Halaman

Translate

Isnin, 15 Julai 2013

Kisah Pahlawan Neraka

PAHLAWAN NERAKA
pahlawan neraka

Diriwayatkan oleh Luqman Hakim :

Telah berlaku suatu pertempuran diantara pihak Musyrik dan pihak Islam. Pertempuran hebat telah berlaku dengan masing-masing ingin menumpaskan musuh. Pada satu waktu pertempuran dihentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Nabi Muhammad S.A.W. berkumpul untuk berbincang dengan para sahabat tentang pertempuran yang telah berlaku. Hal-hal pertempuran itu diceritakan kerana masih terbayang-bayang diruang mata. Dalam perbualan itu mereka yakni para sahabat begitu kagum dengan salah seorang sahabat  Qotzman. Dia kelihatan seperti singa yang lapar membaham mangsanya ketika bertempur dengan musuh. Keberanian Qotzman menjadi bahan bualan ketika itu.

“Tiada seorang pun dari kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman” kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu Rasulullah S.A.W pun menjawab “ sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk mereka”. Para sahabat kehairanan mendengar jawapan Rasulullah S.A.W  itu. Mereka berpandangan sesama sendiri dengan pertanyaan dalam diri bagaimana seorang yang begitu gagah berani menegakkan Islam boleh masuk neraka pula.Rasulullah S.A.W. sedar ada yang kurang percaya dan tertanya-tanya kenapa. Baginda berkata “Semasa Qotzman dan Aktsam berada dimedan perang bersama-sma, Qotzman telah ditikam oleh pihak musuh dan luka parah. Darah membasahi badannya.  Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya keatas tanah, manakala mata pedang pula dihadap ke dadanya. Lalu dia terus membenam mata pedang itu kedalam dadanya.”

Sambung Rasulullah “ Perbuatan itu dilakukannya kerana tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaanya yang parah ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penghuni neraka.” Sambung Rasulullah S.A.W. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya “Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, AKU tidak akan berperang.”

Sempena bulan puasa,
baca ni juga : kurma
Sekian

7 ulasan:

  1. kisah ni penuh pengajaran untuk kita. antaranya mati bunuh diri, salah satu dari dosa besar yang tidak akan diampunkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sebagai renungan dan pengajaran

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Balasan diakhirat tula yg siksa nk tanggung

      Padam
  4. Bunuh diri...knp mesti melawan kuasa ALLAH SWT..bknkah ajal telah ditetapkan..apa pun alasan..itu bkn satu cara yg terbaik utk menamatkan hayat..berfikir dgn lebih rasional.ingatlah insan yg tersyg..

    BalasPadam