Halaman

Translate

Khamis, 22 Mei 2014

PHD dan Melayu

PHD dan Melayu

doktor falsafah,phd melayu,melayu paling pandai dalam sejarah
(gambar hiasan)


Apakah tajuk ni merujuk kepada golongan professional melayu yang bergelar doktor falsafah? Tidak sebaliknya sifat negatif bangsa melayu itu sendiri. PHD yang dimaksudkan ialah ‘Penyakit Hasad Dengki’ dalam masyarakat melayu itu sendiri . Pernahkah anda dengar? Mesti pernah, betul tak?


Sifat ini dikatakan dominan dalam bangsa melayu itu sendiri malah bangsa lain juga telah mengetahuinya. Adakah sifat ini memang terdapat dalam genetik kita atau sememangnya diturunkan (diajar) dari ibu-bapa kepada anak-anaknya? Atau kedua-duanya? Biarlah pakar sahaja yang menjawab kerana ini memerlukan kajian yang mendalam melibatkan DNA dan sebagainya.

Aku terbaca komen facebook seorang anak muda berbangsa cina mengatakan orang melayu suka mencantas sesama sendiri, baru mula berniaga dah suka menjatuhkan orang lain beza dengan kaumnya yang suka membantu perniagaan bangsanya atau rakan-rakannya.  Sekiranya barang yang diminta pelanggan tiada maka mereka akan merekomen kedai bangsa cina yang lain, mereka tidak keberatan untuk meletakkan barang mereka dulu dan bayar kemudian untuk membantu perniagaan bangsa mereka (cina). Hakikatnya inilah yang membantu perniagaan mereka berkembang dan wujudnya jaringan perniagaan dalam bentuk sokongan antara satu sama lain.

Pedas tapi benar sebenarnya. Sebagai contoh Pak Ali membuka perniagaan urutan traditional, sama juga dengan Pak Abu. Apabila seorang pelanggan menalifon boleh kan diurut esok maka Pak Ali berkata maaf esok dan lusa ada hal jauh dari kawasan. Tunggu Pak Ali balik jangan pergi kat Pak Abu sebab Pak Abu tu menggunakan hantu raya bila mengurut kalau baik pun beberapa jam lepas tu sakit balik. Nampak tak contoh ini? Jangan harap la Pak Ali nak promosi orang lain!!

‘Orang cina berjaya atas sokongan keluarga manakala melayu atas pertolongan kerajaan’. Pernah dengar ayat itu? Ayat itu kalau dihurai dan dikaji memang banyak juga yang benar. Kalau diharapkan jaringan bangsa melayu sendiri untuk membantu ketahap yang lebih tinggi, memang susah.Kelebihan kita cuma satu, orang melayu akan beli barang dikedai melayu dahulu kalau tidak ada barulah merujuk kepada kedai bangsa lain; adakalanya servis kita itu sendiri tidak baik yang akhirnya memaksa kita pergi ke kedai bangsa lain. ‘Biar mahal janji puas hati’.

Mungkin ada yang kurang senang membaca artikel aku ini yelah macam nak tunjuk bangsa melayu ini negatif sangat. Kalau ada yang cakap begini aku tak boleh nak komen apa sangat; aku cuma nak bagitau sudut negatif bangsa kita bukan tak ada yang positif. Malah yang positif sangat banyak. Bangsa lain pun ada ciri-ciri negatif jugak. Bangsa cina, india,arab, eropah, jepun semuanya ada ciri-ciri negatif barangkali anda sendiri boleh meneka ciri-ciri negatif setiap bangsa yang aku sebutkan tadi.

Kalau tidak kerana PHD ini tiadalah kerajaan lama di Tanah Melayu ini tumbang dan porak peranda (cari sendiri yer sejarah mana he he). Cerita pasal hasad dengki ini memang dah lama kita dengar. Dengki akan kelebihan pangkat seseorang, tengok orang kaya dan lebih sikit pun tak boleh. Kalau nak berniaga kena jauh jauh sikit kang aku hantar santau – ungkapan dengki ni. Bila dah berhasad dengki tak mustahil kita mendampingi perkara-perkara yang kufur macam contoh santau itu tadi.

