Beza Typoon, Hurricane dan Cyclone

Kali ini kita rilek dengan info santai ini.

Perbezaan antara Typoon, Hurricane dan Cyclone

Dalam bahasa Inggeris kita biasa mendengar perkataan ini typoon, hurricane dan cyclone. Namun apakah perbezaan antara ketiga-tiga fenomena ini?

Sebenarnya tiada beza pun kih kih ..maaf aku ketawa sikit..ok jum serius balik. Ahli sains memanggilnya berbeza mengikut keadaan dan dari mana ianya berlaku.Jika ianya dari lautan Atlantik dan Pasifik utara maka ianya dipanggil ‘Hurricane’ sempena nama dewa jahat carribean, Hurrican. Sekiranya dari barat lautan Pasifik ianya akan dipanggil ‘Typoon’. Jika ianya berlaku ditenggara lautan hindi dan barat daya pasifik ianya akan dipanggil ‘severe tropicals cyclones’ atau kalau diterjemah bunyinya lebih kurang siklon tropika yang teruk.  Kalau berlaku dibarat daya lautan hindi dipanggil ‘tropical cylone’ atau diterjemah sebagai siklon tropika.


hurricane,typon,cyclone,ribut taufan,taufan ganas
imej kredit :www.region4b.org

Untuk layak digelar Typoon,Hurricane dan Cyclone ini; kelajuan angin haruslah mencecah 119km sejam (74batu sejam)

Jika ‘Hurricane’ itu mencapai kelajuan 179km sejam (111batu sejam ), ia dinaik taraf kepada " Intense Hurricane ".

Jika ‘Typoon’  melanda kawasan 241 kilometer sejam maka ianya dipanggil ‘Super Typoon’-

Dalam bahasa kalau nak ditranslatekan bunyinya sama saja : ribut taufan, angin taufan dan angin ribut..sama ja kan kalau translate ikut google ‘Typoon,Hurricane and Cyclone ‘akan diterjemahkan sebagai ‘Taufan,Taufan dan Taufan’!!

Para saintis telah membahaskan adakah  disebabkan pemanasan global yang dikaitkan dengan manusia menjadi punca taufan-taufan ini semakin kuat atau juga menyebabkan makin banyak taufan-taufan ini muncul?


Info Kredit: National Geografic


Salam Hormat..

Ulasan

Catat Ulasan