Halaman

Translate

Sabtu, 26 Disember 2015

Penutup 2015 ..Jumpa lagi tahun depan

Penutup 2015 –Buka Minda

Dengan terbitnya entri ini maka tamatlah catatan aku sebagai blogger untuk tahun ini. Berbanding tahun-tahun sebelumnya, tahun ini mencatatkan entri yang paling sedikit.

Adakah ini bermakna karier aku sebagai penulis blogger akan berakhir? Sebenarnya tidak, aku tetap akan menulis seperti biasa, ini janji aku. Cuma kekerapan aku nak post setiap bulan tu mungkin aku sendiri tak dapat nak jangka. Kesibukkan dengan macam-macam benda buat aku adalah satu cabaran kepada aku pula nak cari idea untuk blog ini.

Sedikit imbasan, awal tahun aku mengidamkan sebuah rumah dan sedikit tanah untuk bercucuk tanam. Alhamdulillah semuanya jadi kenyataan, syukur ke hadrat Ilahi kerana memperkenan hajat dihati. Tahun depan aku sendiri belum tetapkan apa-apa sasaran lagi. Ada rasa nak tulis novel tetapi entahla aku sendiri kurang yakin aku boleh jadi tukang cerita yang baik.Biarlah dulu, tunggu dan lihat je lah.

Buat para blogger yang rajin jenguk aku, jutaan terima kasih diucapkan. Tanpa kata-kata semangat kat komen he he mungkin semangat aku berblogging akan hilang he he. Buat pengunjung yang rajin menjenguk atau secara tak sengaja masuk ke sini, terima kasih juga, anda adalah nyawa kepada blog ini.Rajin-rajinlah jengok tau.  


Tahun 2016 menyaksikan banyak benda yang naik, seperti tambang ERL, tol dan sebagainya. Adakah anda semua bersedia dengan kenaikkan sebegini ? Jawab dalam hati dah la..




gaban z,police,space cop

Jumpa lagi tahun depan dan selamat bercuti…adios…

Khamis, 10 Disember 2015

Pemandu Bas dan Ragamnya

Pemandu Bas

Bas ekpress,bus,express



Banyak kemalangan pada tahun ini melibatkan bas dan kenderaan lain seperti kereta, motorsikal dan sebagainya. Kebiasaanya kemalangan ini memang ngeri kalau melibatkan bas. Jadi artikel ini memang ditujukan kepada pemandu bas diluar sana supaya memberi tumpuan dan pandulah bas secara berhemah supaya tidak menjadi punca kemalangan.

Faktor-faktor kemalangan melibatkan bas

-          Mengantuk
-          Memandu secara merbahaya
-          Lalai/leka
-          Penyelengaraan tidak dilakukan secara betul
-          Mabuk, dadah
-          Tergesa-gesa ingin sampai ke destinasi
-          Letih
-          Melanggar arahan lalulintas
-          Dan lain-lain

Jenis-jenis bas diMalaysia

1.      Bas Express
2.      Bas Persiaran
3.      Bas kilang
4.      Bas sekolah/Sewa
5.      Bas persendirian (contoh Bas JDT,Bas Uitm, dan sebagainya)
Kesalahan pemandu bas melibatkan kategori

Bas Express
Memandu agak laju, apabila memotong terutama ketika mendaki bukit tidak memperduli jarak kenderaan lain dibelakang. Menghimpit dengan dekat kenderaan lain. Pening juga bila dihimpit dekat-dekat ni, yelah kang ada kucing tengah jalan terpaksa brek sedikit buta je kena sapu dengan bas ini. Boleh menimbulkan panik kepada pemandu kenderaan yang dihimpit bas express ini.

Bas Persiaran
Pemandu bas persiaran boleh dikatakan pemandu bas yang agak  baik dalam semua kategori pemandu bas. Kesalahan yang dikenal pasti hanyalah parking menunggu ditempat yang kurang sesuai dan adakalanya boeh jadi sebab gangguan lalulintas.

Bas Kilang
Hmm..bawa laju dan asap hitam tebal dari ekzos adalah pemandangan biasa bila berhadapan dengan bas kilang. Mungkin tokey bas kilang tiada masa atau malas mengeluarkan duit nak selenggara bas-bas mereka ini. Kalau naik motorsikal memang makan asapla kalau duduk dibelakang bas kilang ini. Kalau lambat atau jem mulalah nak himpit-himpit kenderaan lain.

Bas Sekolah
Adakalanya padat dengan budak sekolah didalamnya. Berhenti tanpa memberi isyarat dan adakalanya cepat-cepat nak jalan. Banyak terjadi murid sekolah terjatuh akibat sikap pemandu bas sekolah yang tergesa-gesa ini. Hati- hati dan lihatlah dulu sebelum bergerak, ingatlah anda memegang amanah ibu-bapa untuk menghantar dan mengambil anak mereka.
bas,sekolah,bas sekolah menengah,bas malaysia

Bas Sekolah

Bas Persendirian
Jarang-jarang dilihat dan jarang-jarang terlibat dengan masalah kecuali dibaling batu oleh fanatik sukan bolasepak he he (Bas pasukan bola sebagai contoh).

