Melancong ke Sarawak ! (Bahagian Akhir)



Pasar petang di kuching
Lorong ditengah pekan dekat waterfront


Jalan jalan di Sarawak part 3

Okla aku harap aku dapat habiskan kisah (aku) jalan jalan di Sarawak. Imbasan sebelum ini

Pasar Serikin, Taman Budaya, Taman Buaya Jong, Muzium Textile dan Fort Magherita.

Sila refer Part 1 dan Part 2.

Klik sini Part 1

Klik sini Part 2

Kali ini kita singgah tengok Orang Utan di Semenggoh Wildlife Centre 
Nak tengok dia kena jalan sikit masuk hutan. So kena pakai kasut!. Tak rugi pun pakai kasut sebab balik dari situ korang boleh singgah mana mana gua berhampiran. Waktu makan ialah dalam pukul 9 pagi so kena datang awal la. Waktu makan tu bukan waktu korang makan tetapi adalah waktu Orang Utan makan.


Semenggoh wildlife centre,pusat penjagaan orang utan


Semenggoh,Sarawak,


steven seagal at sarawak

Disekitar bandaraya Kuching korang boleh juga memenuhi percutian korang dengan singgah macam - macam muzium yang ada. 
Terdapat banyak muzium dalam bandaraya kuching. Muzium tersebut adalah :

boleh rujuk part 2.. sebenarnya memang banyak sangat muzium. Pilih je ..nak pergi yang mana satu

kat mana nak beli pasu sarawak
pasu sarawak memang terkenal



taman okid kuching
gambar diambil di Taman Okid ,Kuching


Sarawak Waterfront 
Projek Sarawak Waterfront ini ternyata memberi impak kepada bandaraya Kuching. Korang boleh jalan menikmati permandangan yang menarik disini. Kedai kedai cenderamata juga berdekatan sahaja. Boleh la dapatkan cenderamata ka cenderahati untuk dibawa pulang. (macam sama je kan cenderamata dan cenderahati tu.. He he).

Diseberang sungai terdapat Kampung Boyan. Ada masa singgah la disitu. Terdapat gerai makan yang sempoi sempoi disitu. 


sayang sarawak,sayang sarawak sungainya sempit
jambatan jalan kaki ke kampung Boyan 

dun sarawak


masjid di kuching


kuih perahu,perahu,kuih bidayuh
kuih perahu makan di kampung boyan


Pasar Satok 
Pasar basah hasil laut. Boleh la nak cari ikan terubok masin, udang ka apa apa yang berkenan disini. Kalau naik flight petang boleh la singgah beli.


Pasar,Satok,Sarawak,ikan terubok masin nak beli dekat mana
wajah pasar Satok


Kat mana nak beli kek lapis?
Beli la kat mana mana pun. Aku tak da la nak rekemen mana mana kedai pun sebab tak adil la kan. Mungkin ada kedai yang aku tak singgah tu lagi sempoi dari tempat aku beli, mana nak tahu kan? 

Beras Bareo,Bario,Padi Bukit Sarawak,Padi Bario
Padi bukit dari daerah Bareo


Kisah jalan jalan di Sarawak ini aku tamat kan disini sahaja sebab aku penat dah tulis secara bersiri ni. Oklah sehingga berjumpa lagi.. Tata




kuching malaysia from flight,Mas,air asia sarawak
Bye2 Sarawak !!

Ulasan