Cerita Tentang Gajah Pigmy

pigmy elephant,gajah terkecil didunia,gahjah borneo,gajah sarawak
Gajah Pigmy


Gajah Kerdil Borneo atau nama saintifiknya Elephas maximus borneensis atau juga dikenali sebagai Gajah Kalimantan di Indonesia, merupakan satu sub-spesies Gajah Asia yang tinggal di Pulau Borneo. Penyelidikan oleh Universiti Colombia menunjukkan DNA gajah kerdil Borneo itu mempunyai persamaan genetik dengan kelompok asal tanah besar Asia dan Sumatera, dan oleh itu merupakan sub-spesies gajah Asia. Gajah ini boleh didapati di timur Sabah dan utara Kalimantan.

Gajah pigmy Borneo yang berusia enam bulan mempunyai ketinggian 1.5 meter, sementara gajah dewasa yang berusia lima tahun berukuran 2.4 meter. Mempunyai berat kurang dari 2 tan dan jangka hayat selama 70 tahun. Ia hidup secara berkumpulan.

gajah mandi di sungai,gajah pahang,gajah pigmy
Gajah tepi sungai

Populasi Gajah pigmy borneo dianggarkan sekitar 2000 ekor dan populasi terbesarnya berada di sabah , Malaysia . populasi gajah ini telah menurun sekurang-kurangnya 50% selama tiga generasi terakhir, dianggarkan 60-75 tahun.  Spesies ini sangat terancam oleh kehilangan habitat, degradasi dan fragmentasi .

Peta borneo,gajah di Borneo,gajah di kalimantan,statistik gajah di Malaysia
Peta taburan kedudukan gajah


Di Malaysia, gajah Borneo dilindungi mengikut jadual II Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar.  Mana-mana orang yang didapati bersalah memburu gajah boleh disabitkan dengan denda RM 50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Credit FB Airel Hadif ll 

Ingin info menarik dan terkini ? Boleh lawati laman Facebook : Rumah Tepi Pantai

ok jumpa lagi ...tata

Bantu insan ini

Jom singgah FB kami yang sempoi ini : rumah tepi pantai

Ulasan