disukai keju.
kurma hijau
 •puri kurma digunakan dalam kek, puding,  oatmeal-kismis, biskut dan confectionaries lain.
• Benih digunakan sebagai stockfeed (makanan tambahan) berkhasiat
.• Minyak buah kurma digunakan dalam sabun dan kosmetik.
•  benih kurma dan kurma kering yang dikisar digunakan sebagai bahan tambah (additive) untuk kopi.
• Sap dari pokok kurma digunakan untuk membuat sirap palma yang diproses menjadi pelbagai produk makanan dan ada juga minuman
• daun muda dari pokok kurma dimasak sebagai sayur-sayuran.
 biji benih halus Buah Kurma yang dikisar dicampurkan dengan tepung untuk membuat roti.
• tunas Bunga digunakan dalam salad atau digaul dengan ikan kering untuk dimakan sebagai pencicah (betui ke ayat aku ni?)  popular untuk roti.
• Di rantau Timur Tengah, Buah Kurma digunakan untuk membuat Jallab, sejenis air  sirap popular. 

 Dari sudut kualiti : kita selalu beranggapan yang kurma yang bersaiz besar adalah tinggi kualitinya. Pendapat ini silap mengikut pendapat peladang kurma dari negara pengeluar, kualiti buah adalah mengikut cuaca dan tempat ditanam. Kurma digred dengan A, AA dan AAA. Ada kurma bila ditarik, liat dan berselirat dan ada yang tidak. So sebagai pengguna kita mudah ditipu kerana kita tiada pengetahuan khusus pasal kurma ni (termasukla aku). So kepada para peniaga kurma, jujurlah dalam berurusniaga.
kurma merah


Buah kurma memang manis, namun ia tidak menyebabkan paras gula dalam darah naik, tetapi perlu berhati-hati dengan dengan kurma yang diubahsuai secara genetik dari Amerika Syarikat dan Afrika Selatan kerana ia boleh menyebab paras gula dalam darah menngkat. Dilarang membeli kurma Israel.



Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.” Riwayat Bukhari.

jenis2 kurma


   Dibawah ni link tentang kebaikan kurma dan khasiat, resepi berasaskan kurma dan macam2 pasal kurma kalau nak tau lebih lanjut.







  
Selamat berpuasa dibulan Ramadhan..wassallam
















4 ulasan: