Halaman

Translate

Ahad, 12 Januari 2014

Gerbang Malam dan Loken Ipoh

Gerbang Malam dan Pasar Karat Ipoh (Loking)

Ok kalau tengok tajuk aku kat atas tu rasa-rasanya dah boleh agak lokasi kita kali ini. Bila sebut berjalan di Ipoh rata-ratanya akan berkerut dahi memikior (cakap perak da) apa yang ada di Ipoh? Benar, ramai yang akan tertanya-tanya benarkah ada tempat yang menarik di Ipoh dengan mengatakan Ipoh tempat yang membosankan. Orang Ipoh jangan marah-marah pulak ye bukan aku yang kata tau..
Oklah kalau tak tau nak pusing mana-mana apa kata try jenguk dua tempat ini : gerbang malam dan Loking (Loken).

ipoh mali, hotel di ipoh, tempat makan best di ipoh
Ipoh dikelilingi banjaran gunung dan bukit batu kapur


Gerbang malam terletak di jalan Tahwil Azhar waktu operasi jam 9 malam sampai jam 1 pagi. Apa yang sempoi sangat? Iskh janganla tanya camtu; berkonsepkan ‘uptown market’, gerbang malam menjanjikan kelainan membeli-belah diwaktu malam. Best tak best ikut penilaian korang jela tapi sekurang-kurangnya boleh cuci-cuci mata tengok barangan yang dijual dan ada juga aktiviti diwaktu malam yang boleh dikunjungi di gerbang malam. Barangan yang dijual disini sudah tentu berlainan dengan uptown market ditempat lain. Cermin mata, minyak wangi, cincin-cincin, pakaian, refleksologi, karya seni seperti lukisan atas papan, khat dan macam-macam lagi. (Jarak lebih kurang 1km luasnya).



gerbang malam,ipoh night market
Suasana dikala hujan di gerbang malam

Malam aku singgah diGerbang Malam hujan turun agak lebat so pengunjung beberapa kerat jela tetapi aku singgah jugak.

Waktu operasi: 9 malam hingga 1 pagi
Jalan Tahwil Azhar (Pintu Gerbang Malam)

Loking(loken)

Pasar Loking ini merupakan tempat yang aku sangat rekomenkan untuk sesiapa yang berkunjung ke Ipoh. Sebut Memory Lane,Loking,Lock kin,Loken,Jalan Horley, Pasar Karat semuanya merujuk tempat yang sama. Bila disebut pasar karat ramai akan teringatkan ‘Rope walk’ atau jalan Pintal tali diPulau Pinang. Adakah sama? Ye lebih kurang jugala tetapi Loking ini lima kali ganda besar berbanding ‘Rope walk’ di Pulau Pinang. Memang jenuhla (kata orang utara) nak meronda disini.

Apa yang ada disini? Ok aku senaraikan serba-sedikit yer : basikal-basikal lama beserta geran, gramoxhone, barangan antik tembaga, radio-radio lama, kipas lama,pakaian-pakaian baru serta bertaraf bundle, tudung-tudung, udang kara, anak-anak ikan, penutup radiator, koleksi Coca-Cola, koleksi Milo, akar-akar kayu, selimut bundle,langsir bundle, madu gunung,minyak lintah gunung, buah tunjuk langit,minyak enjin,cermin mata baru dan lama,barangan kulit seperti beg, tali jam, tali-pinggang, aneka jenis pisau,gerai-gerai makanan dan macam-macam lagi….Amacam menarik tak?


coca-cola malaysia,coca-cola collection
Koleksi milo dan coca-cola pun ada disini

loken,madu gunung,honey from mountain,jpoh honey
Madu gunung (keras macam plastik)

old radio, memory lane ipoh malaysia
Barangan audio dan visual

Seawal pagi lagi aku terlihat beberapa group jurugambar tengah standby dan membahagi tugas untuk menjelajah masuk Loking ini. Aku pulak kalau dah asyik tengok barang  jarang pulak aku nak amik gambar, maafkan aku ye, kadang-kadang terasa segan jugak nak amik gambar guna handphone ini J.


memory lane ipoh
Pintu gerbang Memory Lane

Waktu operasi : 7 pagi hingga 1 petang
Tempat : Jalan Horley (Gerbang Memory Lane)

Asal-usul nama  Loking
Mengikut ceritanya..
Lokasi lama pasar ini berdekatan dengan Bazar Lam Look King (jalan laxamana) dan dipanggil pasar lam looking time dulu-dulu kerana dekat dengan bazaar ini. Setelah diubah ke tempat sekarang ini pun nama itu terus kekal. Ramai yang panggil loken tetapi aku lebih selesa panggil loking. Sejarah ini ramai yang tidak tahu bila aku bertanya beberapa rakan aku yang berasal dari sana (Ipoh).

