Halaman

Translate

Khamis, 3 April 2014

MH370 - MALAYSIA SEDANG DIPERHATIKAN DAN DINILAI

#MH370


mh370,#mh370,malaysia airlines system, lost malaysian air plane


Kehilangan pesawat MAS boeing 777 dikatakan menjadi kehilangan yang amat misteri dan menjadi tajuk bualan diseluruh dunia. Banyak spekulasi dibuat samada dari media tempatan mahupun luar negara. Sebuah kapal terbang yang amat besar hilang; pastilah menjadi tumpuan semua dengan macam-macam spekulasi.

Ada yang mengatakan ianya terdampar dibulan, dirampas dan didaratkan ditempat tertentu, ada juga yang mengatakan ada sesuatu yang amat berharga dibawa pesawat MH370 hingga ianya menarik minat pengganas untuk merampas pesawat. Macam-macam yang kita dengar dan semua spekulasi ini dikarang seakan-akan kisah benar lalu teori ini dikongsikan pula dalam laman sosial dan dikembangkan pula dikedai-kedai kopi. Apa pun buat masa ini kita cuma boleh menunggu teori yang mana benar atau tiada satu pun betul! Semua ini kalau dikumpul boleh buat tajuk buku pulak “Konspirasi atau kompilasi?”.


Pastinya aku juga mempunyai teori  tetapi aku hanya sudi berkongsi dengan kawan-kawan sahaja. Untuk menjadi penyumbang teori@spekulasi kepada yang sedia ada tidak sekali. Blog ini sifatnya sejuk tidak panas maka aku tidak akan menulis sebarang spekulasi disini.Kalau nak cari sebarang teori konspirasi  maaf, bukan disini tempatnya. Aku cuma ingin memberi pandangan tentang apa yang aku lihat dalam kes kehilangan pesawat MH370.


australian search area map,mh370 location,last_location_of_malaysian_air_plane
credit: AFP

Apa yang boleh anda lihat dan jangka? Diawal kehilangan pastinya semua orang perasan betapa kelam-kabutnya kita apabila tiba-tiba semua menyerbu untuk mendapat maklumat dari Malaysia. Wajah sugul jelas terpancar apabila memberi penjelasan tanpa sebarang maklumat yang membantu. Jawapan dalam siasatan dalam siasatan diulang ulang berulang kali. Yelah nak jawab apa lagi memang tiada maklumat lagi time tu, yang ada hanyalah pesawat MH370 hilang dari radar. Keesokkan harinya pun lebih kurang juga jawapan dari Malaysia dalam siasatan dan sedang dikenalpasti punca hilangnya pesawat boeing 777 itu.Ramai wartawan mula resah kerana kekurangan maklumat dan spekulasi mula timbul dan dikarang oleh media mahupun blogger sendiri dengan mengeledah segala maklumat yang boleh didapati. Hinggakan skandal 2-3 tahun dulu pun boleh dikorek. Dalam proses pencarian muncul Raja Bomoh yang datang menghulur bantuan. Atas jemputan seseorang Raja Bomoh menjalankan tugasnya dimana akhirnya menjadi bualan dalam media sosial kewajaran teknik yang diguna pakai beliau. Ada yang tersenyum kambing dalam isu ini yelah siap gaduh dengan bapak menteri lagi.

CNN menjadi kutukan warga Malaysia amnya kerana dikatakan memberi maklumat yang tidak telus dan sengaja jadi batu api dalam beberapa isu kehilangan pesawat Malaysia. Mungkin sengaja atau tidak CNN sendiri mengemukakan teori-teori yang pada pandangan umum amat menyakit hati. Malaysia pusat latihan pengganas?Al –Qaeda? Muslim-terrorist? Ini lah spekulasi CNN (+FBI)  yang mengguris hati rakyat Malaysia amnya. “Motif CNN? “Hanya tuhan yang tahu..


Cnn bluffing news on Mh370,mh370 news on CNN


Terima Kasih. Ucapan terima kasih diucapkan kepada para-para petugas pencarian MH370. Ada yang berpendapat tak perlu terima kasih sebab dah memang jadi tugas mereka. Pada hari-hari biasa mereka ini cuma rilek-rilek jer dalam kem tiba-tiba bila sekali sekala buat kerja kenapa nak kena puji dan terima kasih pulak? Aku memang kurang senang bila ada yang beri komen negatif sebegini. Cuba kalau kita mengadu letih bekerja hari tu tiba-tiba kawan-kawan mula berkata ‘alah ko hari-hari rilek jer baru kali ni buat kerja mengeluh pulak’. Macam mana panas tak telinga? Kalau sabar pun dalam hati mesti terbakar juga kan? Ok contoh kedua; andaikata kunci kereta hilang lalu ditanya pada kawan-kawan serumah (rumah bujang) dan semua buat endah tak endah ja jawab, apa perasaan korang? Andaikata kawan korang yang tengah rilek tu membantu mencari bersungguh-sungguh walaupun tak jumpa, apa perasaan korang masa itu? Mesti terharu punya betul tak? Ungkapan terima kasih wajar diberi pada sesiapa sahaja yang membantu..’orang berbudi kita berbahasa’.

Berbalik kepada tajuk , Malaysia sedang dinilai dari hari pertama kehilangan MH370. Kita dinilai dari setiap sudut. Integriti Malaysia dipertaruhkan samada rela atau tidak. Hubungan dua hala Malaysia-China juga diuji ketika ini, silap langkah buruklah hubungan dua-hala ini (pengamatan peribadi aku). Berita penculikkan dipulau peranginan di Sabah melibatkan warga China bisa menggeruhkan hubungan Malaysia-China jika silap ditangani.Negara-negara lain juga sedang menilai negara kecil Malaysia ini tentang kemampuan kita membuat keputusan, keupayaan kita, sistem pertahanan negara, tahap keselamatan, MAS dan sebagainya. Sememangnya kita sedang dinilai dan peristiwa ini ada pengajarannya…

-wassallam-


Sendiri komen sendiri tanggung..


-Apa yang dipaparkan disini adalah apa yang pernah keluar dimedia dan sedikit sentuhan pendapat peribadi aku sendiri. Tiada niat tersembunyi, #Pray4MH370


6 ulasan:

  1. semua mata memerhatikan Malaysia..pelbagai spekulasi, pelbagai teori...semuanya dianggap misteri. Mudah-mudahan misteri ini akan ada jawapannya nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye..Semoga terungkai segalanya...

      Padam
  2. Ko lupa nk ulas pasal statement Najib yg MH370 'berakhir' di Lautan Hindi. Media menyiarkan statement itu sbg 'terhempas'. Kerajaan tak ulas apa2 tapi hanya selepas seminggu apabila warga China termasuk juga artis2nya menghentam Malaysia sebab statement itu dikeluarkan tanpa ada sebarang bukti sampai ke hari ini maka kerajaan Malaysia mula marah dan ugut nak saman media yang kononnya salah lapor. Ko juga patut ulas pasal kelemahan DCA dan Ministry of Defence dalam menangani isu ini. Juga maklumat laluan MH370 yg tidak selari antara yg disebarkan kepada media dan yang diserahkan kepada kerajaan China...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ye byk nak buat laporan sebenornya

      Padam
  3. Banyak spekulasi yang berlaku tapi dalam banyak spekualsi yang berlaku aku tertarik dengan spekulasi yang mengtakan MH370 telah dihijack oleh negara kuasa besar atas sebab tertentu.

    BalasPadam