Pakatan Harapan - Suatu Kisah Penuh Keajaiban


pilihanraya umum 14,GE14,pakatan harapan,PRU14,new malaysian prime minister
PRU14


Selepas pilihanraya umum ke14, sesuatu yang baharu telah berlaku. Tiada yang benar benar menjangka kekalahan Barisan Nasional. Baik gabungan pembangkang(ketika itu) mau pun rakyat Malaysia itu sendiri.

Wow sejarah baru telah tertulis. Ditempat aku kerja ramai pulak yang jadi ahli DUN dan Parlimen. Hari hari sembang politik. Sebab suatu revolusi telah berlaku di Malaysia. Buat pertama kali pertukaran kerajaan berlaku. Semua lapisan masyarakat seakan tersenyum riang kerana menyimpan harapan baru untuk Malaysia.

Aku tak berhasrat nak komen kenapa BN kalah dan kenapa PH menang. Sebab rata rata nya boleh agak kenapa ianya berlaku. Salah satu sebab ialah rakyat muak dengan apa yang berlaku. Betui kan?
Apa yang ajaib ialah kisah dalam Pakatan Harapan itu sendiri. Liku liku yang dilalui oleh pemimpin PH itu sendiri menarik untuk di perkatakan. Kisah Mat Sabu, Anwar Ibrahim, Tun Mahathir, Wan Azizah, Lim Guan Eng dan beberapa nama lagi menarik perhatian ramai.

Siapa sangka orang seperti Mat Sabu jadi menteri?Siapa sangka Anwar dan Mahathir akan bergabung?Demi Malaysia mereka telah mengenepikan sentimen pribadi antara satu sama lain. Ini adalah suatu yang dahsyat dan tak terjangka akan berlaku. Lim Guan Eng dan Azmin Ali.. setiap hari kalau tengok berita TV memang nama dua nilah dicemuh. Sekarang dah jadi hero pulak kan. Paling hebat tentulah ketabahan isteri Anwar, Wan Azizah itu sendiri. Ye.. lama perjuangan beliau. Dihina, dicemuh dan macam - macam lagi. Rasanya beliau lah paling layak gembira dengan apa yang berlaku.

Siapa sangka parti keadilan rakyat(PKR) itu akan berjaya hingga tahap sekarang. Diawal penubuhan PKR dilihat hanya perjuangkan pembebasan Anwar Ibrahim. Ramai yang simpati tapi tula cuma simpati, sokongan kurang dan banyak yang sembunyi sembunyi sahaja.

DAP itu sendiri pun mungkin masih terasa bahang pilihanraya. Barangkali mimpi sebagai sebahagian dari pemerintah yang sebelum ini hanya mimpi pasti sukar dipercayai. Suka atau tidak dengan DAP, terimalah kehadiran mereka dalam 5 tahun ini.

Peluang PKR dan pakatannya dilihat cerah bila kesilapan, kerakusan pimpinan pahlawan bugis mula dihidu. Dengan barisan kabinet kayu yang berterusan mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati. Rakyat bersatu hati menghukum Barisan Nasional. Tiada gula gula yang dapat memujuk rakyat. Mereka ingin negara yang bebas korupsi, berintegriti dan berwawasan bukannya kleptokrasi.
Mesej utama disini ialah kisah tentang perjuangan, kemaafan, permuafakatan, ketabahan hati pemimpin pakatan harapan itu sendiri. Inilah point yang dilihat rakyat dan Inilah punca utama kejayaan PH menumbangkan BN.

Dihina dulu, kini mereka adalah hero rakyat! Ye ini suatu keajaiban!!

P/s: aku memang malas tulis pasal politik sebelum ni, ye la nak elak fitnah dan dosa kering, tapi untuk peristiwa yang berlaku setelah 61 tahun.. Why not kan.. untuk kali ini sahaja. 

Ulasan