Tips dan  lain-lain
 Bagi yang ingin bermalam disini dinasihatkan carilah hotel-hotel yang berdekatan dengan kawasan ini. Gerbang Malam dan Pasar Loking ini lokasi antara satu sama lain agak berdekatan juga. Terdapat banyak hotel disini antaranya Hotel Lotte,D’Eastern Hotel, Grandview Hotel, Tune Hotel, dan banyak lagi. Biasanya aku tak letak nama-nama hotel ini yelah promosi percuma pulak untuk diaorang tetapi kesian kat korang aku letak jugak la kang tercari-cari pulak. Sekitar kawasan tu memang banyak hotel yang boleh dipilih, yang diberi diatas tu mungkin boleh diguna dalam gps sebagai panduan kesana. Kalau duduk berdekatan kawasan ini memang best, jalan kaki dari hotel terus ke kawasan loking dan aku mengesyorkan untuk bersarapan pagi disana memang sedap-sedap sarapan yang disediakan disitu. Ada nasi lemak, sup gearbox, mee kari ipoh,char  keow teow, satay dan macam-macam lagi.

ipoh memory lane, tempat menarik di ipoh
View dari atas hotel waktu pagi


 Lain-lain tempat menarik berdekatan:

Taman D.R. Seenivasagam (taman awam) – boleh rilek petang-petang bersama keluarga dan berkelah.Ada kolam ikan kap jepun (koi) Taman mini konsep jepun dan lain-lain.
Lain-lain disini boleh rujuk website Majlis Bandaran Ipoh : Taman D.R.Seenivasagam

Stesen Keretapi Ipoh – ala-ala binaan Taj-mahal kata orang, cantik untuk diambil gambar  dan terdapat taman mini disitu

Dataran Ipoh – bergambar , waktu malam ada gerai-gerai menjamu selera disitu
Medan Selera Dato’ Tahwil Azhar (Taman Kanak-kanak) – Satay Endut dan Popiah SS Ali paling famous kat situ.  Kawasan ini juga dikenali dengan gelaran’ TKK.’

Muzium Darul Ridzuan -  Santai bersama keluarga atau sorang –sorang he he
Alamat : Jalan Panglima Bukit Gantang
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari 9 pagi hingga 5 petang kecuali hari Jumaat dan khamis setengah hari.

Ok tempat-tempat  berdekatan tu dalam radius 15km dengan kawasan Loking ini untuk memudahkan korang berjalan dekat-dekat situ sahaja. Ada lagi tempat-tempat menarik di Ipoh seperti Gua Lang, Lost World of Tambun dan sebagainya (yang aku sebut ini aku pun tak sampai lagi tau). Insyaallah jika berkesempatan mungkin sampai juga suatu hari nanti.

Moh ke Ipoh!!


12 ulasan:

  1. Rasanya bukan jamu mata je ni, mesti ada barang-barang yang terminat....

    BalasPadam
  2. belum pernah lagi pergi sana..kalau pergi ipoh nanti leh la puteri singgah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila pergi ipoh baru leh singgah..hehe

      Padam
  3. Ada lagi tempat menarik. Dekat riverfront. Mlm2 lgi best

    BalasPadam
  4. Ada lagi tempat menarik. Dekat riverfront. Mlm2 lgi best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih Farid kerana sudi berkongsi maklumat

      Padam
  5. Ada lagi..!!Gua Kek Look Tong dan Gua Sam Poh Tong antara tmpt riadah dan jurugambar kreatif mncuba kamera mereka..Selain itu, Taman Herba Botani, Taman D.R Seenivasagam, Tambun Hot Spring, Bukit Kledang, Tasik Cermin yg tersembunyi.. Air Terjun Ulu Kinta, Air Terjun Chepor,Air Terjun Meru, Air Terjun dan Kolam air panas Keramat Pulai ( Lubuk Timah) serta bnyk lagi...tpt2 bermakna ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih kerana berkongsi tempat2 menarik disekitar ipoh

      Padam
  6. Gerbang Malam itu beroperasi bmula jam 6 ptg-12tgh malam dan ada kalanya sehingga jam 2pagi pd hari biasa dan cuti sekolah namun d ambang perayaan..ia beroperasi sehingga 3/4 pagi.. Banyak pilihan pakaian itk kaki shopping fesyen2 terkini dan yg terkemuka...;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa yang pergi sana wajib singgah ni :)

      Padam