Halaman

Translate

Ahad, 21 Julai 2013

Sembang kosong bazaar ramadhan dan buka buasa


bazaar ramadhan
Suasana sekitar bazaar ramadhan

Kali ini kita sembang-sembang kosong. Naper buat entri tajuk macam ni takder idea dah ka? Iskh takla idea banyak cuma time-time puasa ini elok jugak buat entri yang sesuai dengan bulan puasakan, betul tak?

Bazaar ramadhan semestinya jadi tumpuan bila ramai berpusu-pusu mencari juadah untuk berbuka puasa.Apa favorite korang? Murtabak? Air Tebu? Popia? Ini adalah antara makanan dan minuman yang sangat famous bila puasa ni. Saranan pengacara popular Fara Fauzana supaya membawa RM5 jer bila pergi bazaar ramadhan pun agak menarik jugak. Aku xderla nak bantah ka apa ke idea ni..apa yang boleh kita dapat dengan RM5 ni? Okay mungkin boleh beli nasi ayam/daging bersama air tebu sebungkus jadilakan. Kalau yang berkeluarga tu mungkin susah sikit la kot, mungkin kita boleh beli apa yang kita suka sebanyak RM5 balik masak sikit tambah lauk pauk esoknya beli benda lain pulak sebanyak RM5 lagi. Yelah rasa-rasanya hari-hari korang pergi bazaar ramadhankan.?

kuih lompang memang sedap

Kuih lompang


Kisah kedua ketika aku blogwalking ada artikel yang menarik perhatian aku jugakla, perempuan yang berpakaian seksi ketika pergi ke bazar ramadhan. Kecoh apabila perempuan ini memarahi seorang lelaki yang dikatakan memerhati dan mengikutnya sehingga merimaskannya. Bila ditanya lelaki itu lantas menjawab memang dia tertarik nak tengok show percuma. Dalam perbalahan ini perempuan ini berlalu pergi tanpa membeli apa-apa pun. Komen aku : lelaki tu memang salah sebab x jaga pandangan mata tambah lagi bulan puasa ni. Manakala perempuan tu pun satu hal jugak, berpakaian sesuailah dengan tempat yang dituju bila jadi yang bukan-bukan mulalah nak melenting.

kepak ayam bazaar ramadhan

berniaga dibulan ramadhan memang menguntungkan

Ok kita tinggalkan kisah diatas tu. Apa yang aku beli kat bazaar ramadhan ni? Kerabu perut bersama kari daging..RM6 ha ha terlebih kalau ikut saranan Fara Fauzana tu. Tak campur air tebu lagi. Tapi okla makan tiga orangkan..selebihnya masak sedikit dirumah. Kita digalakkan berbuat amal-jariah, kawal tingkahlaku dan mengawal nafsu dibulan puasa. Yang aku nampak nafsu berbuka puasa ni extreme sikit. Korang x caya pergilah bazaar ramadhan ramai yang takleh kawal diri bila tengok kuih yang kiut2, ayam panggang yang meleleh minyaknya dan peluhan ais si air tebu. Ok ingat.. kawal diri tau he he.

hidangan membuka selera

juadah berbuka kami sekeluarga



Takala azan maghrib berbunyi maka segeralah berbuka..tak perlu melewat-lewatkan berbuka..


Selamat Membaca…Ada masa jengoklah lagi…

Salam Ramadhan..


p/s : waktu bershopping baju raya udah tibe..

11 ulasan:

  1. rm5 ke bazar.. ok macam2 gak boleh beli

    BalasPadam
  2. Beli buah melaka sure dapat byk punyo

    BalasPadam
  3. Bagus dan menarik intipati penceritaan bazar ramadan ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm biasa- biasa je..apa pun terima Kasih diucapkan

      Padam
  4. memang nak kena kawal nafsu kalau jalan-jalan kat bazar ramadhan. elok set juadah/kuih apa nak beli sebelum terjah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tu..cepat dan x membuang masa

      Padam
  5. Wah bnyknya makanan..hehe

    BalasPadam
  6. Betul tu. Ramai tak jaga aurat.. Tak pasal-pasal kita yang dapat dosa..

    BalasPadam