Halaman

Translate

Jumaat, 30 November 2012

Palestine diiktiraf sebuah negara!!

Senarai negara2 yang mengundi

Y = Yes,  N = No, A = Abstain

Senarai Negara yang menyokong, atas pagar,dan berkecuali terhadap penubuhan negara Palestine. Ada 9 negara yang menolak..Soalan kuiz..apakah nama negara tersebut..?


Palestinians Win Statehood Status at U.N. Over U.S. Objections


By ALEXANDER MARQUART and DANA HUGHES (@dana_hughes)
Nov. 29, 2012
The U.N. General Assembly voted today to approve Palestinians' request to be upgraded to a "non-member observer state," defying opposition by the U.S. and Israel.

Before the vote, Palestinian President Mahmoud Abbas told the General Assembly that it "is being asked today to issue the birth certificate of Palestine."

Of the 193 countries in the General Assembly 138 voted to recognize Palestine, nine voted against and 41 abstained.

The historic vote recognizes Palestine as a state and gives Palestine the right to join U.N. agencies. It opens the door for Palestine to become a party to the International Criminal Court, allowing them to bring cases against Israel.

Israel and the U.S. argued that the vote is purely symbolic, would change nothing on the ground, would hurt peace talks and could affect U.S. funding.-AFP


Yes ..Palestine now is a country ...Amin.

Isnin, 12 November 2012

Mentaliti Sampah X#$@*^^!!



SENTUL – Tindakan sesetengah penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang gemar membuang objek dari tingkat atas membawa musibah kepada penduduk sebuah flat berhampiran apabila saban hari banyak kenderaan dilaporkan terjejas akibat insiden tidak bertanggungjawab itu. …. “
 (sinar harian)


batu + sampah
(gambar dari Sinar Harian)


Inilah yang dikatakan mentaliti sampah; sejenis penyakit yang susah dikenal pasti kenapa ia berada dalam otak sesetengah masyarakat.

Tajuk entri ini aku pinjam dari blog sahabat Abd Rahman (Krupkraps) sebagai pengisian blog aku kali ini. Yelah BUKA MINDA sikit. Kalau ada para pembaca yang pernah buat benda2 kurang sivik ni jangan buat lagi ye (lembut ye aku cakap ni). Dalam blog sahabat yang sorang lagi, Kirra (Blog mama qis), beliau juga ada meluahkan perasaan bengang apabila keretanya dicalar-balar, diguris-guris sehingga melukakan hatinya yang penyayang. So dari kedua-dua rakan blogger ni aku terbitkan satu entri kali ini.

Aku sendiri juga mengalami peristiwa dicalar kereta ni. Entah busuk perut atau penyakit otak aku pun kurang pasti. Mungkin dengki tengok kereta aku yang cantik tu (memang benar statement nih). Research peribadi aku menemukan beberapa sebab dan faktor kenapa ini terjadi Nak tahu tak?
Ok meh kita share:


1 – Senang dan mudah
- Sampah dalam rumah dah penuh, “Aminnudin ko buang jer keluar…”
- Iskh kereta sape ni poyo nye cantik – “Azizah ko gores dan menang jer kat keta tu”

2 – Dendam
-  Ko kacau balak aku? Nanti dalam toilet ko tahu ler betapa glamournye ko (conteng)
- Hari tu cikgu tangkap saya yer – siapla duit beli cermin tingkap kereta tuh..ha ha

3 – Kebodohan
– Kalau aku buat lukisan mural kat rumah Pak Tajul tu okay tak?
-    Aku tension nih jum kawan2 kita main tendang2 sampah

4         Pandai yang melampau
– Meja kelas kita ni kalau dari 4 kaki jadi 2 lagi cun kan?
 -   Pokok bunga kat rumah makcik Norsiah tu kalau aku petik2 dan bagi kat awek2 aku mesti diaorang suka kan Jamizan?

Lagi satu faktor aku rasa kurang pendidikan dan pemahaman nilai2 murni  yang jadi punca  yelah kalau pandai xderla buat keja2 bodoh macam ni. Ada tong sampah disediakan pon dok buang merata-rata..Lain2 faktor : rakan2, bosan, amarah melampau, stress yang kronik, ibu-bapa, usia muda dan lain2 lagi.

Aku sempat buat temuramah sebagai insan yang perihatin dengan  mangsa2 vandalism ni. Ni dialog sessi temuramah(rumusan jer)  dengan mangsa2 ini

Komen2 mangsa :

Mangsa 1 - “B@#* punya budak,  aku dapat siap la ko”
Mangsa 2 - “Bahalol !! bangang x sekolah punya orang!”
Mangsa 3 - “H#&@m  J!*^h akai xdak ka?
Mangsa 4 – Ba$#a ingat aku beli kereta pakai air liur ke ha??
Mangsa 5 – Mangkuk hayun! S*#l dipetik petik bunga aku pasaii apa!!
Mangsa 6 – Please NO COMMENT!! Sh*t
-cukup kot yelah kang penuh ngn ayat mencarut pulak, lagipun mangsa2 ni dok tengah genggam penumbuk dan muka lak  warna merah nyala cam wayang cina : takut pulak aku..he he 

Pada pandangan anda hukuman apa yang patut dikenakan kepada mereka ini?  -

Kredit untuk kengkawan:

Serius topik +lawak sikit = harap2 dapat intipati dari topik ini-Wassallam-

Sabtu, 3 November 2012

Bunga Kertas



Anda suka bunga? Topik aku kali ini simple jer (simple pun berjela jugakla) berkenaaan
 bunga kertas.Bunga ni kalau ditanam jenis biar je kurang menarik sikit tetapi kalau dikacuk dan dibongsaikan nampak cantik sangat.

Fakta Bougainville (Bunga Kertas)

·  Tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genus dan 250 spesies.

·  Berasal dari Amerika Selatan terutama Argentina, Brazil, dan Peru.

·  Terdapat 3 spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. spectabilis, B. glabra,  dan B. Mrs. Butt. 

·  Mula dikenali dunia selepas ditemui Komander Laut Perancis pada 1768. Malah, ia dinamakan bougainvillea, sempena nama komander itu Louis Antoine de Bougainville.


Bonsai (sumber: artofbonsai.org)




·  Tanaman hiasan popular di Indonesia, Ethiopia, Filipina, Thailand, Pakistan, India, Sri Lanka, China, Taiwan, Vietnam, Australia, Greece, Sepanyol, Turki, Cyprus, Singapura, dan kawasan Mediterranean dan Kepulauan Caribbean, Afrika Selatan, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan bahagian selatan Amerika Syarikat dan Hawaii. 

·  Banyak kacukan dilakukan daripada tiga spesies asal ini (Malaysia) untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.


·  Mempunyai bunga berwarna-warni, mekar sepanjang tahun menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Sering ditanam di taman, kawasan perumahan dan kawasan hiasan laman. 

·  Sesuai sebagai tanaman pagaran, malah dijadikan bonsai dan tanaman dalam pasu dan bakul gantung selain sering dipilih menghias pergola dan trellis 


·  Menjadi bunga rasmi beberapa negara dan kota seperti Guam; bandar Lienchiang dan Pingtung di Taiwan; Bandaraya Ipoh; bandar Tagbilaran, Filipina; pekan Camarillo, Laguna Niguel, dan San Clemente, di California dan bandar Shenzhen, Huizhou, Zhuhai, dan Jiangmen di Guangdong, China dan kota Naha, Okinawa, Jepun.

(sumber dari akhbar tempatan dan pembacaan, maaf! aku lupa akhbar mana)

Akan datang : Topik bunga lagi – tajuk??