Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang

Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang

Pada cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini aku telah berkunjung ke Teluk Kampi atas ajakan rakan sekerja. Bila diajak ke Teluk Kampi aku terpinga-pinga kat mana tu? Pulau ke? Setelah di google rupanya terletak dalam kawasan Taman Negara, Pulau Pinang. Aku pernah berhiking ke sana dulu ke Pantai Kerachut dan Rumah Api Mukah. Kali ni aku aku tak berhiking pon naik bot terus ke Teluk Kampi, khemah pun dah ada orang pasangkan..aku cuma perlu sampai ja.

jeti sungai pinang
Jeti Sungai Pinang, Balik Pulau


Sampai disana aku dapati sudah banyak khemah dipasang. Ada yang tengah mandi-manda ada juga yang mencari siput (ala-ala). Aktiviti aku disana kebanyakkannya ialah makan-makan ha ha.
Terdapat beberapa kemudahan awam disini seperti bilik mandi, tandas dan surau. Pejabat ranjer juga ada disini untuk memantau sebarang aktiviti dan menjaga keselamatan awam.

Mengikut rakan aku beliau dan beberapa ahli keluarganya yang lain akan datang kesini apabila tiba Tahun Baru Cina. Dimana tiap kali cuti perayaaan Tahun Baru Cina mereka akan berkhemah disini. Waktu aku sampai disitu ada yang sudah dua minggu berkhemah. Dahsyat juga kan bunyinya. Periuk nasi, pinggan mangkuk, tong gas semuanya akan dibawa kesini.Yang ni geng-geng rakan aku la. Yang berkhemah biasa-biasa pun ramai.

penang beach

pantai teluk kampi

teluk kampi,taman negara pulau pinang,penang




signboard penyu



khemah

khemah teluk kampi


siput

siput kemudi


tapak khemah teluk kampi

kampi beach penang





Bagi mereka yang tak pernah kesini dan ingin berkhemah disini dinasihatkan cubalah berhiking untuk kesini. Sila ambil nombor telifon bot mana tahu nak balik nanti tak larat pula kan. Daftar nama anda dipejabat Taman Negara in dan out.

Jumpa lagi

p/s -Ada problem sikit dengan pc..entah kenapa tah..


Ulasan

Catat Ulasan