Rumput Kucing - Jom Tanam!

rumput kucing

 


Jom tanam rumput kucing


Aku ada beli online rumput kucing baru baru ini..tujuan beli nak bagi kucing main la dengan rumput ini. Boleh kucing cuci mulut dia dan juga bagus bagi kucing kurang stress. Kalau kucing yang kita beli tu bulu pun banyak hilang Tu tanda dia stres.

Ok langkah penanaman dia senang sahaja.

Ikut step dibawah ini :

Rendam benih rumput selama 10 jam. 

Rendam medium yang diberi seperti kes aku ni seller sertakan sekali butir butir jeli kecil. Rendam 10 jam juga. Nanti butir kecil macam pasir ni akan mengembang jadi bebola jeli.


Letakkan benih keatas bebola jeli .Bagi sekata .Separuh bagi tenggelam sikit separuh biar diatas jeli.

Letak ditempat yang kena cahaya matahari sikit. Renjis air bagi sekata dua  kali sehari.

Hari keempat dah boleh nampak tunas. Hari ke 10 dah boleh bagi dekat kucing anda.


Ok selamat mencuba..tak paham boleh tengok video.Subscribe la sama yer..:)






Jeli kecil



Rendam jeli

benih rumput
Beginilah rupanya selepas 10 jam

hari ketiga rumput kucing

rumput untuk kucing

meow

mengiurkan sang meow..


 Boleh tonton video : 





bye2





Ulasan