Halaman

Translate

Selasa, 14 April 2015

Aku orang ada ada

Aku orang ada-ada         

Assalamualaikum..
Awal 2015 hingga kini merupakan hari-hari yang sibuk buat aku. Penuh aktiviti, kiranya nak bercuti jalan-jalan tu memang tak sempat. Ini pun aku curi-curi masa nak menaip untuk korang.

Oklah kali ini aku nak berkisah-kisah tentang aku pulak. Lama juga tak cerita pasal tuan blogkan? J

Kebanyakkan kawan-kawan sering sebut perkataan ini, kau takpela orang ada ada. Mungkin ada yang tak paham maksud orang ada-ada ini, lebih kurang begini: maksudnya orang tu jenis senang dan selalu ada duit. Harap faham ye beza orang ada-ada dengan orang mengada-ngada ni hehe.

Aku pun sebenarnya kurang pasti samada diaorang perli ke atau memang diaorang anggap begitu. Kalau depan orang ramai dikatakan begitu pada aku,aku buat dono jer tanpa sebarang reaksi.Habis kuat pun sengih jela..kalau layan takut menjadi-jadi pulak. Aku rasa aku takde apa pun yang melayakkan digelar begini, pangkat pun rendah je, anak dato’ pun bukan cucu datuk ye.

Apabila salah seorang rakan tempat keja cakap macamtu suatu hari aku pun tanyala kenapa kata aku macam tu. Dia pun jawab, memang semua orang anggap aku macam tu kalau sebut nama aku jer diaorang akan kata dia takpala orang ada-ada. Kata rakan aku lagi, dia tengok aku macam senang je takder masalah selalu jalan-jalan bila cuti. Lalu aku  mempertahankan diri dengan silap tanggapan korang tu, aku pun sama ja macam orang lain ada masalah tersendiri cuma aku tak bercerita masalah aku sebarangan. Bab jalan-jalan tu memang aku rancang lebih awal dan ada juga yang tak dirancang pun.

Apa yang dirancang dan apa pulak yang tak dirancang?

Begini, yang tak dirancang contohnya aku menghadiri sesuatu kenduri atau jemputan tertentu disuatu tempat. Alang-alang dah berjalan jauh tidurlah semalam atau ronda-rondalah tempat menarik disekitar event tu berlangsung so serampang dua mata la..sambil makan kenduri sambil jalan-jalan. Yang dirancang pula macam percutian dalam negara atau luar negara. Untuk makluman aku memang dah lama sangat tak keluar negara sebabnya biarlah rahsia kih kih. Ok sambung cerita balik, biasanya aku simpan duit sikit-sikit macam duit syiling dan kadang-kadang aku tambah la duit kertas sikit. Aku kumpul tin banyak-banyak. Bila hampir masa aku nak pergi bercuti aku tukar la syiling yang aku kumpul dan jual tin-tin minuman. Janji lepas duit tol dan cover duit hotel sikit pun jadila. Yang lain-lain tu guna duit sendiri..ini salah satu cara aku berbelanja bila bercuti. Ada juga yang disponsor tetapi yang itu lain cerita la kan.

Dikesempatan ini aku sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang selalu singgah, biar pun entri aku tiap-tiap bulan tak banyak mana pun. Awal 2015 tempohari aku ada kata nak beli rumah dan usahakan tanah.Alhamdullillah semuanya jadi realiti. Ini yang buat aku sibuk. Nak cat rumah, nak menanam dikebun lagi. Ambik cuti untuk buat pondok pun tak siap-siap lagi. Kalau dah siap takla panas aku lepak dikebun nanti..

jentera bajak
kerja-kerja menolak pokok-pokok


gambar kebun
kosong lagi..


weschairs,buka minda,#buka_minda

Oklah sehingga berjumpa lagi….sayang awak awak semua..


10 ulasan:

  1. singgah baca entri kat sini...follow dan isi tabung..

    BalasPadam
  2. Seronok tu ada kebun sendiri, tiba musim menuai hasil, tu yang paling best :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap Harap begitulah yer :)

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  3. Semoga sukses atas segala yang diusahakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  4. salam kenal

    http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/george-kucing-berdiri.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye sama sama.. Selamat berkenalan:)

      Padam