Jalan jalan di Sarawak!(Part 1)
Assalamualaikum pembaca budiman.. Apa khabar semua.. Harap semua sihat sihat belaka la yer.
Apabila aku menjejak kaki di bumi Sarawak maka complete la sudah jalan jalan makan angin keluar asap aku di negeri - negeri Malaysia ini. Akhirnya aku sampai jua. Mungkin aku akan tulis panjang sikit dan aku akan pisahkan jadi part 1 part 2 dan mungkin tambah lagi beberapa part sebab aku rasa macam nak tulis panjang lebar sikit. Ikut mood aku lah nanti.. Korang tengok la nanti ye.
OK done bebel..
Sarawak adalah bumi yang penuh dengan kehijauan.. Seronok juga mata aku melihat. Dua benda yang kamu mesti cuba makan ialah laksa Sarawak dan Mee Kolok. Sepanjang aku di Sarawak ini boleh dikatakan hari hari aku makan mee kolok manakala laksa Sarawak cuma dua kali. Cuba jangan tak cuba ye.
Mee Kolok
Perkara yang wajib beli bawak balik ialah Ikan terubok dan kek lapis Sarawak. Dua ni wajib beli bawak balik.
Ikan Terubok
Tempat yang WAJIB pergi di Sarawak pula ialah Taman Budaya, Damai, Sarawak. Disini korang boleh menghayati budaya kaum kaum yang terdapat di Sarawak. Harga tiket ialah rm50. Bunyi macam mahal tetapi pengalaman itu berbaloi. Sebab tu iaku letak harga tiket siap siap supaya korang standby duit cukup cukup. Oklah korang tengok la serba sedikit gambar dan video kat bawah ini..
Pasport melawat setiap rumah..mesti cop tau baru sempoi
Rumah Melanau
Tinggi tau rumah ni
Alu-alu dancing ,Melanau
layan blues jom tengok video
Antara tempat lain yang aku kunjungi :
Muzium Kuching
Muzium Alam Semulajadi
Muzium Textile
Fort Magherita
Kuching Waterfont
Taman Okid
Taman Buaya Jong
Tasik Biru, Bau
Pasu Sarawak
Pasar Serikin
Orang Utan
Muzium Alam Semulajadi
Muzium Textile
Fort Magherita
Kuching Waterfont
Taman Okid
Taman Buaya Jong
Tasik Biru, Bau
Pasu Sarawak
Pasar Serikin
Orang Utan
Banyakkan? Okay.. Setakat ini lah coretan aku tempat tempat lain tu korang tunggu part 2..
Sehingga berjumpa lagi..
Ulasan
Catat Ulasan