ehem..
Sedar-sedar
dah penghujung tahun dah. Bagi ibu-bapa pasti sibuk saat ini menyediakan
kelengkapan sekolah anak-anak. Aku pun sibuk juga dok fikir mana nak cuti, idea
untuk blog dan macam-macam lagi la.Okla jum mula..
Tahun 2014 memang banyak benda yang berlaku
didalam negara kita ini. Pasti yang tak dapat dilupakan ialah peristiwa
kehilangan pesawat MH370 dan juga MH17 yang ditembak jatuh. Sememangnya kedua-dua peristiwa ini menjadi bualan
berbulan-bulan lamanya. Sekali lagi takziah buat kesemua waris mangsa ini.
Tahun ini
juga banyak kisah atau peristiwa yang menjadi viral, antaranya ialah kisah anak
OKU yang ditinggalkan kekeringan oleh ibunya. Memang sedih bila diingatkan
balik. Ramai yang membuat komen mengecam tindakan ibu muda yang meninggalkan
anaknya dikurung didalam sebuah bilik. Aku pasti ramai yang ingatkan kisah ini?
Kisah
perempuan muda mengetuk kereta seorang warga emas dengan stereng lock pun aku
ingat juga. Sememangnya tak wajar apa
yang perempuan muda ini buat. Tak pasal-pasal jadi kes polis dah tu malu kat
satu Malaysia..tak pasal-pasal kena troll. Kalau nak cerita penuh korang google
la sendiri kalau tak tahu. Pengajaran kes ini ialah penting mengawal kemarahan
jangan sampai dirasuk setan.
Tahun 2014
ini juga ada kenangan manis buat aku sendiri, dapat naik pangkat,naik gaji,beli
rumah dan macam-macam lagi. Syukur kehadrat Ilahi keatas segala pemberian ini. Syukran.
Buat
pengunjung setia, terima kasih diucapkan.Terima kasih +Puteri Kasih, Ayuni Rafilah dan Denaihati. Mereka adalah pengunjung utama buat tahun ini. Terima
kasih kerana sudi meninggalkan komen kedalam blog yang tak seberapa ini.
Traffic pun maintain je walaupun tidak update sekerap mungkin. Berapa jumlah
traffic blog ini?? Iskh aku memang segan kalau tanya macamni..takdelah banyak
pun ..ratus ratus je sehari.
Pencapaian
lain dalam blog ini ialah bounce rate
nya rendah sahaja. Ada sekali tu bawah dua peratus, terkini dua puluh peratus.
Maknanya apa? Maknanya pengunjung yang singgah lepak lama diblog sambil-sambil
baca entri yang lain.Terima kasih buat semua pengunjung. Makna yang lain ialah
mereka suka dengan apa yang aku tulis la kot..(?). Kalau Google PR status, masih lagi ‘0’ ha ha. Kalau
bab SEO pula jangan nak tanya pulak tau J. Yang tu korang kena tanya pakar la
macam Denaihati atau HassrulHassan. Diaorang memang hebat..Aku kira zero jer
berbanding diaorang. Harap-harap dari zero boleh jadi hero pulak kih kih. Yelah
sorry melalut terlebey pulak..
Sekali lagi
terima kasih untuk kalian yang singgah dan sudi membaca apa yang aku tulis
selama ini.
TERIMA KASIH
-babai 2014 dan Selamat Datang 2015-
Pengunjung tahun tambah banjir + nahas air asia
BalasPadamsemoga terus berjaya...selamat tahun baru 2015 :)
BalasPadam