Ada yang berpendapat cuma segelintir je yang buat hal rosak nila setitik. Ada juga yang kata hampir semua, yang ok beberapa kerat je. Kalau ikut kajian aku sebenarnya sama banyak je.Kita tak nak bila dah jadi kemalangan barulah nak rasa menyesal dengan perbuatan sendiri. Nasi dah jadi bubur. Hargailah setiap nyawa, pandulah dengan cermat.
Apa yang dipaparkan ini hanyalah sekadar peringatan, semoga semua pemandu bas yang membaca artikel ini dapat menerima teguran yang diberi.

Jumpa lagi..

-Contest Review Lynk.my 2015 akan berakhir tidak berapa lama lagi sudi-sudikan lah undi
 Klik : Undi – undian anda amat dialukan

Rabu, 2 Disember 2015

Batman Vs Superman (Dawn of Justice) - Siapa pemenang?


BATMAN VS SUPERMAN : Dawn of Justice


Batman,vs,superman,superhero,filem dc terbaru,dc



Pertempuran yang ditunggu-tunggu peminat adiwira diseluruh dunia. Lelaki Kelawar melawan Lelaki Hebat he he siapa pemenangnya?
Ini semua akan terjawab nanti apabila pertempuran bermula pada bulan March,2016 (US).

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa pertempuran kedua-dua adiwira ini terjadi? Semuanya bermula akibat salah faham akibat diapi-apikan oleh sang batu api. Bagi anda yang memang meminati kedua-dua watak ini pasti akan tertanya-tanya bolehkah Batman melawan kekuatan fizikal Superman?
Jawapannya memang boleh sebenarnya. Batman jika diberi masa merancang strategi, beliau memang boleh menentang sesiapa sahaja. Kebijaksanaan Batman adalah kelebihan beliau yang sangat menakjubkan. Pada pandangan Superman, Batman hanyalah pembunuh(vigilante) yang menegakkan keadilannya sendiri dan wajar dihalang. Disisi lain, Batman berpendapat kedatangan lelaki hebat ini hanya akan menyebabkan ancaman kepada bumi. Mustahil sang alien ini baik; mungkin juga beliau ingin menguasai bumi dengan kekuatannya. Dari sinilah beliau merasakan adalah wajar Superman dihapuskan dari muka bumi supaya tiada lagi ancaman yang super bahaya. Pertempuran antara Superman dan General Zod dari Krypton (rujuk filem Man of Steel) sebelum ini telah mengakibatkan kerosakkan yang ketara. Peristiwa ini telah membangkitkan kemarahan Batman yang amat sangat..maka pertempuran pun bermula…


batman,superman,dc,komik,comic,superheroes
Mata bertentang mata


Apa yang dapat anda saksikan nanti dalam filem ini ialah kemunculan beberapa watak yang tidak asing dalam dunia komik iaitu Wonder Woman, Aquaman, Cyborg, Lex Luthor,The Flash dan mungkin ada lagi yang tidak didedahkan kepada umum. Diharapkan cerita ini tidak menjadi terlalu padat dengan kemunculan watak-watak ini sebagaimana garapan Marvel: Avengers Age of Ultron. Banyak sangat watak yang diperkenalkan hingga mengganggu tumpuan dan perjalanan cerita itu sendiri. (Tujuannya untuk memperkenalkan barisan Team Iron Man dan Team Captain America nanti dalam filem Avengers seterusnya dimana pertempuran kedua-dua team dijangka berlaku)

Mungkin ini adalah strategi DC untuk memperkenalkan watak-watak ini untuk keluaran filem mereka seterusnya. Justice League 1, Justice League 2, Wonder Woman, Aquaman adalah antara filem yang akan menemui penonton nanti.
Apapun kita tunggu pertemuan sulung antara Batman dan Superman ini yang mana akan menjadi asas tertubuhnya Justice League nanti..

Let’s the fight begin!!

Batman vs Superman : Dawn of Justice
Pengarah : Zack Snyder
Penerbit : Charles Roven, Deborah Snyder
Penulis skrip : Chris Terrio, David S. Goyer
Adaptasi  : DC Comics
Pelakon : Ben Affleck,Amy Adams,Henry Cavill,Jesse Eisenberg,Diane Lane,Laurence Fishburne,Jeremy Irons,Holly Hunter,Gal Gadot.
Edaran : Warner Bros. Picures



justice,league,justice_league,aquaman,wonderwoman,flash,green lantern,cyborg,batman,superman
Justice League

-          Mungkin ada fakta yang tidak tepat..harap dimaafkan kerana data yang dikumpul adalah samar-samar sahaja.



-          First time buat entri fasal filem –saja suka suka..