Jalan-jalan di Sarawak (Bahagian Dua)

Jalan-jalan di Sarawak (part 2)

Ok sambung cerita jalan jalan di Sarawak. Aku akan cerita beberapa tempat yang boleh kalian kunjungi kali ini.

Pasar Serikin (bukan Sarikei)
Bagi aku elok juga kalau dapat singgah sini. Lebih elok datang diawal pagi kalau lewat agak panas disini. Banyak barang barang dapat di lihat juga dibeli disini.
Ada yang kata tak payah mai pun tak pa kat sini. Sebenarnya aku hairan juga ada yang cakap macam ni. Bagi aku berbaloi singgah sini walaupun korang tak beli apa pun. Sebab melihat tempat orang tu la tujuan utama kita datang. Pasar Serikin ini agak panjang.. aku cuba jugak jenguk ada tak blogger lain bagitau berapa panjang.. tapi tak da la pulak.. So aku estimate sendiri je la lebih kurang 1.3 kilometer panjangnya aku rasa. So pergi ke hujung dan patah balik kira kira 2.6 kilometer la. Panjang kan?



bag anyaman serikin,bag anyam
bakul anyaman


ole oledari serikin,cenderhati serikin
hasil kraftangan


baju, tshirt,batik,batik jawa
pakaian

sila layan video dibawah



Banyak peniaga dari Indonesia disini disebabkan Serikin ini bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia. Cuaca kalau menjelang tengahari memang panas sediakan payung atau topi jika berkunjung ke sini. Dekatnya dengan garisan khatulistiwa maknanya matahari betul betul terpacak tepat atas kepala!

Taman Buaya Jong
Kalau tak tahu nak pusing mana bila lepak dikuching elok juga singgah disini. Pastikan datang ketika waktu makan untuk buaya. Kurang kurang boleh juga tengok show buaya ni. Best juga kat sini selain buaya boleh tengok burung merak, kura kura, ikan arapaima saiz gergasi dan macam macam lagi. Apa pun layan gambar kat bawah tu.


buaya,makan,tengahari,makan ayam

aksi buaya makan


buaya lompat makan ayam


buaya sarawak,buaya,sarawak malaysia



Fort Megherita
Dah jalan jauh jauh try la masuk sini pulak. Mengimbas sejarah James Brooke. Raja orang putih di Sarawak. Bayaran masuk rm10. Bila pergi tempat orang elok juga lawat tempat bersejarah ni. Kalau tak minat cuba minat kan diri ye.


fort,megherita,kota james brooke,rumah james brooke



harga tiket,fort megherita

james brooke raja sarawak,sayang sarawak



Muzium textile
Terletak dibandar khucing berdekatan Sarawak Waterfront. Kalau tengah jalan kaki, kalau nampak masuk la jap. Muzium ni kecil ja, percuma pulak tu. Disini korang boleh tengok busana kaum kaum di Sarawak. Struktur bangunan muzium ini sendiri menarik juga sebenarnya.

Muzium Kuching
Muzium kuching ini bukanlah cerita pasal bandaraya Kuching tetapi cerita dia ialah pasal haiwan kucing yang menjadi simbol bandaraya Kuching. Ada banyak gambar gambar, arca dan macam macam lagi yang melibatkan kucing.


muzium kucing,muzium kuching,sarawak malaysia


kucing oren hidup tak lama,oren


muzium kuching,harga masuk muzium kuching



Potret kucing cantik,kuching Sarawak,Kuching,Buka Minda

Muzium Alam Semula jadi
Muzium ini kategori kecil sahaja bersebelahan dengan muzium Sarawak. Kalau tak da benda nak buat kat Kuching boleh la penuh kan aktiviti disini.

Oklah aku berhenti disini rasanya sambung part 3 mungkin aku akan bagi sedikit tip untuk part 3 nanti

Jumpa lagi..

Ulasan