Tujuan penulisan ini sekadar mengajak untuk bermuhasabah diri dan aku tahu yang membaca blog ini semuanya orang baik-baik.  Nak tengok perubahan dalam masyarakat akan mengambil masa yang lama, untuk diri sendiri sekejap sahaja kalau kita mahu.

Mohon maaf jika ada yang terasa.


Sekian 

16 ulasan:

  1. sifat berbentuk PHD ni kalau terus ditanam dalam diri akan merugikan diri sendiri juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalaamualaikum..

      Saya rasa terpanggil untuk berkongsi ulasan tentang tulisan diatas.

      Sebagai orang melayu tuan menulis berdasarkan penulisan orang lain yang hampir sama isikandungannya.

      Saya melihat isu ini sebenarnya terlalu diperbesarkan.

      Tidak dinafikan memang ada segelintir bangsa kita yang bersikap begitu tetapi tuan harus maklum bahawa persaingan bangsa cina dan india lebih dahsyat hingga sanggup berbunuhan kerana persaingan didalam perniagaan.

      Sesetengah orang melayu bersikap begitu kerana kekurangan mereka dari segi modal, bekalan dan pengalaman.

      Bila kita asyik menjaja kekurangan diri sendiri di khalayak ramai kita sebenarnya membuka ruang untuk bangsa lain terus menghina dan merekacipta keburukan kita.

      Saya tidak dapat mengulas panjang kerana menggunakan talipon bimbit.

      Insyaa Allah saya akan mengikuti tulisan tuan yang lain jika berkesempatan.

      Wassalaam.

      Padam
  2. Dekat mane2 pun sama .. phd ni memang tak boleh lari dari org kita .. bkn nak menjatuhkan tapi realitinya memang macam 2 .. kalau lelaki phdnye mungkin akan dilakukan scara fzikal namun kalau perempuan lebih kepada gangguan emosi .. sebelum nak ubah org ... kita perlu tanamkn dalam diri kita membantu bukan menjatuhkan .. try 2 be positif .. InsyaAllah .. dengan izinNya .. segalanya dipermudahkan .. InsyaAllah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih kerana sudi berkongsi pandangan

      Padam
    2. Apa yg bro kongsikan memang betul. Kadang mentaliti sudah sebati, sy x tahu nak cakap apa. Cina memang dia suh pi kedai kawan cina dia kalau dia tak dpt sediakan produk/servis. Melayu pulak tak ad nk sebut2 benda ni. Apa yg Sis Aina Amirah cakap tu ada betulnya, sebab adiq sy cerita kerja jd penat dan sakit bila ad pekerja2 phD. Sakit ooo.. susah jumpa melayu senangkan melayu

      Padam
  3. betul juga pandangan tuan tu...
    http://www.kacamataview.com/

    BalasPadam
  4. Betul itu..org melayu kaya sebab bantuan kerajaan..bangsa lain krn sokongan bangsa dia..bnd ini btl

    BalasPadam
  5. maksudnya tu subsidi, quota dan sebagainya, ada betulnya, yang tak berjaya walaupun dapat macam-macam pun ada juga...heee

    BalasPadam
  6. melayu dan PHD berpisah tiada..

    BalasPadam
  7. Terima Kasih atas pandangan dan komen anda semua..

    BalasPadam
  8. cina punya PHD lagi teruk....byk pengalaman dengan mereka...penulis berlebih² bila memuji...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entahla rasanya sikit shja pujianmya apapun Terima Kasih kerana sudi memberi komen.

      Padam
    2. Cina memang ada phd dikalang mereka, tetapi dibelakang kita mereka ni bersatu dan sayang menyayagi diantara mereka sebenarnya...cuba perhatikan cina disekeliling anda. Dpn kita memang mereka kutuk sesama mereka tapi belakang kita tidak begitu.

      Padam
    3. Apakah benar? Mungkin di depan berlakon baik2 aja, dibelakang lain cerita? Adakah ianya indah khabar dari rupa? Pening3...

      Padam