Sultan of Sea (Szindore)
Jenama Szindore ni rasanya mesti ramai pernah dengar dan mungkin ada juga peminat setia brand ini.
Baru baru ni aku belilah sempena promosi 9. 9. Aku pun tak pernah beli tetapi teringin juga nak try Szindore punya produk. Jadi aku pilih Sultan of Sea yang dikatakan antara best seller produk.
Tanpa merujuk kepada Google tentang note dan baunya aku cubalah rungkaikan berdasarkan hidung aku sendiri lah. Ya review jujur sikit, kalau aku baca kat google dah tentu aku akan terpengaruh sikit kan. Okla first spray bau limau bali yang sedap.. Mungkin grapefruit campur pamelo. Best memang rasa segar.. Beberapa minit pastu ada sedikit spicy dan bau leather. Memang familiar sikit dengan bau ni. Bau leather yang sedikit smoky ni adalah bau yang dominan.
Overall aku boleh katakan berbaloi dengan harga yang kita bayar. Bau mahal pada harga yang rahmah jadi tidak hairanlah Sultan of Sea ni jadi antara best seller bagi Szindore.
Dari segi performance awesome jugakla, tidak la menyakitkan deria bau kita. Berapa lama.. Eh eh lama jugak rupanya.. Hampir 8jam.. Ye masih boleh dibau lagi. Terkejut jugak dibuat nya. Oklah setakat inilah sahaja aku review, malas nak lebih lebih extravaganza.. Apa pun terima kasih singgah blog yang suam suam kuku ini..
Jumpa lagi
Terima kasih sudi singgah di Blog Buka Minda ini.. Hingga berjumpa lagi.. Bye2
YouTube link :
https://youtu.be/JkkKEhBz480?si=t5Zyzu9njtUU5j-M
Ulasan
Catat Ulasan