Blood Brothers : Bara Naga
Pengarah : Syafiq Yusof & Abilash Chandra
Durasi : 2 jam 10minit
Kali ni Min nak komen pasal cerita yang sedang rancak di pawagam iaitu Blood Brothers : Bara Naga. Lama Min tak ngomel, selalu share je post dalam ni 😁
Intro filem, sangat gempak.. macam tengok cerita hindustan Jawan lakonan Shah Rukh Khan tu.. Cerita ni berkisar mengenai sekumpulan body guard elit yang berkerja dibawah satu organisasi jenayah ala Mafia yang diketuai oleh mereka yang berstatus Naga. Konflik bermula apabila Ghaz lakonan Sharnaaz Ahmad dipilih sebagai Ketua Naga yang baru oleh Datuk Zul. Dari sinilah kita akan lihat ada nya pengkhianatan dan bagaimana hubungan yang dianggap adik beradik ni goyah dan diuji.
Lakonan semua pelakon memang tip top.. Sharnaaz, Syafiq Kyle, Syazwan, Syukri Yahya, Amelia Henderson, Zamarul Hisham memang wajar dapat pujian.. Pandai pengarah pilih pelakon he he.
Jalan cerita memang layan sampai habis, setiap moment atau scene tu semuanya ngam dan cantik. Tahniah juga lah buat pengarah fotography filem ini. Fight scene pun kemas, unsur suspense diredakan sikit oleh Jaki PI (korang tengok sendiri la yer) Gaya bahasa yang bersahaja.. Tak de lu gua gua lu.. Ada part kita rasa sedih, gerun dan seronok.. Semua rencah cukup.
Tak boleh lah nak cerita semua.. Yang penting pergi lah tengok.. Memang berbaloi bayar tiket 😁
Jalan cerita padu
Pelakon mantap
Fight scene marvelous
Cinematography awesome
Jom kasi box office! Support lokal filem.
Ada yang bagi 9.5 ada yang bagi 10.. So Min punya rating seperti dibawah.
Rate :10/10 terbabooom!!
Ulasan
Catat Ulasan